Friday, November 27, 2015

ALHAMDULILLAH UNTUK ISLAM DI NEGARA CHINA DAN JAPAN

 

ALHAMDULILLAH UNTUK ISLAM DI CHINA DAN JAPAN

Kita sering menganggap bahawa agama Islam  hanya di anuti oleh sesetengah negara sahaja sedangkan Agama Islam adalah agama yang menyeluruh dan untuk seluruh umat Islam secara azalinya dari bermulanya penciptaan Nabi Adam A.S sehinggalah sampai saat ini.

Pada masa sekarang Islam mula digoncangkan dengan pelbagai sentimen yang dilabelkan dengan keganasan.Namun begitu disaat ramai pihak yang rakus cuba menjatuhkan negara secara tidak langsung manusia seluruh dunia mencari kebenaran dengan memperlajari dan mencari maklumat mengenai Islam untuk memahami sama ada Agama Islam adalah agama yang benar - benar menganjurkan keganasan atau sebaliknya.

Apa yang mengejutkan kebanyakkan penemuan yang dibuat mereka memberikan hidayah setelah mereka mengetahui dengan hanya sedikit pemahaman tentang penyampaian agama Islam yang sebenarnya menjadikan dan menaikkan Islam di serata dunia dari Timur dan Barat.

China dan Jepun merupakan antara dua bua negara yang padat dengan penduduk dan mungkin ramai yang tidak menyangka sekiranya Islam berkembang pesat di kedua negara ini.Malah jika diamati Komuniti Islam di China adalah antara yang terbesar di dunia.

Perkembangan Islam di kedua - dua negara ini juga berjaya mengubah perspektif Islam di negara bahagian Timur sekali gus membuktikan agama Islam adalah agama yang relevan untuk semua Masyarakat seluruh dunia.Saban hari Islam dikedua - dua negara semakin bercambah dengan program penyampaian,perkongsian dan dakwah yang dijalankan.

Islam mula bertapak di kedua - kedua negara ini dari berdekad yang lalu dan kini Islam semakin membangun di setiap pelusuk tempat tidak mengira lapisan masyarakat di sana.

Menurut survey dan kajian yang dijalankan di kedua - dua negara menunjukkan bertambahnya masjid - masjid dan tempat ibadah bagi Umat Islam mengerjakan Solat serta pembagunan pusat pelajaran Islam menunjukkan ramai masyarakat di sana mula menerima dan mempelajari Islam sebagai agama yang Mengesakan Tuhan.

Saya doakan semoga Islam diterima dan dipelajari oleh semua orang untuk memahami ajaran dan landasan sebenar agama Islam.

 












AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

No comments: