Wednesday, September 28, 2016

INPIRASI DAN IDEA HIASAN DALAMAN RUANGAN KAMAR ATAU BILIK TIDUR MODEN YANG CANTIK

 
 
INPIRASI DAN IDEA HIASAN DALAMAN RUANGAN KAMAR ATAU BILIK TIDUR MODEN YANG CANTIK  
Ruangan Kamar atau Bilik Tidur. Tidak kira bagaimanapun anda menyebutnya merupakan antara salah satu elemen yang sangat penting yang sering dititikberatkan dalam menilai keselesaan sesebuah rumah kediaman kerana ianya tempat anda berehat, tenang dan juga merupakan ruangan aktiviti bagi seorang individu atau keluarga.Tidak hairanlah mengapa bagi sesetengah dari kalangan kita sanggup menghabiskan ribuan ringgit malah beribu atau puluhan ribu bagi melengkapkan ruangan kamar tidur mereka dengan pelbagai perabot seperti katil,almari pakaian,meja solek dan pelbagai lagi perabot - perabot yang lain.
Sesetengah rekaan hiasan dalaman kamar tidur moden pada masa sekarang turut dilengkapi dengan kamar mandi untuk keselesaan yang optimum.

Hiasan dalaman ruangan kamar atrau bilik tidur merupakan antara sesuatu yang sering diambil perhatian dan disesuaikan mengikut citara tertentu.Mahupun dari segi pemilihan warna untuk dinding dan penyesuaian warna untuk perabot dan sisi - sisi yang lain bagi menampakkan sebuah bilik tidur atau kamar yang sangat cantik dan menarik dan menjadikan ianya sebuah bilik tidur idaman yang memuaskan.


Secara lazimnnya pemilihan dan penyesuaian hiasan dalamn ruangan kamar atau bilik tidur turut menekankan konsep konsep tertentu malah ada juga yang memilih menggunakan tema - tema tertentu untuk menghias ruangan kamar bilik tidur.Namun begitu terdapat pelbagai cara yang tertentu untuk menghiasan ruangan kamar tidur agar kelihatan menarik dan bagi sesorang yang berfikir secara kreatif mungkin tidak juga memerlukan kos yang agak tinggi.

Hiasan dalaman ruangan bilik tidur juga mengambilkira pelbagai elemen yang lain seperti penyusunan perabotnya yang kebiasaanya bagi memaksimumkan penggunaan ruang dalam ruangan sesebuah bilik tidur.Bilik tidur yang disusun dengan betul akan memberikan ruang yang selesa untuk bergerak dan kemungkinan ruang yang dibiarkan kosong boleh dimanfaatkan untuk melakukan aktiviti yang tertentu.

Aspek kekemasan juga merupakan adalah suatu yang amat penting kerana Hiasan ruangan kamar tidur yang kemas akan menyenangkan dan menyejukkan penglihatan dalam merealisasikan sebuah kamar tidur yang memberikan jiwa yang damai dan tenang semasa beristirehat. 

Seterusnya adalah beberapa idea yang boleh dijadikan inpirasi dalam menghias ruangan kamar tidur moden agar kelihatan cantik dan menarik melalui perkongsian gambar - gambar yang berikut.

























































































































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my





No comments: