Wednesday, March 05, 2014

PEMANDANGAN INDAH WAKTU MALAM DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK


Bagi yang Pernah sampai ke Kuching,Sarawak.Semestinya tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan malam hari di sekitar bandaraya Kuching yang sangat tenang. Di sekitar jalan - jalan waterfront anda akan menemui pelbagai hiburan disamping menikmati pelbagai jualan - jualan makanan di sepanjang jalan waterfront.Ditambah pula dengan pemandangan indah bangunan Ahli Dewan Undangan Negeri( DUN ) dan ASTANA NEGERI di sebelah seberang sungai.

Di sepanjang jalan di Waterfront Kuching,anda turut akan dihiburkan oleh persembahan penghibur jalanan yang mempersembahkan bakat - bakat mereka yang tersendiri.Dengan menyanyikan pelbagai lagu - lagu tempatan dan luar Negara dan pelbagai lagi persembahan yang lain.Terdapat juga beberapa pelukis yang mencoretkan bakat mereka dengan mempamerkan hasil lukisan mereka yang cukup mengagumkan.

Pada masa tertentu akan diadakan persembahan kebudayaan seperti persembahan MUKUN,Alat Muzik SAPE dari kaum iban dan banyak lagi.

Tidak Lupa juga kepada Jualan makanan seperti Keropok lekor dan banyak lagi disamping terdapat beberapa warung atau gerai minuman tempat berkumpul bersama keluarga dan kawan - kawan kenalan di beberapa lokasi sepanjang waterfront.

Jangan lepaskan peluang untuk berjalan di sekitar bandaraya Kuching untuk menikmati pemandangan yang semestinya mempesonakan hati dan pemandangan anda semua. 



LOKASI : WATERFRONT KUCHING



BANGUNAN PEJABAT DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN),NEGERI SARAWAK.





 




PEACE..

No comments: