Thursday, May 03, 2018

JENDELA YANG SAMA


JENDELA YANG SAMA

Jendela yang sama.
dan
Sebuah bilik berdinding keras 
yang di dalamnya mencoretkan perjalanan hidup 
Seorang insan yang lahir dari desa hijau nan damai.

Jendela yang sama
dan
Gerak dan lukisan alam yang berubah 
Seiring detik masa yang dari kesekian kali 
Menyampaikan maksud dan hasrat.

Jendela yang sama,
Dan
Seorang aku 
Yang mencoret karya semahu dan seadanya 
Demi hasrat hidup beribu tahun.

Jendela yang sama,
Dan
Harap doa,
Jauh dekat dan dalam renungan nurani tiada bertepi 
Akan liku jalan bingkisan ilahi.

Jendela yang sama,
Dan
Seorang diri 
Yang tetap dengan kesendiriannya,
Menjadi manusia memang bakal dijemput mati,
Mengutip amal,pahala dan kemuliaan hati 
Mudahan menjadi cahaya penerang 
Yang abadi sampai akhirat nanti.

Jendela yang sama,
Sampai selamanya.

28.04.2018


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



Wednesday, May 02, 2018

DUGAAN DAN SEORANG AKU


DUGAAN DAN SEORANG AKU

Kita mungkin takkan selalu menemui perihal - perihal yang menguntungkan dalam kehidupan kita.Namun percayalah setiap masa susah dan sulit yang kita hadapi akan memberikan satu pengalaman,Pelajaran dan pembelajaran yang sangat bererti dan bermakna.

Sebagai manusia yang hidup dan belajar dari jalan - jalan dan liku - liku kehidupan yang telah kita tempuhi haruslah mempunyai ketabahan, kecekalan dan kesabaran walaupun ianya bukanlah semudah untuk dilafazkan dengan lisan namun kehidupan itu sendiori harus kita jalani bersama doa dan harapan kita kepada Ilahi.

Dugaan dan cabaran memang selalu akan datang dan hadir unruk menduga kita. Dalam diri kita  ianya akan membakar dan berkocak dan mendebur bagai ombak ribut di dalam batin,jiwa dan kalbu lalau kemudian ianya meresahkan zahir sehingga kita menjadi tidak tentu arah dan sesat atau mungkin hilang dalam diri kita sendiri.

Memang.Bukanlah semua dari kita mampu untuk mengahadapi segalanya semudah seperti yang dikatakan. Ada dari kita yang mampu menghadapainya dengan tenang,tumpuan dan fokus untuk menakluki ketidaktentuan dan ketidak keruan manakala sebahagian dari kita mengambil masa yang panjang untuk menghadam dan menemui prinsip prinsip untuk berpegang untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Seperti juga diriku yang sering bergolak di badai dan rempuh oleh pelbagai dugaan.Sering juga rebah dan kecundang dalam emosi dan perasaan diri namun tiadalah jalan mudah dalam semua penyelesaian.Pencarian untuk segala persoalan - persoalan dan dalam memikirkan satu bentuk kekuatan dan penyelasaian untuk berpaut dan dihayati sedalamnya untuk terus melangkah haruslah sentiasa di cari.Aku enggan mengalah begitu sahaja.Kekuatan perlu di cari.

Aku tetaplah diriku....
Aku tetap diriku...


10.11.2016
Sarawak

ADALAH AKU


ADALAH AKU

Adalah aku,
Yang masih tetap tabah,
Kerana masih ramai
Yang lebih payah dan susah
Dari diriku di saat ini.

Adalah aku,
Yang masih tetap senyum
Dikala dicoba dan di duga
Dengan pelbagai kepayahan dan kesusahan.

Hidup tak selalunya indah
Sementara hayat yang masih menyelimuti jasad,
kehidupan ini haruslah
Dinikmati dengan seadanya.

Kehidupan kita di dunia ini tidak betah
Melainkan hanya satu persinggahan dan ujian
Apakah kita seorang yang merenungi
Ketuhanan dan mengumpul amalan
Untuk menuju kematian dan akhirat
Atau kita akan menjadi
Seorang yang leka dan lena
Dan asyik dalam keduniaan yang sementara
Dan penuh khayalan indah
Yang selalu melekakan.


Sarawak
 11.10.2016

Wednesday, April 25, 2018

SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN-RAYA 2018 BY HASRULHASSAN.COM


SEGMEN BLOGWALKING RAMADHAN-RAYA 2018 BY HASRULHASSAN.COM

Hasrul Hassan .Beliau merupakan salah seorang blogger yang memberikan saya inspirasi dan banyak panduan dalam blog beliau yang menghidupkan perjalanan blog saya melalui panduan panduan yang beliau sediakan dalam blog beliau di www.hasrulhassan.com .

Beliau kali ini hadir dengan sebuah segmen mudah namun percayalah kalau saya kata segmen ini mempunyai sentuhan magiknya.Sentuhan magik yang macam mana ? kepada rakan blogger yang lain jom sertai dulu segmen ini.. anda akan tahu sendiri.. her her her...

Segmen ini berlangsung dari 24 April 2018 sehingga 29 April 2018. Syarat  - syarat pernyertaan nya ? anda boleh baca di sini.

Amat rugilah kalau rakan blogger tak join blog ini.. hahaha.. why ?? anda terlepas satu magik dari seorang blogger yang berpengalaman macam Hasrul Hassan ini.


PERANCANGAN AKTIVITI - AKTIVITI  SAYA  BULAN RAMADAN TAHUN INI.

Segmen Blogwalking ini Ramadan- Raya 2018 ini adalah bersempena dengan Bulan Ramadhan kan ? kalau nak cerita tentang ativiti -aktiviti bulan Ramadhan ini banyak sebenarnya aktiviti yang saya nak rancang dan plan kemas - kemas.. InshaAllah akan saya laksanakan sebanyak yang  mungkin kalaupun tak dapat nak laksanakan semualah.

Kebiasaannya terdapat banyak aktiviti yang saya akan lakukan.

1. MEMPUASAKAN PEMANDANGAN,PENCIUMAN,PERASAAN DAN PENDENGARAN.

Yes. Puasa bukan setakat puasa makan minum je tau.Semuanya mesti dipuasakan seluruhnya dari segi zahir dan batin kita. Sucikan pemandangan,perciuman,pendengaran dan perasaan kita agar kita mampu menjadi manusia yang lebih optimis dan lebih positif.Cuma nak mempuasakan semuanya tu bukanlah mudah kerana ianya memerlukan muhasabah diri dan juga istiqomah yang kental dengan jiwa dan diri sendiri untuk mempuasanya nya sebaik mungkin.Maklumlah nada dan godaan langsung dan tidak langsung kan banyak sekarang ini.

2. MEMBACA SEBANYAK MUNGKIN AYAT AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA.

Kelaziman saya di bulan puasa adalah membaca ayat suci Al-quran beserta dengan terjemahannya.Saya harap tahun ini saya akan dapat membaca lebih banyak ayat - ayat quran dalam bulan berkat Bulan Ramadhan pada tahun ini.Insha Allah, Saya lebih menekankan tentang terjemahan kerana aadalah penting untuk mengetahui dan memahami apa yang disampaikan dalam Al-Quran. Saya ni tak pandai berbahasa Arab tapi dengan membaca terjemahan ayat Al-Quran dalam Bahasa Melayu dapatlah memahami maksud ayat - ayat yang saya bacakan.

3. MENSTRUKTUR DAN MERANCANG DIET SERTA PEMAKANAN

Ceewwaahhh.. ayat bukan main lagi kan...point ayat tu maksudnya menyusun kembali dan merancang diet dan pemakanan saya.Bersempena dengan bulan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan,masa ini lah masa yang sesuai untuk kita menyusun kembali dan merancang kembali diet dan pemakanan kita terutamanya untuk orang yang macam saya. Paling Tidak saya berusaha untuk menurunkan berat badan saya dengan merancang pengambilan makanan sebaik mungkin walaupun saya sedar godaan makanan di bulan Ramadhan ini.MasyaAllah....sungguh menusuk.Namun saya tetap berharap semoga tahun ini saya akan lebih mampu memperbaiki diet dan semoga perancangan makanan saya lebih berjaya. Amin.

4. MENZIARAHI DAN MELAWAT AHLI KELUARGA,SAHABAT DAN  KAWAN- KAWAN.

Kalau difikirkan memang bila - bila masa pun kita boleh buat ziarah ni kan ? Namun 'Aura" nya di bulan Ramadhan memang berbeza.Percayalah... kerana bulan ramadhan kita berpuasa dan setting dari segi mental fizikal pun beza... jadi suasana pun akan berbeza malah unik berbanding masa lain.Lagipun yang paling bestnnya mungkin masa melawat boleh terus mengadakan majlis berbuka bersama dan banyak perkara yang boleh dikongsikan dari banyak segi. Sebab itulah saya sering menghabiskan masa di Bulan Ramadan denfgan menziarah dengan kawan - kawan dan pergi ke rumah ahli keluarga saya.Lebih lebih beberapa minggu lagi nak raya semestinya ramai saudara - saudara yang merantau jauh akan pulang kampung dan masa inilah kita dapat duduk bersama dan berkongsi tentang kehidupan masing - masing..


5. UPDATE BLOG DAN SOSIAL MEDIA

Hehehehe yang ini.Mesti. Tapi Tema dan tajuk akan sedikit beza.Kebanyakannya akan menjurus kepada Muhasabah diri,,,renungan... refleksi diri dan banyak lagi...Paling tidak dengan update perkara - perkara yang mengajak kepada kebaikan turut mendidik jiwa dan rohaniah kita agar menjadi insan yang lebih terbuka dan positif dalam memikirkan tentang perjalanan kehidupan. Selain itu ianya merupakan salah satu cara kita untuk saling ingat mengingati sesama insan.InshaAllah.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Monday, April 09, 2018

LATTE COFFEE WARNA WARNI DAN KESENIANNYA YANG UNIK


LATTE COFFEE WARNA WARNI DAN KESENIANNYA YANG UNIK

Kopi. Saya percaya ramai yang meminati kopi kerana keunikan rasa, aroma dan penyediaannya selain sebagai pemula hari yang menyegarkan.Selain itu terdapat pelbagai jenis penyediaan kopi diseluruh dunia dan sebahagian nya telah saya kongsikan pada pos yang sebelum ini.


Salah satu jenis penyediaan kopi yang saya anggap ber" style" adalah Latte Coffee yang memerlukan kemahiran dan bakat yang tertentu untuk menyediakan dan mencorakkan hasil seni dari kombinasi kopi ( Espresso ) dan susu segar yang digunakan untuk menghasilkan Latte Coffee yang menarik.

Ianya amat memerlukan latihan yang teliti untuk menghasil atau menggubah Latte Coffee yang bagus menarik dan cantik.Sebahagian pembuat kopi atau pun barista yang berkemahiran mempunyai pattern atau trademark yang tersendiri melalui kesenian atau bentuk corak yang dihasilkan dalam penyediaan Latte Coffee.Ianya semestinya melibatkan kombinasi konsentrasi dan kreativiti dalam menyediakan Latte Coffee yang berkualiti.

LATTE COFFEE WARNA WARNI

Saya merupakan antara seorang peminat kopi terutamanya Espresso yang mempunyai keunikan dan kepekatan rasanya yang tersendiri walaupun tidak semua orang menggemarinya yang mungkin kerana kepekatan rasa kopinya yang pahit ataupun sebaliknya.

Saya menemui gambar - gambar Latte Coffee yang digubah penuh warna warni dalam perkongsian seorang rakan saya dalam satu page Facebook pada baru - baru ini. Jika anda melihat satu persatu pada gambar Latte Coffee yang saya kongsikan ini,menarik bukan? 

Resepi asal penghasilan Latte adalah Espresso dan Susu segar yang distimkan ( sedikit kental ) dimana mana prosesnya adalah dengan menuang susu yang distimkan sedikit demi sedikit ke dalam cawan kopi sambil dicorakkan pattern - pettern tetentu untuk menampakkannya lebih menarik dan kretive selain menaikkan selera peminum kopi.

Namun apa yang menarik pada Latte Coffee ini ialah Susu yang digunakan untuk dituangkan ke dalam kopi diberikan sentuhan warna warni yang lebih menghidupkan kesenian yang mempesonakan dalam menyediakan Latte Coffee yang benar - benar unik dan menawan. 

Keunikan warna warni pada Latte Coffee yang dihasilkan oleh Barista ini bukan sahaja menarikkan selera untuk menikmatinya malah ianya mempunyai sentuhan kesenian yang sangat halus.

JOM NGOPI !





















AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


DI MATAMU BY INTAN BUSKERS AT MEDAN NIAGA SATOK, KUCHING, SARAWAK - APRIL 2018.


DI MATAMU BY INTAN BUSKERS 
AT MEDAN NIAGA SATOK, KUCHING, SARAWAK - APRIL 2018. 

LIRIK DI MATAMU

Apakah Kau cuba untuk menentukan
Keikhlasan Hatiku padamu
Betapa Ku mencuba
Mendapatkan Secebis kasihmu


Apakah Kau tak mampu tuk menentukan
Di Antara kaca dan permata
Betapa Telahanmu
Memaksaku Mengundurkan diri


Dan Tak seharusnya aku
Bertemu Dirimu
Didunia Ini


Dan Kau membuang diriku
Sesuka Hatimu
Dan Memilih dia


Dan Ku tersandar begini
Meratapi Hati
Yang Telah dilukai


Aku Sedar
Betapa Hinanya
Ku Dimatamu


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


KISAH SEORANG BIDUAN BY INTAN BUSKERS AT MEDAN NIAGA SATOK, KUCHING, SARAWAK - APRIL 2018.


KISAH SEORANG BIDUAN BY INTAN BUSKERS 
AT MEDAN NIAGA SATOK, KUCHING, SARAWAK - APRIL 2018. 

LIRIK KISAH SEORANG BIDUAN

( 1 )
Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan( 2X )

( 2 )
Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan ( 2X )

( korus )
Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu ( 2X )

( ulang korus )

( ulang 2 & korus & korus & 1 )



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my