Monday, December 01, 2014

SANTAI - SANTAI DI SWEE KANG AIS KACANG KUCHING,SARAWAK


SANTAI - SANTAI D SWEE KANG AIS KACANG KUCHING,SARAWAK

  Lovely weekend...Selepas penat berjalan - jalan dan bersiar dengan teman baik saya si Khairman hujung minggu lepas,singgahlah di Swee Kang Ais Kacang kat Lorong Haji Taha,Kuching.Swee Kang ini memang terkenal dengan ais kacang nya yang begitu mencairkan citarasa peminat Air Batu Campur.Sudah menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang penat berjalan di hujung minggu membawa keluarga,rakan - rakan dan serombongan singgah ke Swee Kang untuk menikmati ais kacangnya yang terkenal dengan rasa yang tersendiri.
Jangan tidak percaya jika saya katakan Swee Kang Ais Kacang ini sentiasa penuh dengan pengunjung setiap masa.Sehinggakan ada yang sanggup datang dari pinggir Bandar Kuching untuk menikmati keenakan Kacang Aisnya.
Selain daripada kacang ais juga terdapat stall - stall lain yang menjual makanan seperti Laksa Sarawak,Cha Kuey,Rojak dan pelbagai macam lagi makanan yang lain.Pengalaman bertahun membuat Ais Kacang Berjaya memikat ramai pengunjung untuk berulang kali bertandang ke Kedai Ais Kacang ini.Ditambah dengan susasana santainya.
SWEE KANG AIS KACANG
SECTION 12,JALAN HAJI TAHA,
93400 KUCHING SARAWAK.
























THANKS FOR THE READING

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



No comments: