Monday, June 25, 2018

FORCED PERSPECTIVE PHOTOGRAPHY YANG GEMPAK DARI PHOTOGRAPHER WIRE HON


FORCED PERSPECTIVE PHOTOGRAPHY YANG GEMPAK DARI PHOTOGRAPHER WIRE HON

Saya percaya tidak ramai yang pernah mendengar istilah " Forced Perspektif Photography" ini melainkan anda adalah seorang photographer atau jurugambar yang benar - benar meminati dan menjiwai bidang fotografi ini.

Apa itu Forced Perspective Photography ?

Secara ringkasnya ianya adalah suatu teknik fotografi yang memanfaatkan ilusi optik untuk membuat objek tampak lebih jauh,lebih dekat, lebih besar, atau lebih kecil daripada yang sebenar. Ianya seringkali atau banyak kali digunakan dalam fotografi, pembuatan atau penghasilan filem dan juga senibina.

Fotografi karya Wire Hon

Secara jujur sayapun belum kenal juga dengan teknik Forced Perspective Photography ini sebenarnya sehinggalah saya menemui hasil karya dari jurufoto yang menggunakan nama " Wire Hon" ini.Tampak menarik lagi beliau hanya menggunakan peralatan -peralatan yang ringkas dan mudah serta penggunakan telefon pintar beliau untuk menghasilkan karya - karya menarik beliau.

Siapakah model beliau ? permainan - permanian dari watak animasi Marvel.Best kan? rasa - rasa nak cuba juga dengan teknik fotografi macam ni lah nanti.

 








 




 






 

 

 

 

 



 

 

 


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Monday, June 11, 2018

INDAHNYA CINTA


INDAHNYA CINTA

Indahnya cinta yang menyatukan
hanya hidup dan mati yang menjadi sempadan,

Agungnya cinta yang setia
Pegangan diri yang menentukan,

Indahnya cinta yang membahagiakan
Penerimaan dan kesyukuran adalah kuncinya.

Sempurnanya cinta yang melengkapkan,
Ketuhanan,Manusia dan Alam
adalah sebahagian perjalanannya.

Cinta seharusnya satu,
Cinta mengajarkan kesetiaan,
Cinta itu memberi kebahagiaan,
Cinta itu melengkapkan.
Kerana itu cinta senantiasa dicari.




11.06.2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


FESYEN PAKAIAN YANG BERGAYA DAN MENARIK UNTUK KANAK - KANAK LELAKI


FESYEN PAKAIAN YANG BERGAYA DAN MENARIK UNTUK KANAK - KANAK LELAKI

Fesyen pakaian pada masa sekarang bukan sahaja meliputi kepada golongan dewasa sahaja malah fesyen pakaian untuk kanak - kanak juga turut menjadi sesuatu yang popular di kalangan penggemar fesyen.

 Ibu bapa yang mementingkan penggayaan fesyen untuk anak anak mereka semestinya menginginkan supaya anak - anak mereka nampak kemas dan menarik serta comel dan yang paling penting ialah ianya fesyen yang dikenakan kepada anak - anak mereka haruslah yang terkini atau mengikut trend semasa.

Kali ini saya kongsikan beberapa peragaan pakaian untuk kanak - kanak lelaki yang paling terkini dan mengikut trend semasa.Semesti fesyen - fesyen pakaian kanak - kanak lelaki yang diperagakan adalah menarik dan sangat bergaya dan ianya boleh dijadikan idea dan inspirasi untuk menyesuainkan pemakaian anak - anak anda agar lebih cantik dan comel serta macho.

Selain itu dengan mengenakan pakaian yang menarik dan bergaya kepada mereka turut memberikan satu rasa kepuasan kepada para ibu bapa ketika melihat anak - anak ini bergaya menjadi tarikan orang ramai di mana mana sahaja.Itulah yang dinamakan cahaya mata dan anugerah dari Tuan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberikan inspirasi dan idea kepada anda semua tentang cara bagaimana menyesuaikan fesyen pakaian yang bergaya dan menarik untuk kanak - kanak lelaki anda.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my