Thursday, November 26, 2015

BADRUL HISHAM ABDUL MANAP PECAHKAN REKOD CATATAN RASMI 17 TAHUN PECUT 100 METER WATSON NYAMBEK


BADRUL HISHAM ABDUL MANAP PECAHKAN REKOD 17 TAHUN PECUT 100 METER WATSON NYAMBEK

Badrul Hisham Abdul Manap seorang atlit berusia 18 tahun baru - baru ini berjaya memecahkan rekod pecut 100 M yang dipegang oleh The "Fying Dayak's" Watson Nyambek setelah rekod itu selama 17 tahun seolah terkubur semenjak Watson mencatatkan rekod 10.30s di Kejohanan Terbuka Olahraga Malaysia pada tahun 1998.

Badrul Hisham mencatat 10.29 saat iaitu 0.01 saat mengatasi rekod lama Watson.Badrul Hisham memecah rekod itu dalam acara 100 M di Kejohanan  Sekolah  Sekolah Asean yang berlangsung di Negara Brunei Bandar Seri Begawan pada 23 November yang lepas.

Tempat kedua dimenangi oleh seorang lagi atlete negera Asnawi Hashim dengan catatan 10.71 saat diikuti oleh Worawutsalabal dari Negara Thailand dengan catatan 10.87 Saat.

Watson Nyambek yang selaku pemegang rekod acara 100M yang dipecahkan Badrul dalam satu temu bual menyatakan  secara optimis bahawa bahawa Badrul mampu bersaing di peringkat dunia dan mencapai catatan dibawah 10 saat dengan adanya perancangan lantihan dan bimbingan yang mantap dalam memajukan potensi yang ada pada Badrul.

Beliau juga menyarankan agar Badrul diberi pendedahan ke peringkat antarabangsa bagi menimba pengalaman suapaya mampu bersaing seperti mana atlit - atlit yang lain dengan menyertai mana - mana kejohanan yang dianjurkan.


Seterusnya kami saya kongsikan sedikit biodata Badrul Hisham Abdul Manap selaku pemegang rekod Malaysia yang baru.

BIODATA BADRUL HISHAM ABDUL MANAP


  • Nama : Badrul Hisyam Bin Abdul Manap
  • Asal : Melaka
  • Sekolah : Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor
  • Umur : 18 tahun
  • Pencapaian Lain 
  • Hampir memecahkan rekod acara 200m kebangsaan dengan catatan 20.88s tetapi tidak disahkan kerana bantuan angin sebanyak  2.2m/s. Rekod 200m masih kekal milik Tan Sri Dr M.Jegathesan a.k.a. "flying doctor" dengan catatan masa 20.92s direkodkan di Olympic Mexico 1968.
  • Memenangi acara 200m Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei dengan masa 21.39 saat
Sungguhpun begitu jika dilihat secara keseluruhan catatan yang pernah dibuat menunjukkan Watson Nyambek masih mendahului senarai pelari terpantas dengan catatan 10.00 saat menjadikan beliau tetap manusia terpantas walaupun rekod catatan rasmi 10.30 telah pun di atasi oleh Badrul Hisham.


Sebagai rujukan : MERAH : Wind Aided/Assisted Time
                           HIJAU    :  Hand Timed
                           HITAM   :  Official 

Menurut sumber catatan 10.00 Saat dibuat dalam satu kejohanan yang disertai Watson di Vietnam bagaimanapun tidak dimasukkan dalam catatan rasmi kerana catatan tersebut dilakukan dengan bantuan angin pada ketika itu.

Secara kesuluruhannya,bukanlah siapa yang mencatatkan rekod yang harus difokuskan melainkan usaha untuk menaikkan sukan olahraga yang suatu masa dahulu berada di zaman kegemilangannya dengan barisan atlit seperti Azmi Ibrahim,Nasmizan Mohamad,Rabuan Pit dan ramai lagi.

Kita berdoa dan mengharapkan dengan pembaharuan rekod yang dibuat oleh Badrul Hisham ini menjadikan penaik semangat serta motivasi untuk atlit yang lain untuk meningkatkan usaha dalam meraih kejayaan yang terbaik serta mengharumkan nama Malaysia di Arena Sukan Antarabangsa.

NOTHING IMPOSSIBLE ! MALAYSIA BOLEH !

 

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



Worawutsalabal of Thailand
Worawutsalabal of Thailand

No comments: