Sunday, November 08, 2015

PELAKON - PELAKON TERKENAL YANG SEPATUTNYA MEMBINTANGI WATAK - WATAK ANIMASI DISNEY






PELAKON - PELAKON TERKENAL YANG SEPATUTNYA MEMBINTANGI WATAK - WATAK ANIMASI DISNEY

Mungkin kita selama ini tidak terfikir sekiranya filem- filem animasi Disney difilemkan menggunakan pelakon - pelakon sebenar seperti mana kita telah pun melihat kejayaan filem - filem hollywood yang diadaptasi dari novel - novel seperti Harry Porter dan The Lord Of The Ring misalnya telah pun menempa kejayaan yang sangat gemilang di layar Hollywood dengan memenangi banyak anugerah - anugerah hasil pengolahan yang sangat berkualiti.

Namun sekali sekala kita tertanya bagaimana sekiranya watak - watak animasi Disney difilemkan dengan menggunakan pelakon - pelakon yang sebenar ?Saya menganggap ramai yang akan bertanyakan siapakah yang akan melakonkan watak - watak utama dalam filem itu nanti?

Baru- baru ini saya tertarik dengan hasil karya Thomas Kurniawan seorang penulis,ilustrasi dan pereka grafik yang berasal dari Bogor Indonesia yang mana beliau mengolah beberapa poster atau cover filem animasi - animasi Disney dengan mengadaptasi beberapa imej pelakon dan selebriti terkenal untuk di jadikan watak utama dalam poster atau cover filem yang beliau hasilkan.

Hasilnya sangat mengujakan dan saya percaya beliau memilih  watak - watak tersebut berdasarkan penilaian karekteristik yang beliau rasakan kesesuaian yang sangat ideal untuk menterjemahkan personaliti watak utama dalam setiap filem animasi tersebut.

Antara pelakon yang beliau masukkan dalam karyanya adalah Angelina Jolie,Emma Watson,Taylor Swift dan beberapa lagi barisan selebriti terkenal hollywood yang hasilnya pasti membuatkan anda kagum.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang hasil-hasil lain dari beliau anda boleh layari blog beliau di SINI





















THANK FOR THE READING


AZLANA RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: