TREND FESYEN RAMBUT OMBRE PADA PENGGAYAAN DANDANAN RAMBUT TERKINI
Apa itu Ombre ? Ramai yang akan tertanya - tentang istilah ini dan apa kaitannya dengan fesyen dandanan rambut.Perkembangan trend dan fesyen dandanan rambut sering juga mengalami perubahan dan evolusi dari palbagai segi dan sudut serta idea - idea terbaru pereka fesyen yang mempengaruhi permintaan pasaran dalam penggayaan dandanan rambut.
Ombre menerangkan pengadunan secara beransur-ansur satu warna warna ke warna yang lain yang lain, biasanya merujuk kepada p;enyesuaian warna dari terang ke gelap.Teknik ini biasanya dilihat sebagai dandanan awal atau permulaan dalam fesyen dan seni dandanan rambut. Semasa abad ke-21 awal ia menjadi satu ciri popular untuk mewarna rambut, kuku, dan juga pembuatan kek, selain daripada kegunaannya dalam menghias rumah dan rekaan grafik.
Jika kita melihat kepada trend pada masa sekarang trend fesyen ombre ini banyak diperkenalkan oleh selebriti - selebriti terkenal dari seluruh dunia.Ini dipadankan lagi dengan penyesuaian dengan jenis rambut dan gaya potongan rambut yang tertentu.
Apa yang penting pemilihan warna dan gaya rambut haruslah disesuaikan dengan faktor fizikal untuk menampakkan kesempurnaan dalam penggayaan fesyen yang ingin ditampilkan.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment