Saturday, September 19, 2015

PEMANDANGAN JEREBU DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING,SARAWAK



PEMANDANGAN JEREBU DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING,SARAWAK


Tahap jerebu di Kuching Sarawak sehingga semalam dilaporkan meningkat melepasi paras index 200 sehingga beberapa sekolah di arahkan tutup atas faktor - faktor kesihatan pelajar - pelajar sekolah dalam keadaan tahap index pencemaran udara yang melepasi bacaan tidak selamat.


Saya sempat meninjau beberapa kawasan di Bandaraya Kuching diselubungi kabus tebal dan sekaligus merubah wajah cuaca disamping mengubah juga pemandangan - pemandangan kotaraya yang selalu kita lihat.Ternyata kabus tebal jerebu telah merubah wajah bandaraya Kuching dan kawasan sekelilingnya.

Keadaan ini mewujudkan rasa rimas dan menggusarkan  ramai pihak kerana apa yang jelas jerebu telah banyak membataskan aktiviti harian penduduk.Kesan ini paling dirasai oleh para peniaga yang mengalami sedikit penurunan pada pendapatan kerana orang ramai kurang keluar membeli belah dan berbelanja kerana mengehadkan waktu untuk keluar berbelanja atas sebab faktor risiko kesihatan akibat jerebu.

Menurut dari sumber RTM kejadian Jerebu ini berpunca dari Kebakaran yang berlaku di beberapa kawasan di negara jiran terutama kawasan Sumatera.Sumber di sini

Kabus asap tebal yang menhyelubungi bandar Kuching juga memberi kesan kepada jarak penglihatan dan industri penerbangan juga mendapat kesan dari jerebu apabila beberapa jadual penerbangan terpaksa di pertimbangkan atas faktor keselamatan semasa penerbangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.Banyak penerbangan terpaksa di tunda ini dan ketidak tentuan penjadual penerbangan ini menimbulkan respon yang agak kurang baik dari kalangan pengguna yang memerlukan perkhidmatan pernerbangan yang terlibat.

Untuk mengetahui tahap bacaan Indeks pencemaran udara di kawasan Kuching anda boleh melayari Laman ini.

http://aqicn.org/city/malaysia/sarawak/kuching/


Kita sama - sama doakan semoga jerebu ini cepat surut supaya kehidupan harian dapat dijalankan seperti biasa.

Seterusnya saya kongsikan beberapa gambar sekitar Bandaraya Kuching semasa jerebu hasil dari tinjauan saya pada baru - baru ini.

















































































JEREBU PASTI BERLALU

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: