MAJLIS AL-WIDA SERTA SOLAT BERJEMAAH MAGHRIB DAN ISYAK DI KEDIAMAN RASMI TYT YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK.
Bismillahirrahmanirrahim..
14 September 2015 bertempat di Kediaman Rasmi TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak di Demak Jaya,Jalan Bako Kuching,Sarawak telah berlangsung Majlis Al-Wida serta Solat Berjemaah Maghrib dan Isyak untuk mendoakan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak,Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan YABhg Toh Puan Dato' Sri Ragad Kurdi Taib yang akan mengerjakan Ibadah Haji ke Kota Mekah,Arab Saudi ada tahun ini,tahun 2015.
Majlis yang dihadiri oleh ketua - ketua jabatan dan ahli - ahli dari pelbagai agensi itu dimulakan dengan solat mahgrib berjemaah,kemudian diteruskan dengan bacaan yassin serta doa - doa untuk keselamatan Tuan yang Terutama Negeri Sarawak sepanjang mengerjakan ibadah haji nanti.
Majlis diteruskan dengan Solat berjemaah Isyak dan bacaan doa.Hadirin bersalaman dengan Yang Terutama Negeri Sarawak serta Isteri bagi mengucapkan ucapan selamat untuk mengerjakan Ibadah Haji untuk tahun ini.
Hadirin kemudian dijemput untuk menjamu hidangan yang disediakan oleh pihak pengurusan kediaman Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.
Ya Allah,Sejahterakan dan peliharakanlah perjalanan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak serta keluarga yang akan mengerjakan panggilan dan seruan ibadah haji Mu di Tanah Suci pada Tahun ini.Berikanlah kejayaan di dunia dan sempurna buat Tuan Yang Terutama kami dan Seluruh rakyat Negeri Sarawak.Sejahterakanlah bumi kami Ya Allah.Amin ya Rabbal Alamin.
Berikut pula saya kongsikan sedikit keindahan yang terdapat pada hiasan di ruang berlangsungnya Majlis Al-Wida serta solat berjemaah Maghrib dan Isyak di Kediaman Rasmi TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak.
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI BUAT TUAN YANG TERUTAMA SEKELUARGA
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment