27 August 2014

HABUAN REZEKI UNTUK PEMANCING DI SUNGAI SARIBAS,PUSA, BETONG,SARAWAK


HABUAN REZEKI UNTUK PEMANCING DI SUNGAI SARIBAS,PUSA,BETONG,SARAWAK
Satu keratan Akhbar Utusan Sarawakyang pernah di siarkan rupanya ada yang sangat menarik bila wajah Saudara saya Syabeli Johri dijadikan gambar dalam satu segmen yang bertajuk "Sungai Saribas Sumber Rezeki Nelayan".

Sungai Saribas terdapat kampung halaman saya di sana yang menjadi Pusat Daerah untuk kawasan di sana.Sungai Saribas sebenarnya telah lama menjadi mata pencarian untuk penduduk di kampung saya sebagai mata pencarian terutama bagi nelayan - nelayan yang selalu memasang pukat.

Antara ikan - ikan yang terdapat di Sungai Saribas adalah Ikan Terubok Sungai,Ikan Buntal Sungai,Ikan Belukang,Ikan Semilang, Ikan Pencong,Siakap dan pelbagai lagi jenis - jenis ikan yang lain.

Aktiviti memancing ikan juga menajdi sangat polular dan semakin berkembang di Daerah Pusa.Semenjak beberapa tahun yang berlalu sungai Saribas kekurangan ikan kesan pencarian mangsa bot karam yang menggunakan Kapal Pukat tarik ketika itu menyebabkan ikan - ikan berkurangan berkemungkinan kerana penggunaan Pukat Tarik pada ketika itu merosakkan ekosistem dan habitat - habitat ikan - ikan di Sungai Saribas.

Kebelakangan ini Sungai Saribas sering menjadi tumpuan pemancing - pemancing kerana Sungai Saribas mulai memberikan habuan - habuan hasil pancing yang sangat lumayan.

Ternyata bagi pemancing yang turun memancing di Sungai Saribas mampu menaikkan beberapa hasil seperti ikan Terusan,Ikan panjang yang mencecah berat 10kg , Ikan patin seberat 11 kg dan pelbagai jenis ikan-ikan lain.

Kepada yang ingin mengikuti perkembangan semasa aktiviti memancing anda boleh mengikutinya di Group Facebook " Kaki Pancing Pusa " yang selalu mengemaskini perkongsian dari Pemancing - pemancing yang bergiat aktif dalam memancing ini


SUMBER : UTUSAN SARAWAK.




AZLAN RUMADI
 www.azlanrumadi.blogspot.com

IKAN PANJANG HASIL MEMANCING DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK



 IKAN PANJANG HASIL MEMANCING DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK

Semalam sempat saya mengikuti perkembangan dalam GROUP PUSA BUMI TERUBOK yang dikendalikan oleh sahabat saya berkenaan dengan aktiviti MEMANCING di kampong asal,KAMPUNG PUSA saya sempat melihat beberapa gambar.

Antara yang menarik perhatian saya berkenaan Ikan Panjang ini yang Berjaya di daratkan oleh Abang Saudara saya,Saudara Sharif dengan Ikan panjang yang seberat 5-10 Kg di Sungai Rimbas,Saribas Sarawak.

Ini menandakan bahawa kampung saya ini mula menumpahkan kembali rezeki sungainya yang sudah lama tenggelam selepas trajedi bot karam tidak berapa lama dahulu.Jika dahulu sungai Rimbas di Saribas ini merupakan antara sungai yang mampu menjadi lubuk rezeki untuk para nelayan tidak pengira peringkat Perikanan yang di jalankan,Mahupun dari perikanan keci - kecilan kepada industri Perikanan yang lebih besar yang mana melibatkan perikanan menggunakan Kapal Bot Pukat Tarik.

Namun rezeki di sungai ini ketara merosot selepas kejadian bot karam pada lebih 10 tahun dahulu.Ini kesan daripada penggunaan Kapal Pukat Tarit semasa dalam operasi mencari mayat mangsa bot karam pada ketika itu.Kini setelah memakan masa bertahun Sungai ini mula menampakkan kembali permainan arus deras sungai nya dengan memberikan rezeki bertuah buat peminat hobi memancing dari seluruh sekitar Daerah Kecil Pusa.

Selain dari ikan panjang ikan - ikan lain seperti ikan Belukang,Patin,Siakap ( Selusong/Ntidong ) turut menjadi habuan para pemancing yang semestinya memberi kepuasan buat menggemar hobi ini.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

25 August 2014

BERAPA RAMAI YANG MASIH MENGHARGAI KEMUDAHAN TELEFON AWAM YANG DISEDIAKAN ?


LOCATION : ELECTRA HOUSE
KUCHING.SARAWAK




Rasanya mungkin ramai yang dah tak pakai public phone lagi kot.kalau ada pun kebanyakan public phone yang masih ada kebanyakan nya telah rosak.
Pada hujung minggu lepas jalan jalan disekitar Kuching saya sempat ambil gambar ni di belakang Electra House,Kuching,Sarawak.
Keadaan telefon tersebut yang agak lusuh menarik perhatian saya.Dengan telefon sekelilingnya sudah rosak dan meninggalkan tapak sahaja.



DI SEKITAR BANDARAYA KUCHING,SARAWAK


ASSALAMUALAIKUM

Pada hujung minggu yang lepas,daripada bosan duduk rumah tak ada aktiviti jadi kali ni saya nak berjalan ke sekitar Bandaraya Kuching.Dengan membawa Camera DSLR Canon D1100 saya yang taklah secanggih yang profesional pakai,saya nak kongsikan kepada semua pemandangan - pemandangan Kuching.

Sebelum ini dah jarang juga turun berjalan - jalan dan santai santai di sekitar Bandar Kuching.Jadi kali ini terfikir nak mengimbau masa dulu - dulu terutama masa pengajian dulu.

 MERDEKA PLAZAKUCHING,SARAWAK.

Merdeka Plaza merupakan sebuah shopping Mall yang terletak di tengah Bandaraya Kuching berhadapan dengan Dataran Merdeka.Merdeka Plaza ini baru sahaja disiapkan dan dibuka dalam beberapa tahun ini.

Tempatnya best...mestilah best.. hehehe..

Dalam Merdeka Plaza ni banyak dijual jualan seperti kasut,baju,gajet dan bermacam lagi barangan yang lain.Boleh dikatakan kedudukan tempatnya yang strategik menjadikan Merdeka Plaza ini sebagai tumpuan pengunjung dari seluruh Kuching kerana ianya terletak di tengah - tengah bandaraya.

Merdeka Plaza juga terletak berdekatan dengan bangunan kerajaan dan kemudahan awam yang lain seperti Bank,Poliklinik,Pejabat Pos,Masjid India selain itu anda boleh hanya berjalan kaki ke Waterfront Kuching,Sarawak.





ELECTRA HOUSE,KUCHING.,SARAWAK

Kebiasaan nya dulu sebelum adanya Merderka Plaza,kat sini lah temapat pertemuan kalau keluar hujung minggu dengan kawan - kawan.



INDIA STREET KUCHING,SARAWAK

Jalan - jalan di India Street,Tetiba saya terlihatlah satu Chopper ni.Kalau nak tahu Chopper ini kepunyaan tauke kedai Rock Shop.Kedai Rock Shop ini menjual pelbagai pakaian dengan harga yang murah - murah. Bagi yang selalu lalu kat kedai Rock Shop ni mesti tahu dengan ayat tauke ni.

"hari - hari pakai baju baru... yea yea...."



 ELECTRA HOUSE KUCHING SARAWAK.

Mesti ramai yang pelik kan ?... apa kena mengena dengan gambar telefon awam ni... perasan tak dalam gambar ni ada telefon awam ni dah rosak dan tak ada lagi.Ok,apa yang saya nak sampaikan kat sini tentang kesedaraan untuk menjaga kemudahan awam.Sikap tanggungjawab bagi memastikan kemudahan awam ini dapat diguna dan dimanfaatkan sesamam kita untuk jangka panjang amatlah perlu.Bersama - samalah kita menjaga kemudahan awam ini.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


22 August 2014

KEINDAHAN SENJA YANG BERLABUH DI KAMPUNG PUSA.BETONG


KEINDAHAN SENJA YANG BERLABUH DI KAMPUNG PUSA.BETONG
  
Sesekali Kampung halaman saya,Kampung Pusa di Betong,Sarawak adalah tempat pulang yang memberikan saya satu ketenangan yang sempurna.Tanah kelahiran dan tanah kelahiran saya.Sepanjang berada di kampung banyak aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa yang ada sebelum pulang ke Kuching untuk kebali bekerja.

Satau yang menarik adalah pemandangan senjanya sangat cantik.gambar ini saya ambil semasa pulang ke kampung betong pada baru - baru ini.Sesekali,saya akan  bersantai di tebingan Sungai Saribas yang  memberikan satu kenyamanan yang tidak dapat dinilai dengan kata - kata. Lebih - lebih lagi ketika petang melabuhkan tirai.Langit akan bertukat menjadi merah dan keemasan sementara malam akan membuka tabirnya.Berserta dengan pasang surut air sungai yang ke hulu dan ke hilir memberikan sati pemandangan yang tidak semua pelusuk tempat memberikan susasana seperti mana yang anda dapat di sini,


Kampung yang terletak di Bahagian Betong Ini dengan kedudukan di muara Sungai Rimbas sangat sangat memberikan satu pengalaman dan nostalgia bagi mereka yang jarang menikmati suasana kampung yang penuh dengan warna kehidupannya yang pelbagai.

Semoga Allah memakmurkan Kampungku ini selalu.Amin.







AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




PEMANDANGAN SENJA KEEMASAN YANG INDAH DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK


PEMANDANGAN SENJA KEEMASAN YANG INDAH DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK

Pemandangan ini adalah ketika saya dalam perjalanan pulang dari Pekan Pusa.Ketika menaiki bot tambang pada suatu petang yang melabuhkan tirainya, Pemandangan indah dari muara sungai rimbas yang sungguh indah dan permai ini disaksikan.


Sesungguhnya, Kesederhanaan dan ketenangan di kampung ini sememangnya takkan terbanding dengan tempat lain kerana disinilah saya lahir,membesar sehingga saya ke tempat lain mencari rezeki dan ketenangan ini yang akan menjemput saya pulang ke tanah kelahiran ini selain dari ingin mengetahui perkembangan semasa kampung halaman saya ini.


Yaa.. asal ada gambar sungai mesti ada Kapal Pukat ini kan ? sebenarnya kapal pukat ini adalah sebuah kapal yang diusahakan oleh anak jati Pusa yang menjalankan perusahaan perikanan di Pesisir peraiaran Sarawak.

Tambahan pula ianya menambah nilai dramatis dalam gambar.hehe





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





14 August 2014

ANTARA HARAPAN,PERCAYA DAN CINTA


HARAPAN.
Janganlah pernah berhenti untuk berharap dan jangan pernah untuk berputus asa tak kira sepayah dan sesulit mana pun kehidupan.Kerana hilang harapan untuk mengharapkan sesuatu dalam kehidupan umpama kita meilih jalan kematian dan kehidupan dengan mengharap dan menadang kehidupan kita hancur satu demi satu sampai akhirnya ranap dan lupus.Teruskan berharap dan berpegang pada keprcayaan pada Tuhan.
PERCAYA
.Teruskan percaya pada Tuhan dan diri kerana selagi ada kepercayaan atas sesuatu bermakna kita masih ada pegangan.Kepercayaan itu mewujudkan sesuatu seperti mana kita mempercayai Tuhan bermakna kita percaya adanya Tuhan sekalian alam.Seperti juga mempercayai diri.Percayalah pada diri sendiri dalam kehidupan.Percaya bahawa tiada yang mustahil selagi kita berusaha.Kepercayaan pada diri sendiri itu umpama memberi kekuatan pada diri untuk menghadapi kehidupan kita.Jangan berhenti untuk percaya.Paling penting dan utama percaya pada Tuhan.Tiada yang lebih utama dan paling agung dan paling tinggi melainkan Tuhan yang menciptakan sekalian alam termasuk diri kita sekarang.Pada Tuhan ada segalanya yang kita tidak pernah miliki.Dan dia amat Pemurah,Pengasih Dan Penyayang.Percayalah pada Tuhan dan mohonlah apa saja yang kita mahu selagi kebaikan dan manfaat pada diri sendiri.Sandarkanlah diri kita kepada Tuhan semata mata.Tiada daya uppaya kita melainkan Tuhan semata - mata.Semoga Tuhan merahmati dan memberkati kita semua.
CINTA,KASIH DAN SAYANG.
Sayangilah kehidupan dengan sebaiknya.Sayangi diri sendiri.Sayangilah insan sekeliling anda termasuk keluarga,Saudara mara,Karib kerabat,Sahabat handai,Kawan, dan Insan yang anda CINTAI.Dengan menyayangi kehidupan kita akan lebih menghargai segala - galanya.Masa yanga da akan dimanfaatkan sebaiknya.
THANKS FOR READING

AZLAN RUMADI'
 www.azlanrumadi.blogspot.com

10 August 2014

NIKMAT APA YANG KITA TIDAK SYUKURI ?


NIKMAT APA YANG KITA TIDAK SYUKURI ?

Di Sini..Sebuah Negeraku,
Malaysia..
Sarawak Ibu Pertiwiku, 
Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Nikmat apa yang kita tidak syukuri.?
ketika negara negara lain sedang berperang angkat senjata...
Kita hidup dalam aman damai dan tenangnya bumi dan langit dan alam semula jadi.
 
Nikmat apa yang tidak kitak syukuri lagi?
Ketika negara lain sedang dalam kegilaan berbunuhan demi perkauman dan fahaman agama..
Kita hidup dalam kerukunan yang menyatu dan majmuk harmonis tanpa ada prejudis yang memecah belahkan.
 
Nikmat apa lagi yang kita tidak sykuri?
Ketika negara negara lain saling bertelagah..saling bakar membakar.
Kita mampu beribadat dengan harmonis dan menyatukan tidak mengira warna kulit,agama,kaum dan bangsa.
 
Lagi nikmat apa yang kitak tidak syukuri?
Ketika negara lain sedang kehancuran dalam krisis global berpanjangan..
Kita masih boleh memandang dan menikmati kemudahan kemajuan yang bermanfaat.
 
Lagi nikmat apa lagi?
Ketika nyawa menjadi pertaruhan di negara lain dalam siang dqn malam.
Kita mampu merasa selamat tanpa rasa terancam dalam siang dan malam.
 
Lagi nikmat apa ?
Ketika negara lain berselimutkan debu dan asap dan api dan berbantalkan dentum senjata berdarah,
Kita menghirup udara segar dan disirami mentari yang melegakan.
 
Lagi..
Ketika dinegara lain dengan mati kebuluran dan penyakit yang menular.
Kita mampu makan secukupnya..
Dan kita disehatkan dengan nikmat tubuh badan.
 
Apa lagi nikmat yang kita tidak pernah syukuri?
 
Kadang kadang dalam kenyamanan hidup yang sedang dijalani dan dikecapi kita sering merasakan hidup ini tidak adil dan begitu berat demi mendapatkan kelapangan yang sering dimanipulasikan keinginan diri dan nafsu yang takkan pernah puas dan kehausan sampai mati.kita sering menghajati dan meminta tetapi jarang mensyukuri.kita sering merungut dan alpa.Jika kehidupan dalam kesenangan yang kita kecapi ini, bukan semua Tuhan berikan ketenangan ini.malah mereka sedang diduga saban hari dengan dugaan yang berat.
 
Kita susah..ada yang lagi susah.
Kita sakit..ada yang lagi sakit..
Kita derita ada yang lebih derita..
Kita sempit..ada yang lebih sempit.
Kita teruk..ada yang lebih teruk.
 
Terkadang..
APakah kita disini terlalu lapang,tenang dan senang?
Sehinggakan kita sering menjadi rakus,bengkeng,tamak,alpa,lalai dan hanyut dalam sendiri  untuk diri sendiri..
Sehinggakan jiwa,hati dan mental kita rosak dan hancur bengkak mengaut semata mata kepentingan diri.
 
Apakah sampai dugaan dan cobaan setelah Tuhan tarik nikmat nikmat itu baru kita menyedari?
Rupanya banyak yang tiada disyukuri selama ini.
Rupanya banyak yang tiada dihargai selama ini.
 
Di sini..
Diriku menjalani hidup..
Bersyukur dengan keamanan..
Usah hancurkan  ketenangan ini.
Usahkan robekkan kelapangan bumindan langit ini..
Syukurilah selagi ada...
Syukuri selagi masih boleh dinkkmati..
Hidup dalam satu kehidupan.
Hanya satu..
Kita ini satu.
Satu dan padu.
Satu.


AZLAN RUMADI

www.azlanrumadi.blogspot.my

05 March 2014

PEMANDANGAN INDAH WAKTU MALAM DI WATERFRONT KUCHING SARAWAK


Bagi yang Pernah sampai ke Kuching,Sarawak.Semestinya tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan malam hari di sekitar bandaraya Kuching yang sangat tenang. Di sekitar jalan - jalan waterfront anda akan menemui pelbagai hiburan disamping menikmati pelbagai jualan - jualan makanan di sepanjang jalan waterfront.Ditambah pula dengan pemandangan indah bangunan Ahli Dewan Undangan Negeri( DUN ) dan ASTANA NEGERI di sebelah seberang sungai.

Di sepanjang jalan di Waterfront Kuching,anda turut akan dihiburkan oleh persembahan penghibur jalanan yang mempersembahkan bakat - bakat mereka yang tersendiri.Dengan menyanyikan pelbagai lagu - lagu tempatan dan luar Negara dan pelbagai lagi persembahan yang lain.Terdapat juga beberapa pelukis yang mencoretkan bakat mereka dengan mempamerkan hasil lukisan mereka yang cukup mengagumkan.

Pada masa tertentu akan diadakan persembahan kebudayaan seperti persembahan MUKUN,Alat Muzik SAPE dari kaum iban dan banyak lagi.

Tidak Lupa juga kepada Jualan makanan seperti Keropok lekor dan banyak lagi disamping terdapat beberapa warung atau gerai minuman tempat berkumpul bersama keluarga dan kawan - kawan kenalan di beberapa lokasi sepanjang waterfront.

Jangan lepaskan peluang untuk berjalan di sekitar bandaraya Kuching untuk menikmati pemandangan yang semestinya mempesonakan hati dan pemandangan anda semua. 



LOKASI : WATERFRONT KUCHING



BANGUNAN PEJABAT DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN),NEGERI SARAWAK.





 




PEACE..

KEENAKAN POPIAH BASAH DARI JOHOR BAHRU





Masa masih bekerja kat JOHOR BAHRU tempoh hari,adalah seorang rakan sekerja ini yang bawakkan makanan ni kat tempat kerja.. sekali rasa sedaplah pulak..terus pesan di beli beberapa kali..

Selepas balik Sarawak dah tak da lagi jumpa makanan  ni.Ada sesiapa yang kat SARAWAK tahu mana nak dapatkan POPIA BASAH ni kat Sarawak terutama kawasan sekitar bandaraya Kuching...mohon kongsikan kat saya ekk.

PEACE !

BERKUNJUNG KE PENGHUJUNG BENUA ASIA DI TANJUNG PIAI,JOHOR DARUL TAKZIM


Meneritakan tentang pengalaman pada tahun lalu,saya dibawa oleh seorang kakak,namanya Tuan Azlin atau Pasu Cina.. tang mana datang nama pasu cina tu ? heheh. juga merupakan salah seorang kawan karib dan rakan sekerja saya di Johor Bahru ke sebuah tempat yang tak di sangka-sangka saya akan sampai.Sekali tengok "Sign Board" bukan sebarang tempat juga kan.Tempat yang unik dan boleh dikatakan istimewa untuk mereka yang belum pernah berkunjung ke sini.

PENGHUJUNG BENUA ASIA DI TANJUNG PIAI JOHOR DARUL TAKZIM

Pertama kali juga saya sampai ke sini.Inilah Pengalaman yang saya takkan lupakan dan kenangan saya dapat bawa pulang ke Sarawak.

Apa pun terima kasih kepada mereka yang menjayakan saya untuk sampai ke destinasi pilihan ini.Kenangan ini merupakan pengalaman yang amat bernilai dan saya akan ingat sampai bila - bila.

Kepada mereka yang belum sampai ke sini bolehlah mengunjungi tempat - tempat seperti ini untuk mengenali antara tempat yang menarik di dalam Negeri Johor dan Negara kita tercinta.Malaysia.

InshaAllah jika ada masa saya ke Johor Darul Takzim nanti,saya akan ke sini lagi




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


04 March 2014

GERAMAK APONG / KETAM NIPAH DARI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK


GERAMAK APONG / KETAM NIPAH DARI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK

Barangkali ramai yang tidak kenal akan masakan lauk klasik yang lama ditinggalkan ini.Geramak atau "GAMAK" dalam sebutan penduduk Kampung Pusa,Betong,Sarawak adalah sejenis ketam kecil yang biasanya boleh didapati disekitar kawasan pokok nipah.

BACA JUGA : CARA - CARA MEMBUAT PENYEGAR UDARA GEL ( HOMEMADE GEL AIR FRESHENER )
Lazimnya,pada zaman zaman nenek datuk dan mak ayah saya dulu,geramak ini dijadikan lauk untuk di makan bersama nasi.Dengan membuang sepit dan kakinya dulu serta bahagian tengah badannya sebelum di makan.Saya secara peribadi suka makan masak kicap.Soo juicy....
Baru - baru ini saya pulang ke kampung dan terjumpa ada seorang kakak yang menjual geramak ini lantas membeli sebungkus untuk mencuba kembali resepi lauk yang lama ditinggalkan ini.... rasanya tidak jauh berubah.tetap sedap seperti dulu..hihih
PEACE !
p/s ; Terima kasih kepada Ibunda Anjang Uteh yang menyediakan masakan " Geramak Masak Kicap " ini buat saya.. Nang Nyaman...


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

#1 THROWBACK : KENANGAN ZAMAN TADIKA YANG TERINDAH


Berdiri dari kiri : Mustarim Jemat ( Arem),Azlan Rumadi ( Saya sendiri ), Ah Hin, Wan Fadarul ( Abit ),Osman Sahari ( Mann), Ahmad Tarmizi ( Miji).
Duduk Dari Kiri : Hafizma Sofian ( Apiz),Norhafrifa Hamsawi(Eiypa),Hellis Alias ( Elis),Rosmi Bolhi ( Linda),Norshariza( Bulat).


THROWBACK : KENANGAN ZAMAN TADIKA YANG TERINDAH

Zaman tadika yang penuh dengan kenangan indah,takkan mudah dilupakan....masa telah berlalu namun ingatan dan kenangan yang telah dilalui telah tersemat dalam hati dan jiwa..kadang kadang senyum seorang tengok gambar masa zaman budak-budak tadika ni.

Masa ni tengah buat persembahan tarian tradisional melayu yang di ajar oleh Cikgu Khadijah(Cikgu Nggo) pada masa tu.

Sekarang jauh masa telah berlalu...salah seorang rakan kami telah menghadap hadrat ilahi,Allahyarhamah Hafizma Sofian lebih 10 tahun yang lalu.


Kini semuanya telah dewasa dan masing masing dengan keluarga masing - masing dengan kerjaya diri yang tersendiri.

Apa - apa pun masa dan kenangan itu tisak boleh dijual beli.Pengalaman dan persahabatan dan ikatan banyak mengajar kita dalam kehidupan.

Kenangan selalu membuat kita tersenyum dan adakala menangis.....

Kenangan cukup berharga.



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

16 December 2013

MEE KOLOK VS DRAGON FRUIT JUICE



Kepada yang datang ke negeri SARAWAK.Mesti dan WAJIB menikmati MEE KOLOK Sarawak.Semestinya akan membuat anda jatuh cinta.

PEACE !

 
 
 
LOKASI : MERDEKA PLAZA,KUCHING,SARAWAK
 

04 September 2013

KEWUJUDAN JALAN BUNTU DI SRI AMAN,SARAWAK



KEWUJUDAN JALAN BUNTU DI SRI AMAN,SARAWAK

Kita sering mendengar peribahasa menyebut "Jalan Buntu " yang membawa maksud jalan mati atau tiada penyelesaian atau kesudahan.Namun berbeza pula keadaannya dengan salah satu jalan yang terdapat tidak jauh dari Simpang Temudok di Simanggang atau Sri Aman Sarawak.
Nama jalan ini sering menjadi perhatian orang ramai kerana jalannya dinamakan Jalan Buntu.

Ramai yang akan bertanya, memang wujud ke ? Yes.memang ada memang wujud.OK.

Hampir setiap bulan saya akan berulang alik ke kampung saya yang terletak di Betong,Sarawak semestinya jalan ini yang akan menjadi perhatian ramai dan ramai yang masih tertanya kenapa jalannya dinama dengan Jalan Buntu.


Mungkin ramai yang merasa pelik.Namun secara peribadi saya sebagai Rakyat Sarawak bukanlah perkara yang asing kerana di Negeri Sarawak anda akan menemui banyak lagi nama - nama pelik yang anda akan jarang dengar kerana namanya adalah diambil dari perkataan dalam bahasa bumiputera Sarawak termasuk Iban,Bidayuh dan pelbagai lagi suku kaum yang terdiri dari lebih kurang 80 suku kaum di Sarawak.

Jalan Buntu ? Yes.. memang ada..... sekiranya anda dalam perjalanan berulang alik dari Kuching ke Sri Aman atau tempat yang lebih jauh anda akan selalu melalui papan tanda jalan ini.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com