Tuesday, October 30, 2018

9:21:00 AM

SERVIS PENGHAWA DINGIN ( AIRCOND ) RUMAH ANDA DENGAN CARA YANG MUDAH INI

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa anda boleh membuat servis aircond rumah anda sendiri dengan hanya menggunakan remote control sahaja. Bukan sahaja menjimatkan kos malah ianya juga amat membantu bagi memastikan aircond atau penghawa dingin anda berfungsi dengan baik dan memanjangkan jangkahayat penggunaka penghawa dingin anda.

Cara - cara untuk setuk servis pengawa dingin dan aircond dengan menggunakan remote control adalah seperti berikut

Selepas penggunaan aircond atau penghawa dingin anda pada waktu malam, Jangan matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut .

1.Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”,

2. Tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.

3. Biarkan ia berjalan selama 15 minit.

4. Kemudian barulah matikan aircond.

5. Tetapkan semula ke mode " Cool " kembali semasa penggunaan yang seterusnya.


Mengapa tetapkan ke Mode " Fan " ?

Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan).


Selamat mencuba.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU