FISHES CORNER DI E-MART MATANG KUCHING,SARAWAK
Saya sering ke Pasaraya E-Mart Matang Kuching Sarawak untuk membeli keperluan rumah termasuk makanan dan sebagainya.Namun begitu,dalam banyak - banyak kedai dan pelbagai perkara yang ada di E-Mart terdapat satu kedai yang menjual banyak ikan peliharaan yang terdapat banyak aquarium dan ikan - ikan yang cantik - cantik.Inilah corner antara corner yang paling saya sukai.
Sesekali merenung ikan - ikan berenang dan melihat aksi dan telatah ikan - ikan ini serasa memberikan sedikit hiburan dan senyuman.Lebih - lebih lagi melihat ekspresi muka ikan - ikan ini.Tak percaya anda boleh cuba duduk depan mana - mana aquarium dan perhatikan gelagat ikan - ikan ini semua pastinya ada - ada saja yang mereka buat.
Malah kata orang melihat ikan ini kadang - kadang mampu memberikan ilham dan inspirasi pada diri.Kita tak tahu apa rahsianya sehinggakan ramai sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata - mata untuk membea dan memelihara ikan.setuju ?
Namun saya mendapati zaman sekarang hobi memelihara ikan ini makin berkurang.Kemungkinan kerana ikan memerlukan penjagaan yang cukup rapi..air nak kena tukar dan tapi selalu.Kalau tidak air akan kotor dan aquarium akan berlumut.Ikan nak kena beri cukup makan dan oksigen dan sebagainya.
Namun pada pendapat saya,hobi ikan ini tetap mempunyai rahsia dan keistimewaan yang tersendiri.Minat masing - masing.Nak buat macam mana kan ? MINAT.
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment