Monday, October 27, 2014

BERHUJUNG MINGGU DENGAN MEREMPIT KE SANTUBONG


BERHUJUNG MINGGU DENGAN MEREMPIT KE SANTUBONG

26 Oktober 2015,Ahad,
Santubong,Kuching,Sarawak.

Hari yang sungguh indah dengan pemandangan langit luas dan pemandangan hijau yang menenangkan.
Semalam hari hujan dan kini langit yang membiru membuka tirai gemawannya menjadikan pemandangan langit biru dan hijau pepohon.

Hari yang cukup nyaman dan tenang untuk merempit.Hari ini saya merempit dengan adik saya iaitu,Khairil Rumadi menaiki...........Yamaha Ego je pun.. hahahah bukanlah selalu berjalan menggunakan motor sambil menikmati pemandangan sekitar Santubong sambil itu pemandangan gunungnya yang indah menemani sepanjang perjalanan.

Percayalah kalau saya katakan pemandangan yang memenangkan ini bukanlah dapat dijual beli dengan wang ringgit. Oleh itu, hayati dan nikmatilah selagi ada kerana Tuhan mencipta alam ini untuk semua umat manusia tidak mengira sesiapa pun. betul ?

 Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan dan pengalaman.Sekiranya ada kesempatan dan waktu yang terluang eloklah berjalan - jalan.Kitak tidak tahu sekiranya datang ilham atau fikiran kita dalam menjalani kehidupan sepanjang perjalanan kita.





 

 
 
 
 

 




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: