SUATU PEMANDANGAN MALAM DI WATERFRONT KUCHING,SARAWAK
Pemandangan Malam adalah antara pemandangan yang sangat mempersonakan.Saya sangat suka melihat pemandangan malam di mana sahaja saya berada.Pemandangan malam juga sedikit memberikan ketenangan melihat lampu - lampu neon yang bersinar menghiasi kota.
Waterfront kuching Sarawak merupakan salah satu tempat yang sangat menarik pemandangan malamnya bagi diri saya di Bandaraya Kuching ini.Pemandangan warna warni yang menghiasi sepanjang jalan memberikan satu perhiasan malam yang sangat indah.
Malah saya sering ke sini untuk menikmati pemandangan malam untuk melihat sebahagian pemandangan yang cantik di Bandaraya Kuching.
Selain dari pemandangan malam yang cantik ini terdapat juga aktiviti - aktiviti yang sangat menarik di Sepanjang Waterfront seperti persembahan Penyanyi Jalanan ( Buskers ) yang mempersembahkan hiburan - hiburan dengan dendangan lagu yang menghiburkan.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment