Friday, December 12, 2014

OPHILIA : FILEM SKINHEAD PERTAMA MALAYSIA



OPHILIA | merupakan filem Malaysia yang bakal menemui penonton di layar perak yang di arahkan oleh Pengarah Raja Mukriz dan skripnya pula ditulis oleh Lyna Ahmad.Ophilia semestinya memberikan satu sudut pandangan berbeza mengenai satu budaya yang sering dianggap negatif oleh kebanyakan golongan masyarakat iaitu SKINHEAD.Ophilia juga menampilkan berisan pelakon - pelakon yang berpengalaman seperti Que Haidar,Pekin Ibrahim dan seorang pelakon baru Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed atau Kodi,Zizan Nin dan Vanidah Imran.

http://azlanrumadi.blogspot.com/

Ulas Que Haidar.
“Saya buat filem ini kerana nak tunjukkan benda yang baik pada mereka. Kita nak tunjuk benda benda yang positif dalam filem itu seperti semangat brotherhood yang ada dalam skinhead. Filem ini lebih menceritakan semangat setiakawan itu sendiri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa persepsi seseorang itu terhadap skinhead itu amat berbeza dan terpulang kepada individu untuk menilai.

“Kalau kita pandang semangat setiakawan itu jahat, maka jahatlah dia, sebaliknya pula apabila kita memandang dari segi perspektif yang positif maka baiklah dia,” katanya bersahaja.

Saksikan sedutan Trailer dari Filem Ophilia yang bakal memberikan kelainan kepada peminat panggung wayang.

 
Dan beberapa gambar dari sedutan filem.
 
http://azlanrumadi.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadi.blogspot.com/

 
 

SUMBER DI SINI
 

No comments: