UBAT SEMULAJADI DI RUMAH DARI IMUSLIMSHOP.COM
Kita sering beranggapan dan didik supaya menganggap setiap penyakit tidak boleh sembuh tanpa ubat - ubatan secara klinikal.Namun jika difikirkan kembali dari sudut dan persepsi keagamaan kenapa tidak kita menerima pendapat bahawa setiap ciptaan Tuhan itu terdapat manfaat dan kegunaan yang tersendiri yang kita sering terlepas pandang.Setiap kehidupan terdapat zat - zat nya yang tersendiri yang mempunyai fungsinya yang unik.
Tahukah anda selain daripada ubat - ubatan secara klinikal kita juga mampu mendapatkan ubatan secara semulajadi melalui apa sahaja jenis- jenis makanan dan ramuan semulajadi yang terdapat di rumah kita.Melalui pengalaman pengambilan makanan tertentu kita mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit dan permasalahan kesihatan tanpa mengeluarkan wang yang banyak bagi menampung kos perubatan anda dengan mengekalkan kesihatan tubuh badan melalui pengamalan ubat - ubatan semula jadi yang diperkenalkan dalam perkongsian kali ini.
Kebanyakan ramuan dan makanan yang dikongsikan ini merupakan apa yang anda lihat sepanjang hari dan anda mudah untuk mendapatinya di mana sahaja.Apa yang menjadi kunci kejayaan dalam menyembuhkan pelbagai penyakit dan pelbagai lagi masalah kesihatan adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang serta sedikit kesedaran dan pengetahuan tentang gaya pemakanan yang betul.Tidak dinafikan kesihatan adalah sangat berkait rapat dengan pengambilan makanan.
Semoga perkongsian kali ini memberikan anda insisprasi dan ilham untuk memulakan hari esok dengan pemakanan yang lebih menyihatkan dan sembuh dan bangun dari pelbagai penyakit anda dengan mengamalkan ubat semula jadi yang menjadi tajuk perkongsian saya pada kali ini.
WHAT WE EAT IS WHAT WE ARE
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment