Tuesday, June 21, 2016

BAZAAR RAMADHAN 2016 : E-MART MATANG , KUCHING, SARAWAK


BAZAAR RAMADHAN 2016 : E-MART MATANG , KUCHING, SARAWAK

Bazaar Ramadhan 2016 saya pada tahunini dilangsungkan ke Bazaar Ramadhan di E-Mart Matang.Lokasi Bazaar yang diadakan disepanjang ruang tempat letak kereta bersebelahan dengan Bangunan E-Mart sendiri mempunyai kelaianan dan keunikan seleranya yang tersendiri.Kelmarin saya menjenguk ke Bazaar ini untuk melihat sendiri jualan - jualan yang turut terdapat di Bazaar E-Mart Matang ini.
Bazaar Ramadhan E-Mart ini jika dilihat lebih banyak menjual juadah - juadah yang berbentuk lauk pauk seperti ayam panggang,masakan ayam - ayam,rendang,pangang - panggang, aneka mee goreng  dan banyak lagi.Selain itu terdapat juga kuih - muih dan minuman -minuman yang unik seperti Minuman Cendol dan Laici kang.


Paling menarik perhatian saya di sini adalah satu stall yang turut menjual hidangan lauk pauk di dalam kawah atau kuali yang memberikan satu kelaianan kepada pengunjung.Stall ini juga turut menjual nasi Briyani Kambing,Ayam dan banyak lagi lauk untuk juadah berbuka puasa.

Saya berpendapat Bazaar Ramadhan ini diadakan pada lokasi yang sangat tepat kerana diadakan bersebelahan E-Mart kerana ianya memudahkan pengunjung yang datang ke E-Mart tidak perlu ke tempat yang lain untuk membeli juadah berbuka dan ini juga menjimatkan masa selain dari mengelakkan kesesakan di waktu puncak pada petang hari.

Yang lain - lain..biarkan video dan gambar - gambar berikutnya menjelaskan kepada para pembaca sekalian.







































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: