Monday, December 01, 2014

PERSEMBAHAN SENI MUZIK OLEH PELAJAR PENILAIAN PERANTIS SLDN DI WATERFRONT,KUCHING,SARAWAK


PERSEMBAHAN SENI MUZIK OLEH PELAJAR PENILAIAN PERANTIS SLDN DI WATERFRONT,KUCHING,SARAWAK
Negeri Sarawak Bumi kenyalang sememangnya terkenal dengan kekayaan kebudayaan yang tidak terhingga yang di julang oleh masyarakat bumiputera Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.Di Sarawak terdapat berpuluh - puluh suku kaum dari KAUM DAYAK yang menghuni seluruh Sarawak dari kawasan bandaraya ke pedalamannya.Kepelbagaian suku kaum ini menghasilkan pelbagai budaya yang menjadi keunikan yang tersendiri terutama dalam bidang Muzik.

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK atau SARAWAK CULTURAL VILLAGE tampil untuk menjalankan program - program yang dirancang dengan teliti bagi menjulang kebudayaan Negeri Sarawak ke seluruh pelusuk dunia.

Baru - baru ini,pada hujung minggu yang lepas saya sempat menghadiri PERSEMBAHAN PENILAIAN PERANTIS SLDN BIDANG MUZIK di Amphiteater di Waterfront Kuching.Sepanjang persembahan kami disajikan dengan persembahan seni muzik yang sangat unik.Antara yang menarik perhatian saya adalah persembahan yang diiringi alat muzik sape yang digabungkan dengan alat muzik moden.




Berikut adalah sedutan video persembahan dari beberapa kumpulan individu yang saya sempat Dirakamkan  sepanjang acara diadakan di Amphitheater Waterfront kuching.

Persembahan memukau tersebut dipersembahkan oleh pelajar - pelajar seni dan kebanyakan hasil seni yang dipersembahkan adalah hasil ciptaan mereka masing - masing.

Warten - ARAQ KACAQ


BONE SHAKER - BERAMBEH


PERSEMBAHAN LANDOK ANAK DARI SAUDARA DERRICK


Dan juga beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang berlangsung program atau acara.







AZLAN RUMADI
www.azkan rumadi.blogspot.com






No comments: