Monday, December 01, 2014

HEBATNYA APABILA KITA SELALU MENGAMALKAN PEMIKIRAN POSITIF



Dalam dunia yang pelbagai arus dan arah kita akan menghadapi pelbagai perkara yang mendatang. Ada positif dan negative.Kita akan sentiasa dicuba dengan pelbagai perkara.Namun sikap dan anggapan kita yang menentukan segalanya.Dalam membawa diri dalam kontek kehidupan seharian,ditambah lagi dengan pelbagai dugaan dan cabaran tak semua orang mampu mengekalkan nilai positif dalam diri.Kita mudh ditekankan oleh perkara negative yang sentiasa akan mengheret kita ke dalam putus asa dan mengalah pada akhirnya.

Namun bagi yang mempunyai sikap yang POSITIF akan sentiasa membuka pintu dirinya untuk tetap berusaha tanpa batas sehingga mencapai sasaran dan matlamat yang diinginkan.Setiap apa yang kita usahakan pasti akan ada halangan yang mendatang.Setakat mana kita mampu menghadapi dan menempuhi atau memecah tembok halangan tersebut adalah terpulang pada cara fikiran dan sikap kita dalam menghadapi halangan tersebut.

KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN

Jika kita focus dan cenderung untuk memikirkan permasalahan tanpa memikirkan tindakan yang harus dibuat dalam menyelesaikan masalah.Maka,kita akan kekal dalam linkungan keluh kesah dan rungutan yang menyakitkan jiwa sehingga kita akan patah semangat dan mengalah.Melainkan kita focus kepada perkara - perkara penting dalam berusaha untuk mengatasi susuatu kesukaran dengan mula bertindak dan mengusahakan apa yang telah dimulakan.

BERSIKAP POSITIF adalah kunci segalanya.Ini termasuk tindakan dan FIKIRAN kita.Dengan berfikir secara positif kita akan sentiasa memberi harapan tanpa batas dengan menganggap tiada yang mustahil selagi kita bergerak dan berusaha dalam sesuatu.Mereka yang berfikiran positif juga mampu mengecapi ketenangan dalam diri sekali gus membantu dalam daya focus dalam melakukan seusatu aktiviti dan perkerjaan.Kebanyakan mereka yang berfikiran positif akan sentiasaBERSANGKA BAIK dalam segala hal malah mampu memanfaat kan diri untuk orang lain.Mereka yang berfikiran positif tidak menunggu sesuatu untuk dating.Selalunya,Meraka yang dating dan mencari sesuatu penyelesesaian.

Paling penting BERFIKIRAN POSITIF adalah di dorong dengan perhubungan dengan Sang Pencipta.Setiap agama mempunyai kepercayaan yang tersendiri dan Setiap kepercayaan meletakkan setiap jalan hidup adalah atas kehendak Tuhan.Jadi mereka yang berfikiran positif selalunya akan mendekatkan diri dengan ibadah pada Tuhan dengan berpegang pada prinsip bahawa setiap perlakuan itu akan dinilai kepada skop ketuhanan sebagai amalan yang akan dibawa selepas hayat di dunia.Ini juga merujuk kepada amalan dosa dan pahala seseorang dalam mengerjakan sesuatu mahupun secara zahir ataupun batin.

No comments: