Monday, June 13, 2016

MORNING OF OWL - PEOPLE ARE OWESOME BREAKDANCE EDITION




VIDEO : MORNING OF OWL - PEOPLE ARE OWESOME BREAKDANCE EDITION


Morning Of Owl adalah krew b-boy yang ditubuhkan pada tahun 2002 dan berasal dari Suwon, Korea Selatan. Mereka telah memenangi pelbagai pertandingan b-boy di Korea dan di luar negara. Penglibatan mereka dalam bidang ini juga menunjukkan kreatif yang sangat tinggi di mana - mana pesembahan atau pertandingan yang diadakan. Mereka juga terkenal dengan menampilkan aspek keaslian dan kreativiti dalam setiap gerak tarian mereka. Morning Of Owl kini telah melakukan pelbagai program dan rancangan di seluruh Korea dan juga di UK. 

Pada tahun 2012, Morning Of Owl telah memenangi Battle Of The Year Korea dan diletakkan di dalam ranking 4 teratas dalam Battle Of The Year World Finals. 

Pada tahun 2013, Morning Of Owl sekali lagi memenangi R-16 Korea dan R-16 World B-Boy Masters Championship

Selain itu antara kejohanan - kejohanan yang mereka telah sertai adalah :- 

Break The Floor menggunakan nama Project Soul di Cannes, Perancis
Block Party Battle di Perancis;
Rochefort Battle di Perancis;  
DLK Insperation Jam Battle, Sweden;
United syles World Finals, Switzerland;  
Rockin Sensation, Korea;  
Dance Live Korea Battle Side;
Gangjin Bboy Masters Championship
UK B-Boy Championship

Dengan memenangi kejohanan R-16 dan juga UK B-Boy yang mana merupakan dua daripada tiga kejohanan utama B-Boy diperingkat  Antarabangsa , Morning Of Owl boleh dikatakan menjadi antara barisan Krew B-boy terbaik di dunia dan telah menduduki kedudukan # 1 menurut laman web B-Boy Bboyrankingz.com.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: