INDAHNYA MASA KECIL TANPA GADJET
Saya dilahirkan pada tahun 80an dan membesar dalam era 90an.Boleh dikatakan pada masa itu semuanya serba kekurangan dari dari segi ekonomi terutamanya.Membesar dan tinggal di kampung dengan keadaan yang serba kekurangan pada masa itu memberikan saya lebih ruang meneroka kehidupan sendiri.Pada masa itu belum ada gadjet - gadjet canggih seperti handphone.Secara jujur saya pada masa itu hanya mempunyai handphone pertama saya selepas habis tingkatan 5,itupun kerana saya melanjutkan pelajaran di Bandar Kuching.Model Nokia 3310 pemberian ayah saya pada masa itu.
Masa kecil biasanya ditarifkan masa untuk menikmati kegembiraan dan kebahagiaan.Anak - anak kecil kebiaasaannya diberikan kegembiraan.Namun jauh bezanya zaman kecil saya dengan anak - nak kecil zaman sekarang.Anak - anak kecil sekarang semuanya di atas jari dengan gadjet.Sedangkan pada masa saya dahulu belum ada gadjet.Namun bukanlah beerti masa saya dahulu kurang kegembiraan.
Banyak perkara - perkara yang sangat indah untuk dikenang semasa masa kecil kami yang pada masa itu belum ada teknologi canggih seperti gadjet yang mungkin anak - anak kecil sekarang tidak ada dek kerana zaman yang moden telah merubah arus segala - galanya.
Kepada yang sebaya saya,lahir pada era 80 an dan 90an mesti kenal dengan item - item dan permainan dan perlakuan yang saya kongsikan.hehehehe..
KLMJ - KENANGAN LALU MENGUSIK KALBU
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment