Wednesday, September 04, 2013

KEWUJUDAN JALAN BUNTU DI SRI AMAN,SARAWAK



KEWUJUDAN JALAN BUNTU DI SRI AMAN,SARAWAK

Kita sering mendengar peribahasa menyebut "Jalan Buntu " yang membawa maksud jalan mati atau tiada penyelesaian atau kesudahan.Namun berbeza pula keadaannya dengan salah satu jalan yang terdapat tidak jauh dari Simpang Temudok di Simanggang atau Sri Aman Sarawak.
Nama jalan ini sering menjadi perhatian orang ramai kerana jalannya dinamakan Jalan Buntu.

Ramai yang akan bertanya, memang wujud ke ? Yes.memang ada memang wujud.OK.

Hampir setiap bulan saya akan berulang alik ke kampung saya yang terletak di Betong,Sarawak semestinya jalan ini yang akan menjadi perhatian ramai dan ramai yang masih tertanya kenapa jalannya dinama dengan Jalan Buntu.


Mungkin ramai yang merasa pelik.Namun secara peribadi saya sebagai Rakyat Sarawak bukanlah perkara yang asing kerana di Negeri Sarawak anda akan menemui banyak lagi nama - nama pelik yang anda akan jarang dengar kerana namanya adalah diambil dari perkataan dalam bahasa bumiputera Sarawak termasuk Iban,Bidayuh dan pelbagai lagi suku kaum yang terdiri dari lebih kurang 80 suku kaum di Sarawak.

Jalan Buntu ? Yes.. memang ada..... sekiranya anda dalam perjalanan berulang alik dari Kuching ke Sri Aman atau tempat yang lebih jauh anda akan selalu melalui papan tanda jalan ini.

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


No comments: