ANNUAR BBQ STEAMBOAT DI KUCHING,SARAWAK
Annuar BBQ Steamboat terletak di Jalan Persiaran Ban Hock,Kuching merupakan antara tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi kerana menyediakan pelbagai jenis makanan secara buffet.Terdapat pelbagai jenis makanan yang terdiri dari makanan laut,pelbagai menu ayam dan daging serta mee dan terdapat banyak lagi jenis makanan yang lain yang anda boleh pilih dan nikmati dengan harga yang sangat berpatutan.
Anuuar BBQ Steamboat merupakan sebuah venue yang sangat sesuai untuk menikmati makanan untuk sekeluarga,rakan - rakan,sahabat - sahabat serta rakan sekerja termasuk mereka yang memerlukan tempat untuk meraikan pelbagai sambutan seperti hari jadi dan program - program jamuan pejabat dan sebagainya.
Anuuar BBQ Steamboat menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu Rm22.00 untuk seorang bagi dewasa dan Rm12.00 untuk kanak - kanak setiap orang.Anda boleh menikmati makanan sepuas - puasnya di Annuar BBQ steamboat.
Tapi ingat, restauran ini mempunyai polisi supaya pelanggan tidak membazirkan makanan.Dengan itu,sekiranya terdapat makanan yang tidak dihabiskan tanpa dimakan maka akan dikenakan sedikit bayaran.Namun setakat ini,kebiasaannya pelanggan yang berkunjung menghabiskan makanan.. ye tak ? =)
Sepanjang kunjungan saya ke restaurant Annuar BBQ Steamboat ini,restaurant ini sentiasa penuh dengan pelanggan yang datang dari pelbagai tempat , kadang - kadang terdapat mereka yang datang secara rombongan dengan menaiki bas untuk makan di restaurant ini.Hampir setiap hari restauran ini sentiasa dikunjungi oleh pelanggan yang ingin menikmati selera steamboat dan bbq terutama di hujung minggu.
Annuar BBQ steamboat juga menyediakan dapur dan peralatan yang cukup untuk anda memasak sendiri sama ada merebus,tom yam dan bbq atau jenis yang lain mengikut selera dan kehendak masing - masing.
Waktu operasi bagi Annuar Steamboat ini adalah pada pukul 7.00 malam sehingga 11.00 Malam.
Untuk Keterangan dan maklumat lanjut mengenai Annuar BBQ steamboat anda bolehlah melayari laman facebook mereka di SINI
Berikut adalah masterpeace saya semasa di restaurant Annuar Steamboat...layankan ajelah..apa - apa pun memang berbaloi untuk berkunjung ke sini kerana terapat banyak jenis makanan yang anda boleh pilih..
Lagipun persekitaran memang happening giler.....yang paling best kepada mereka.. terutama yang perempuan yang tak puas main masak - masak masa kecil dan muda.. inilah masanya anda merasai pengalaman tersebut.. cuma yang ini memang betul betul punya ek..
JOM BBQ STEAMBOAT !
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment