Thursday, April 28, 2016

SHOPPING MALL MERDEKA PLAZA KUCHING SEBELUM KRISMAS 2015


 SHOPPING MALL MERDEKA PLAZA KUCHING SEBELUM KRISMAS 2015

 Negeri Sarawak merupakan negeri yang terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.Masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum terdiri dari pelbagai penganut agama.Apabila menyentuh tentang pelbagai agama yang dianuti,Sarawak terkenal dengan keharmonian masyarakatnya yang hidup dalam suasana harmoni dan bersama. Terdapat pelbagai perayaan yang dirayakan di Sarawak sama ada perayaan agama atau perayaan kaum seperti gawai dan sebagainya.Lazimnya sambutan perayaan - perayaan tersebut akan disambut dengan pelbagai cara dan dipersiapkan dengan pelbagai bentuk persiapan.

BACA JUGA : KEINDAHAN SENJA YANG BERLABUH DI KAMPUNG PUSA.BETONG

Persiapan perayaan ini dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Shopping - shopping Mall akan mengenakan tema - tema tertentu mengikut perayaan yang akan disambut dalam masa yang terdekat sepanjang bulan tersebut.

Saya sempat megunjung sebuah Shopping Mall iaitu Shopping Mall Merdeka Plaza yang sangat aktif dalam menghidupkan tema perayaan semasa ambang Sambutan Perayaan Krismas pada Disember 2015 yang lepas dimana pihak pengurusan Shopping Mall telah menghiaskan ruang lobi Shooping Mall mengikut tema - tema Krismas termasuk menghias pokok Krismas di pelbagai ruang dan sudut di Shooping Mall tersebut.


Segenap ruang di Shooping Mall pada ketika itu di hiasi dengan pokok - pokok Krismas yang telah di hias cantik bagi menyambut kedatangan penganjung selain bersama - sama mereka yang menyambut perayaan tersebut untuk menghidupkan tema perayaan tersebut.

Malah ianya turut menarik kunjungan pelbagai masyarakat dari seluruh tempat untuk melihat dan menikmati tema yang diusahakan pihak pengurusan Shopping Mall Merdeka Plaza Kuching di samping membeli belah barangan bagi menyambut kedatangan Krismas.


 SALE SEMPENA KRISMAS DI MERDEKA PLAZA

Membeli belah dengan potongan harga untuk persiapan krismas bagi masyarakat yang merayakan semestinnya sesuatu yang dinantikan dan ianya juga turut memanfaatkan seluruh masyarakat yang berkunjung dan membeli belah di Shopping Mall Merdeka Plaza Kuching.

 

SATU PERAYAAN SATU SARAWAK

 Kemeriahan menjelang apa jua jenis perayaan di Sarawak adalah amat dirasai semua masyarakat di Sarawak tidak mengira apa jua perbezaan dari segi fahaman agama dan sebagainya dan saya melihat Merdeka Plaza sebagai salah satu pihak yang selalu menyampaikan mesej keharmonian kepada masyarakat melalui penganjuran event - event tertentu dalam menyatukan masyarakat dan pengujung yang datang ke Merdeka Plaza serta tema - tema yang dikenakan setiap kali perayaan.

Malah ianya secara tidak langsung mempromosikan serta memperhebatkan jualan - jualan barangan serta menarik lebih ramai pengunjung ke Merdeka Plaza Shopping Mall Kuching,Sarawak.



 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: