Monday, June 11, 2018

#2 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - ALL BLACK, HITAM ITU KEUNGGULAN.


#2 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN - ALL BLACK, HITAM ITU KEUNGGULAN.

Warna hitam adalah antara salah satu warna yang saya gemari. Sebab utama kenapa saya menyukai warna hitam kerana ianya tidak cepat nampak kotor. Yes,selain itu ianya juga menterjemahkan saya untuk sesuatu yang kukuh dan tepat. 

Kadang - kadang seseorang yang memilih warna hitam bukanlah bermaksud ianya cenderung kepada sesuatu yang gelap,malap,suram dan mengerikan keran hitam juga mempunyai sisinya yang tersendiri yang memberikan kebaikan dalam menampakkan sesuatu bentuk dan rupa termasuk juga dalam rekaan dalaman dan luaran rumah kediaman.

Rekaan yang saya kongsikan kali ini menggunakan konsep warna hitam. Yes ! I Like.Hhaha...Saya pun tak pernah terfikirkan memanipulasi konsep warna hitam ini dalam rekaan dalam dan luaran rumah kediaman mahupun mana - mana rekaan dan rekabentuk bangunan.

Ramai yang beranggapan penggunaan warna hitam kurang sesuai untuk pemilihan warna rumah kerana ianya akan membuatkan sesuatu ruang dalam rumah kediaman akan tampak sempit atau mungkin pelik bagi sesetengah pandangan orang.Namun ramai yang akan mengubah pandangan dan fikiran apabila melihat konsep yang akan diketengahkan dalam perkongsian ini.

Hitam.. gaya.. mutu... dan keunggulan... dulu selalu dengarkan dalam iklan - iklan rokok di zaman 80-an dan 90-an.. yes.. it is... hitam memang nampak unggul.





 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


Friday, June 08, 2018

#1 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN


#1 REKABENTUK DAN REKAAN LUARAN DAN DALAMAN UNTUK RUMAH KEDIAMAN

Setiap orang meninginkan sebuah rumah yang selesa dan memuaskan setiap kali membina sesebuah rumah. Pelbagai segi akan dikaji dan dirancang serta dipertimbangkan bagi membina sebuah rumah yang sangat memuaskan.

Oleh itu saya ingin berkongsikan kepada anda semua Rekabentuk Luaran dan Dalaman untuk rumah kediaman yang akan menjadikan ianya satu kediaman yang sangat menarik,selesa dan menenangkan. Tidak hairan sekiranya sesebuah rumah itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana ianya juga melibatkan pemilihan rekabentuk dalaman seperti yang diinginkan.

Semoga perkongsian ini akan menjadi inspirasi kepada mereka yang dalam perancangan membina rumah sendiri.

Rumahku Syurgaku.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my













Wednesday, June 06, 2018

GAMBAR - GAMBAR LAMA NENEK MOYANG KITA SERTA MASYARAKAT ORANG MELAYU TRADISIONAL DAHULU


GAMBAR - GAMBAR LAMA NENEK MOYANG KITA SERTA MASYARAKAT ORANG MELAYU TRADISIONAL DAHULU

Amatlah jarang untuk kita menemui gambar - gambar lama zaman datuk nenek moyang kita pada masa kehidupan nya yang lalu kerana pada masa itu masih sukar untuk menemui teknologi fotografi yang terdapat pada masa sekarang.

Oleh kerana itu juga amatlah sukar untuk kita membayangkan sendiri bagaimana kehidupan yang dijalani oleh Masyarakat Melayu termasuk nenek moyang kita pada masa dahulu.

Namun kali ini saya telah menemui beberapa gambar dari salah satu Page FB yang saya ikuti dan saya kongsikan untuk menjadi tatap semua.

Kalau melihat di dalam gambar - gambar yang saya perolehi ini ianya menggambarkan bertapa pada ketika itu identiti jati diri Kemelayuannya amatlah kuat dan dipandang tinggi. Identiti yang kuat pada ketika itu melambangkan semangat Kemelayuan dan pegangan Bangsa Melayu itu sendiri dari cara kehidupan,adab dan adat Melayu yang dijalani.

Semoga Warisan Kemelayuan ini takkan lupus dari bumi ini kerana saya berpendapat Warisan ini amatlah bernilai untuk dipelajari dan diwarisi oleh Mesyarakat untuk menghayati nilai - nilai budaya kita sendiri dan dari mana asal permulaan tamadun bangsa kita sendiri.

Wallahualam.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my