Wednesday, November 11, 2015

HATI - HATI,BAHAYA JERAT VIDEOCALL DI LAMAN SOSIAL DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI

HATI - HATI,BAHAYA JERAT VIDEOCALL DI LAMAN SOSIAL DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI

Semenjak kebelakangan ini kuta sering dihebohkan dengan beberapa kes ugutan yang melibatkan pengguna laman sosial yang semakin menjadi kebimbangan masyarakat pada masa sekarang.Terdapat banyak modus operandi yang menjerat mangsa yang kebanyakkan nya berpunca dan bermula dengan video call dan gambar - gambar bogel atau separuh bogel yang diambil sama ada dengan sedar ataupun tanda disedari sepanjang perhubungan melalui laman sosial.

Setelah gambar bodel ataupun separuh bogel ataupun video diambil oleh suspek ugutan maka modus atau taktik yang seterusnya dengan mengugut mangsa untuk memberikan sebahagian wang ataupun mengugut mengsa untuk melakukan beberapa perkara yang diingini ataupun mangsa akan menerima Malu apabila gambar - gambar bogel atau video tersebut diviralkan ke seluruh laman sosial.

Mangsa yang enggan videonya disebarkan akan menurut segala kehendak pengugut yang identitinya tidak diketahui.Kebanyakkan yang berlaku setakat ini melibatkan kes ugutan dengan meminta mangsa membayar sebahagian nilai wang sebagai duit " tutup Mulut " untuk tidak menyebarkan video tersebut.Malah apa yang paling membimbangkan adalah mangsa - mangsa perempuan yang dipaksa melakukan hubungan seks dengan pengugut yang menjadikan mangsa rogol.

kebanyakkan mangsa yang ditemui setakat ini melahirkan rasa trauma dan takut dan tertekan akan perasaan malu yang terpaksa ditanggung sekiranya gambar atau video tersebut tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

 

 Baru - baru ini saya terbaca akan beberapa printscreen yang dikongsikan oleh rakan facebook,CF CREW yang memaparkan tentang kejadian ugutan untuk melakukan hubungan seks terhadap seorang mangsa perempuan yang dipercayai berbangsa India.Suspek yang memperkenalkan diri sebagai Raj berusia 24 tahun berasal dari Perak mengugut mangsa untuk melakukan videocall dan seks dalam talian dengan suspek.

Kepada pengguna Media sosial  sekalian,terutamanya golongan wanita berhati  hati lah dalam menggunakan laman media sosial dan sila periksa dan pastikan kenalan yang terdapat dalam media sosial anda.Jangan biarkan anda menjadi mangsa yang seterusnya.Berhati -hati dengan orang yang tidak anda kenali kerana boleh jadi ianya akan menjerat anda dalam perkara yang boleh mengancam keselamatan anda.







AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: