PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : PERJALANAN PULANG KE KUCHING,SARAWAK...KEMBALI KE MALAYSIA.
Cuti panjang sudah tamat.......masanya untuk pulang ke Kuching,Sarawak.Pada pagi itu bangun awal siap - siap untuk berangkat pulang sambil memeriksa sekiranya ada barang yang tertinggal dan kemudian check out di lobby hotel untuk menunggu bas DAMRI yang akanmenjemput kami pada pagi itu.
SEGELAS JAMU GENDONG UNTUK KESEGARAN SEPANJANG PERJALANAN.
Semua maklum negara indonesia terkenal dengan pelbagai tarikan dan perkara - perkara uniknya.Antara salah satunya dalah JAMU GENDONG.Pada pagi itu saya melihat seorang perempuan yang mengendong sesuatu di luar hotel kami,kemudian saya memanggil beliau untuk bertanyakan apa yang dibawanya.Dia menjelaskan dia membawa jamu.Seorang pak cik yang turut berada di laur hotel menyarankan saya untuk mencuba jamu - jamu tersebut.
Di dalam bakul terdapat pelbagai jenis paket jamu yang ada untuk dipilih mengikut citarasa.Apa yang saya tahu jamu - jamu ini kebanyakan diperbuat dari bahan - bahan organik yang semula jadi yang banyak terkandung rempah dan herba untuk kesihatan.
sampai ke JAMU POWER pun ada sekali......khas untuk yang dah berkahwin jer......ehem !

Pilih punya pilih akhirnya JAMU PRIA menjadi pilihan saya.
Menurut informasi yang saya dengar dari penjual,jamu ini elok untuk membuang angin dan menghilangkan mual semasa dalam perjalan di samping ianya elok untuk melancarkan darah dan membuang angin dalam badan.Jamu ini juga berupaya memberikan kesegaran sepanjang perjalanan.
Dalam penyediaan jamu ini tedapat bahan - bahan dan ramuan lain yang dicampurkan seperti air akar dan herba,air pati halia dan air suam.Juga terdapat telur.
Ramuan tadinya dicampur bersama serbuk jamu yang saya pilih tadi.Kemudian diminum.
BISMILLAH...
KEBARANGKATAN KE KUCHING MENAIKI BAS DAMRI DARI KOTA PONTIANAK
Macam biasa selagi ada masa dan kesempatan...SELFIE !
Inilah salah seorang kazen saya yang menghantar kami pulang di pagi itu.Nasrio OOyee.
Inilah salah seorang kazen saya yang menghantar kami pulang di pagi itu.Nasrio OOyee.
BISMILLAH.
Perjalanan kami bertolak pada pukul kira - kira jam 8 WIB dan 9 .00 pagi jam Malaysia meninggalkan Kota Pontianak,Kalimantan Barat,Indonesia.Cuaca elok pada pagi itu semoga cuaca tetap elok sampai ke Entikong Sempadan Indonesia-Malaysia nanti.
Kami singgah sebentar di Stesen Bas /Terminal Pontianak untuk mengambil barangan yang perlu di bawa oleh bas.Apa yang menarik kali ini..Bas DAMRI ini hanya membawa keluarga kami dalam perjalanan Pulang Ke Kuching kerana penumpang yang lain telah dipindah ke sebuah bas yang berasingan atas sebab tertentu.... kiranya bas DAMRI hari itu adalah ESKLUSIF untuk kami sekeluarga.
Sementara berada di Terminal Bas Pontianak itu,apa yang menarik perhatian saya adalah lukisan dan kesenian mural yang sangat menarik.
MENERUSKAN PERJALANAN MENUJU KUCHING,SARAWAK
Perjalanan kami diteruskan setelah selesai memunggah barang dan muatan ke dalam bas.Saya sempat memberlikan air untuk menyegarkan diri...
Berikut adalah beberapa pemandangan sepanjang perjalanan .
SINGGAH DI RUMAH MAKAN BERGADANG DUA,INDONESIA
Suatu Daerah kami berhenti sebentar untuk berehat dan makan di sebuah kedai makan yang ala - ala jawa....Bergadang dua namannya...
Pemandangan di Kedai Makan Bergadang Dua ini tak kurang menariknya.. tempatnya bersih dan banyak perhiasan.Menurut apa yang saya tahu ,pengasas kedai ini berasal dari wilayah jawa dan berkahwin dengan orang tempatan kemudiannya membuka kedai makan ini
Selain itu apa sangat menarik di sini adalah satu menumen yang menyerupai sekumpuan dengan tulisan Seni Reyog Ponorogo.Apa saya tahu reyog adalah sejenis tarian jawa.
PERJALANAN DITERUSKAN
Setelah selesai makan dan semuanya.. perjalanan kami diteruskan lagi....
SELAMAT KEMBALI KE KUCHING,SARAWAK.
akhirnya menjelang petang.. perjalanan kami memasuki Bandaraya Kuching Sarawak.
Berakhirnya perjalanan dan percutian kami.
Saya berharap pada masa akan datang akan kembali bercuti ke Pulau Serasan dan menziarahi Saudara masa di Sana.
<<< SEBELUMNYA
T A M A T
SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI SEMUA
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment