Wednesday, September 02, 2015

JAMAICA MENGUNGGULI ACARA LELAKI 100M,200M DAN 4X 100M DI KEJOHANAN DUNIA IAAF 2015 DI BEIJING,CHINA


JAMAICA MENGUNGGULI ACARA 100M,200M DAN 4X 100M DI KEJOHANAN DUNIA IAAF 2015 DI BEIJING,CHINA . Pada 22 Ogos sehingga 30 Ogos yang lepas telah berlangsung Kejohanan Dunia IAAF thaun 2015 yang memilih Bejing China sebagai Venue kejohanan pada tahun ini.Acara Kejohanan berlangsung di Stadium National Negara China.Acara yang paling mendapat tumpuan semestinya acara pecut 100M,200M dan 4x100M yang menyaksikan jaguh jaguh handalan dari seluruh dunia beraksi merebut kejuaraan sebagai juara acara yang menjadi tumpuan ramai itu.Antara pelari yang menjadi tumpuan semestinya pemegang rekod dunia,Usain Bolt dari Jamaica serta ramai lagi pelari yang lain seperti Asafa Powell,Justin Gatlin,Tyson Gay dan ramai lagi yang menyaksikan persaingan sengit bagi membuktikan kemampuan dan mengekalkan reputasi di atas track.

Tahun ini menyaksikan acara pecut atau jarak dekat bagi kategori lelaki diungguli oleh Negara Jamaica. Seperti dijangkakan pelari pilihan yang juga merupakan pemegang rekod bagi acara 100M,200M dan acara 4x100M kategori lelaki Usain Bolt memenangi semua acara dengan pingat emas sekaligus mengakhiri kemelut pingat yang dihadapi oleh pelari dari Jamaica tersebut.Kemenangan ini juga menjawab segala kritakan dan spekulasi yang mengatakan kemerosotan prestasi Usain Bolt dalam beberapa kejohanan  yang lepas.

USAIN BOLT MEMENANGI ACARA LELAKI 100M DENGAN CATATAN 9.79SAAT 

100m di Kejohanan IAAF 2015 di Beijing menyaksikan catatan terbaik Usain Bolt bagi tahun 2015 mengalahkan Justin Gatlin,Pelari dari Amerika yang mengekor rapat Usain Bolt dengan catatan 9.80 Saat.

Pingat Gangsa tuyrut di menangi oleh Pelari muda dari Amerika Syarikat,Bromell dengan catatan 9.92 saat.


USAIN BOLT MEMENANGI ACARA LELAKI 200M DENGAN CATATAN19.74 SAAT.

Acara 200M menyaksikan sekali lagi pertemuan sengit antara USain Bolt dengan Pelari Amerika Syarikat,Justin Gatlin namun Usain Bolt membuktikan dominasi beliau dalam acara pecut dengan sekali lagi mengalahkan Justin Gatlin dalam acara lelaki 200M untuk kejohanan IAAF 2015 di Beijing sekaligus mengulangi kejayaan beliau di kejohanan Olimpik yang lepas pada tahun 2012 yang lalu.

Usain Bolt memenangi acara lelaki 200M dengan catatan 19.55 Saat diikuti oleh Justin Gatlin dengan catatan 19.74 saat dan Pingat Gangsa dimenangi oleh Pelari berpengalaman dari Republik Afrika Selatan,Anaso Jobodwana dengan catatan 19.87Saat.



PINGAT EMAS ACARA LELAKI 4 X 100M MELENGKAPKAN MENGUASAAN JAMAICA DALAM ACARA PECUT.

Usain Bolt yang bertindak sebagai Anchor atau pelari terakhir bersama dengan pelari Jamaica yang lain,Asafa Powell,Nesta Carter dan Ashmeade melengkapkan penguasaan Jamaica dalam acara pecut dengan memenangi pingat emas dengan catatan rasmi 37.36 Saat meninggalkan pasukan yang lain dibelakang.

Sepanjang acara aksi yang mendebarkan dengan beberapa kesilapan teknikal yang dilakukan menyaksikan Amerika Syarikat yang menamatkan acara di tempat kedua dilucutkan kelayakan memenangi perak atas kesilapan teknikal semasa pertukaran baton oleh pelari terakhir.Ini memberikan kemenangan pingat perak kepada Wakil Tuan rumah,China yang menamatkan perlumbaan dengan catatan 38.01 saat .

Pingat Gangsa dimenangi oleh Kanada dengan catatan 38.13 Saat.


Kejayaan Jamaica yang mendominasi acara Pecut 100M,200M dan 4 x100M di Stadium National Beijing China menyaksikan Jamaica mengulangi kecemerlangan pada aksi di Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di Stadium yang sama 3 tahun yang lalu.

Ternyata bagi pelari Pecut dan Pemedang rekod dunia bagi acara Pecut Usain Bolt,Kemenangan kali ini merupakan kebangkitan nya kembali dari prestasi yang dikatakn merosot semenjak beberapa kejohanan yang lalu.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



No comments: