Thursday, June 30, 2016

"GLASS SKYSLIDE" MULA DIBUKA DI BANGUNAN TERTINGGI DI LOST ANGELES,AMERIKA SYARIKAT.

 

"GLASS SKYSLIDE" MULA DIBUKA DI BANGUNAN TERTINGGI DI LOST ANGELES,AMERIKA SYARIKAT. 

Ramai yang mengatakan ianya adalah idea gila dan berfikir banyak kali untukmencubanya.Namun itulah hakikatnya dengan tarikan terbaru di Lost Angeles, California mengenai idea untuk menggelongsor di udara melalui lapisan kaca dari tingkat 70 ke tingkat 69 di kedudukan tinggi di udara.
Sungguh begitu ramai yang mula menerima cabaran untuk menggelongsor di atas pelantar kaca transparent pada ketinggian lebih 1000 kaki di udara.Bulan Jun 2016 memulakan pembukaan Glass Skyslide kepada orang ramai yang dibina pada bangunan Bangunan US Bank Tower yang berketinggian 1,018 kaki ( 304 Meter ) bersamaa dengan 72 tingkat.

Glass Skyslide dibina sepanjang 46 kaki ( 14 meter ) menghubungkan tingkat 70 ke tingkat 69 melalui gelongsor yang dibuat dari gentian kaca khas.Lapisan kaca yang digunakan adalah setebal 32 mm yang disokong oleh kerangka besi yang tergantung disisi bangunan tertinggi itu.


Sepanjang menggelongsor melalui gelongsor kaca tersebut , penggunjung akan berpeluang penyaksikan pemandangan indah Bandar Metropoolitan Lost Angeles yang menghampar luas yang merupakan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan.Selain itu alas bagi kemudahan pengunjung semasa menggelongsor juga disediakan.
Skyslide merupakan sebahagian daripada 2,800 kaki persegi (260 meter persegi) Dek Pemerhatian Skyspace, yang dicipta oleh Singapura pemaju OUE Limited selepas membeli pencakar langit pada tahun 2013.

Destinasi pelancongan baru di bahagian atas banguanan ini memberikan pemandangan 360 darjah bandar dan landskap sekitarnya.Selain itu terdapat ruang acara dan pameran interaktif serta slaid, yang disediakan oleh OUE . Pihak OUE menggambarkan ianya sebagai "thrill experience unlike any other"

Bayaran masuk ke Skyspace berharga $ 25 (£ 17) dan menunggang Skyslide pula memerlukan tambahan
 $ 8 (£ 6).
 









AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





No comments: