Friday, November 27, 2015

MENGENALI TRYPOPHOBIA DALAM DIRI ANDA


MENGENALI TRYPOPHOBIA DALAM DIRI ANDA

Pada post yang sebelum ini saya pernah membuat sedikit pendedahan tentang trypophobia ini.Klik Sini 

Kali ini saya ingin kongsikan kembali dan mengajak anda semua membincangkan tentang trypophobia ini.Jika disebut dengan nama ketakutan ini mungkin anda sesetengah daripada anda tidak menyangka sekiranya anda juga mengalaminya dalam keadaan tertentu dan termasuk diri saya sendiri.Namun sejauh mana ketakutan anda dalam sesuatu keadaan adalah terpulang kepada tahap fobia masing - masing.
Sekali lagi sini saya ingin menjelaskan bahawa Trypophobia merupakan ketakutan secara patologi kepada lubang - lubang kecil atau liang - liang. 

Istilah ini dicipta pada tahun 2005 daripada τρύπα Yunani (trýpa) "lubang" dan φόβος (Phobos) "takut".

Siasatan berkenaan dengan Trypophobia ini dilakukan oleh Arnold Wilkins dan Geoff Cole dari Universiti Essex Pusat bagi Sains Otak di mana mereka mengatakan trypophobia ini adalah hasil tindak balas rasa jijik secara biologi dan bukannya ketakutan secara budaya.

Tindak balas ini juga adalah hasil tindak balas otak yang mengaitkan sesuatu bentuk dengan sifat bahaya. Antara bentuk yang menimbulkan reaksi yang dikatakan termasuk lubang - lubang berkelompok seperti buah-buahan dan buih, termasuk juga lubang - lubang yang dibuat oleh serangga dan lubang pada luka dan tisu berpenyakit.  

Kajian rawak yang dijalankan menunjukkan dengan melihat bentuk ini, beberapa orang mengatakan mereka merasa ngeri, meremang, dan terdapat serangan panik , berpeluh, dan merasa loya atau gatal.Ini merupakan tindak balas secara biologik terhadap apa yang dilihat.

Sebahagian dari mereka yang menjalankan ujian dalam kajian tersebut juga mengatakan paling menjijikkan apabila membayangkan seolah - olah terdapat benda hidup yang munkin akan hidupa di dalm liang - liang lubang tersebut menwujudkan perasaan yang kurang menyenangkan dan meloyakan atau bersifat bahaya.

Keadaan ini juga biasanya berlaku apabila anda melihat suatu bangkai yang sedang busuk penuh dengan ulat - ulat yang sedang memamah bangkai busuk tersebut.

Kajian yang telah dijalankan juga menunjukkan tindak balas di sebalik fobia itu adalah "tindak balas refleks tidak sedarkan diri" berdasarkan "bahagian primitif otak yang mengaitkan imej dengan sesuatu yang berbahaya ".

Akhir sekali adakah anda seorang Trypophobia ?



































SETIAP KETAKUTAN BOLEH DI ATASI DENGAN KEKENTALAN DAN KEBERANIAN

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: