Friday, June 24, 2016

PERSEMBAHAN SILAT CHIMANDE JAWA DI KAMPUNG KOLONG 2, MATANG, KUCHING, SARAWAK


PERSEMBAHAN SILAT CHIMANDE JAWA DI KAMPUNG KOLONG 2, MATANG, KUCHING, SARAWAK


Sebelum ini saya pernah berkongsikan pengalaman pertama kali saya menghadiri Majlis Perkahwinan Saudara Andriano dan Nurul Fitri di Kampung Kolong 2 Matang , Kuching, Sarawak yang dilangsungkan dengan penuh adat istiadat Jawa dari keluarga pihak lelaki yang berketurunan Jawa.Sememangnya Majlis perkahwinan ini begitu menarik perhatian saya kerana ini pertama kali saya dapat melihat lebih dekat adat Masyarakat Jawa yang penuh dengan keunikan warisannya yang tersendiri.

BACA JUGA : MAJLIS PERKAHWINAN ANDRIANO DAN NURUL FITRI DI KAMPUNG KOLONG 2 MATANG, KUCHING,SARAWAK.

Selain dari keindahan adat perkahwinan nya yang menampilkan adat - adat Jawa dan juga permainan gending gamelan Jawa.Pencak Silat Chimande Jawa merupakan salahs atu warisan seni yang sangat mengagumkan.Majlis Perkahwinan di Kampung Kolong 2 pada hari itu dirancakkan lagi dengan Persembahan Silat Chimande Jawa yang menyambut kedatangan Raja sehari yang disandingkan di atas pentas yang sangat indah.

Langkah,gerak,jurus dan lenggok tari silat pengantin Chimande Jawa pada hari itu mengangkat seri Majlis yang merupakan sebahagian dari adat dan warisan Jawa.

Sememangnya Masyarakat kita terutama di Nusantara khasnya kaya dengan pelbagai warisan dari nenek moyang kita yang sangat kita banggakan dan junjung agar masih terpelihara sehingga ke anak cucu kita sehingga berkurun lamanya.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my








No comments: