Tuesday, September 15, 2015

#11 WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET - MAGICAL WORLD OF JAPANESE BONSAI

 

 MAGICAL WORLD OF JAPANESE BONSAI
 
Bonsai ialah suatu seni untuk menghidupkan pokok miniatur di dalam bekas pasu hiasan. Seni bonsai memerlukan pengamalnya menanam spesies pokok tertentu di dalam pasu yang bersaiz kecil, mengawal tumbersarannya serta menggubah bentuk semula jadi susunan dahan, ranting, daun dan juga banirnya mengikut gaya yang dikehendaki.

Perkataan 'bonsai' ini adalah dalam sebutan Jepun yang berasal daripada perkataan Cina iaitu 'penzai' yang bermaksud pokok dalam bekas. Bonsai adalah gabungan dua perkataan iaitu 'bon' yang bererti bekas kecil manakala 'sai' ialah pokok. 

 Ketinggian bonsai biasanya antara 120-140 sentimeter dan jika melebihi ukuran ini, ia tidak lagi dianggap pokok bonsai tetapi dikelaskan sebagai pokok hiasan.

Walaupun ada pokok bonsai yang berusia sehingga lebih daripada 700 tahun, namun usia itu bukanlah faktor utama bernilainya sesuatu bonsai kerana apa yang lebih diutamakan ialah kecantikannya.Tidak hairan sekiranya ramai yang sanggup menghabiskan ratusan malahan sampai ribuan duit untuk memenuhi kepuasan dalam memiliki pokok bonsai.

Terdapat pertandingan dan pameran untuk bonsai - bonsai yang diadakan setiap tahun bagi mempersembahkan bonsai terbaik dari seluruh dunia.Bonsai dari Negara Japan adalah antara bonsai yang sering memenangi bonsai di peringkat antara bangsa.
 
 Bonsai yang terbaik mempunyai mirip pokok sebenar dalam bentuk mini. 














AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: