Thursday, April 28, 2016

SUASANA MALAM DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK DI BULAN APRIL 2016



SUASANA MALAM DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK DI BULAN APRIL 2016

Waterfront Kuching merupakan salah satu mercu yang menterjemahkan sebahagian dari lanskap dan pemandangan bandar Kuching.Ianya juga merupakan lokasi yang sering menjadi tempat pelbagai aktiviti - aktiviti kekeluargaan samaada aktiviti yang berbentuk riadah ataupun santai.

Tidak mengira siang atau malam waterfront Kuching sering menjadi tempat untuk bersama - sama keluarga dan termasuk saya dan keluarga saya pada baru - baru ini.

Mungkin ramai yang pernah berkunjung ke sini tidak mengira sama ada orang Kuching sendiri, atau Sarawakian yang datang dari tempat lain atau pun Bukan orang Sarawak yang datang ke Kuching termasuk Orang dari Semenanjung atau Pelancong dari pelbagai golongan.



APA YANG MENARIK DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK ?

Terdapat pelbagai aktiviti dan perkara menarik yang anda dapat lihat di Waterfront Kuching,Sarawak pada malam hari ? bermula seawal petang Waterfront Kuching tidak pernah sunyi dari dikunjungi orang ramai kerana ianya terletak di tengah  - tengah bandaraya dan ianya terletak di sepanjang Sungai Sarawak.

Pada malam hari terdapat pelbagai jualan - jualan barangan untuk para pengunjung seperti Barangan permainan untuk hiburan kanak - kanak.Selain itu,terdapat juga Jualan minuman dan makanan di sepanjang Waterfront.dan apa yang menariknya adalah persembahan Buskers - buskers yang menghiburkan pengunjung dengan persembahan - persembahan menarik yang mana ianya merupakan salah satu cara untuk penghibr jalanan ini menampilkan bakat - bakat mereka.

Selain itu terdapat gerai - gerai makan  yang menjual pelbagai makanan ala - carte  untuk pengujung.gerai - gerai ini menyediakan minuman dan makanan termasuk makanan Sarawak seperti Laksa Sarawak dan sebagainya.




Setiap kali berkunjung ke sini anda akan menemui pelbagai perkara menarik dari segi aktiviti dan lanskapnya.Saya akui sebagai salah seorang penduduk Kuching tidak pernag jemu dan bosan dan salah satu perkara yang membuatkan saya tidak pernah bosan atau jemu untuk bersiar - siar ketika waktu malam di kota ini adalah kerana pemandangan Bandaraya Kuching yang dihiasi oleh lampu - lampunya.

Saya seorang yang suka mengambil gambar walaupun saya ini bukanlah seorang yang professional dalam bidang fotografi namun saya suka untuk mengambil gambar di mana saja saya berada.Oleh itu.Camera DSLR saya selalu bersama saya setiap kali saya berjalan.

Sepanjang berada di Waterfront Kuching anda akan melihat banyak benda - benda yang terbaru dan memberikan nada moment yang unik dan berlaian setiap kali kunjungan dan kerana itu saya suka untuk mengabadikan moment ketika itu dengan mengambil gambar.Saya Percaya bagi mereka yang pernah mengujungi Waterfront Kuching ini melakukan perkara yang sama,kan ?

Terdapat banyak lagi yang dapat dikongsikan tentang apa yang menarik di Suasana malam Waterfront Kuching,Sarawak ini dan saya akan kongsikan lagi pada masa yang akan datang.

Tapi, Kalau ada kesempatan dan ruang lebuh baik kalau anda sendiri yang datang dan melihat sendiri pemandangan dan suasana malam di Waterfront Kuching ini.hehehe..
 












JUALAN CENDERAMATA SARAWAK DI WATERFRONT KUCHING

Ketika mengunjungi Waterfront Kuching anada akan menemui jualan - jualan menarik seperti ini yang menjual key - chain dan sebagainya untuk dijadikan kenang - kenangan terutama kepada pengunjung yang datang dari luar Kuching,Sarawak.





PERSEMBAHAN BUSKERS ATAU PENGHIBUR JALANAN

Suasana malam anda di Waterfront Kuching akan di serikan lagi dengan persembahan penghibur jalan di beberapa lokasi sepanjang Waterfront Kuching.












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: