Tuesday, June 07, 2016

BAZAAR RAMADHAN 2016 SUKMA RIA DBKU DI KUCHING, SARAWAK


BAZAAR RAMADHAN 2016 SUKMA RIA DBKU DI KUCHING, SARAWAK

Destinasi Bazaar Ramadhan yang pertama  saya pada tahun ini adalah Bazaar Ramadhan Sukma Ria DBKU yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Fadillah Bin Haji Yusof pada 6 Jun 2016.Bazaar ini yang memilih lokasi berhadapan dengan Sukma Ria sebagai tapak Bazaar pada tahun ini seperti mana tahun - tahun yang sebelum ini.

Bazaar Ramadhan pada hari pertama tahun ini nampak sesak dan padat dengan pengunjung yang tidak melepaskan kesempatan membeli juadah berbuka.Seawal Jam 2.00 petang pengunjung mula berpusu - pusu mengujungi bazaar ramadhan di Sukma Ria tersebut.Terdapat pelbagai jenis juadah yahg ditawarkan di sini termasuk kuih - muih,masakan lauk pauk, makanan tradisional juga turut dijual di sini.Selain itu, aneka minuman juga turut terdapat di sini dan minuman seperti Laici kang,Air Tebu dan Kacang Ais ( Air batu Campur ) adalah antara pilihan pengunjung yang datang ke Bazaar ini.


Penganjuran bazaar Ramadhan ini berlangsung sepanjang bulan puasa di Bulan Ramadhan dan malah ianya diadakan setiap tahun di tapak yang sama.Selain dari Bazaar Ramadhan terdapat banyak lagi Bazaar yang lain yang turut diadakan dibeberapa lokasi utama di Seluruh Kuching yang semestinya akan menarik kunjungan pelbagai lapisan masyarakat majmuk dari pelbagai kaum dan agama di seluruh Sarawak.

Sedikit perkongsian video yang saya sempat rakamkan di sepanjang Bazaar Ramdhan Sukma Ria DBKU 2016 pada hari pertama perasmian Bazaar Ramadhan tersebut.


Kunjungan saya pada hari pertama di bazaar Ramadhan ini mendapati pengunjung yang bersesak sesak bagi melihat dan membeli juadah yang terdapat di sini dan seterusnya saya kongsikan gambar - gambar yangs aya sempat ambil sepanjang Bazaar.


































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


No comments: