Wednesday, May 23, 2018

BAZAAR RAMADHAN 2018 / 1439H - BAZAAR MATANG KUCHING, SARAWAK


BAZAAR RAMADHAN 2018 / 1439H - BAZAAR MATANG KUCHING, SARAWAK

Ramadhan pada tahun 2018 ini seperti lazimnya pada tahun tahun lepas. Bazaar Ramadhan Matang Kuching Sarawak adalah antara lokasi bazaar Ramadhan yang menjadi pilihan saya untuk membeli juadah berbuka puasa.

Nak Tahu apa yang ada di Bazaar Ramadhan Matang,Kuching Sarawak. Sila tonton video ini sampai habis.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Tuesday, May 15, 2018

KEPADA KITA - KITA SEMUA,BERSEDERHANALAH ( KERAJAAN BARU ).


KEPADA KITA - KITA SEMUA,
BERSEDERHANALAH ( KERAJAAN BARU ).

Bersederhanalah,
Jangan terlalu turutkan rasa dan emosi,
Kerajaan baru,
Dasar dan Polisi Baru,
Dan
Mentaliti kita juga seharusnya baru.
Buangkanlah pesimitik dan prejudis.
Kita Sama - sama menantikan pelaksanaan
Pentadbiran baru ini.
Tinggalkan emosi kempen dan pilihan raya.
Biarkan berlalu.
Usahlah Cemuh mencemuh dan keji mengeji
Kita masih ada esok hari.

Apa yang penting,
Perdana Menteri yang lama menjadi baru,
Menteri - menteri yang baru,
Dengan barisan kabinet yang baru,
Negara dan kerajaan dengan wajah - wajah yang baru,
Sistem pengurusan dan pentadbiran yang baru.
Sementara kita ? 
Apakah bersedia untuk pembaharuan ini ?
Berjuta Rakyat,
Pelbagaui kehendak dan kemahuan,
Sikap dan pendirian yang lain - lain.
Permintaan yang pelbagai,
Warna dan Lukisan kehidupan yang pelbagai corak.
Ada yang mensyukuri,
Ada yang mengkesali,
Ada yang memuji,
Ada juga yang mencaci dan mengkeji.
Tapi kita harus selalu tanya diri.

Sekarang,
Terpulanglah pucuk yang mengetuai,
Menurut suara majoriti dan menunaikan janji - janji.
Semoga menjadi Realiti dan di realisasi.

10.05.2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


SELAMAT DATANG PENGURUSAN ( KERAJAAN ) BARU


SELAMAT DATANG PENGURUSAN ( KERAJAAN ) BARU 

Selamat Datang Kepada Pengurusan ( Kerajaan ) Baru.
Pemimpin yang lama sekali lagi kembali memegang
Tampok Pentadbiran.

Kompeni Bertukar,
Dasar dan Polisi juga bertukar.
Semoga proses peralihan berjalan dengan
Lancar, tenang dan damaia
Tanpa ada perkara yang tak diingini.
Semoga Allah Tuhan sekalian Alam mempermudahkan segalanya.

Janji dalam manifesto telah dibentangkan,
Suara Undi juga telah diputuskan.
Tibalah masanya memulakan memulakan langkah
Dengan Permulaan yang baru.

Kepada yang berjanji,
Tibalah masanya menunai dan mengotakan janji - janji.
Kepada yang Berjanji,'
Tibalah masanya untuk menuntut janji.

Pertempuran telah berakhir,
Nyatanya,
Yang menang bersorak kepuasan,
Yang kalah meratapi kejatuhan.
Detik - detik sambutan seterusnya
akan beransur dan beralih kepada
Proses Pelaksanaan.
Rakyat Pendokong  menunggu khabar yang dijanjikan.
Apakah ianya kenyataan yang tegak dengan
Harapan baru ?
Atau Sebaliknya.

Kita Tinggalkan Medan Pangkah,
Kita sama teruskan hari baru,
Mentari Menyinari,
Langit memayungi,
Kita sama - sama nantikan dan persaksikan,
Tumbuh dan tegaknya,
benih - benih pengharapan dan perjanjian,
Semoha Pohonnya nanti merimbun,
Meneduhkan sekalian umat rakyat.
Semoga Buahnya manis.
Menyenang Jiwa,
Damai sejahtera aman damai.

10.05.2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Monday, May 14, 2018

SAJAK BUAT IBU ( HARI IBU 2018 )


SAJAK BUAT IBU ( HARI IBU 2018 )

Dilahirnya aku ke dunia,
Bergalang nyawa,
Bersimbah darah,
Mengerah tulang,daging dan urat.
Bersaksi Malaikat-malaikat.
Berkat doa dan permohonan,
Melalui mulianya haruman syurga,
Pintu segala dunia dan alam.
Allah kurniakan seorang manusia,
Berhembus cahaya di mata,
Dari merah tapak kaki,
dibesarkan dengan keringat,
Direstui dengan kabul doa,
Buat seorang ratu tertinggi 
yang menggegar dunia,
Gelarannya,
IBU,
EMAK,
BUNDA.


Saat ini,
Didepan mata adalah sosok karyamu,
Berkat doa restu,
Sembah dengan rendah diri,
diriku,Zuriat kerdilmu,
Memohon ampun maaf,
Dunia akhirat,zahir batin.
Dosa dosaku yang tak terkira,
Luka dan darah atas perlakuanku,
Singgung kata lisan,
Payah perit mu,
Resah gelisahmu,
Makan dan minumku,
Siang malamku,
Jaga tidurku,
Lebih dan kurangku,
Jatuh bangunku,
Zahir Batinku,
Ku serahkan pada junjung kasih,
dan murni nilaimu.
Ku mohon redha dan ampunmu 
Disisi Tuhan sekalian Alam.

Allah peliharakan hamparan duniaku,Ibuku.
Sejahtera,aman damai,langit dan bumi,
Dunia akhirat buat Yang mengandungku
9 bulan  9 hari dalam rahimnya.
Amin.


Allah berkati dan rahmati ibu ibu di seluruh penjuru Alam.
Doa dan salam buat ibu-ibu yang telah dijemput kembali ke sisiMu.


13 Mei 2018

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my 


Friday, May 11, 2018

PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN SUHARNIZAN DAN NUR DAYANA PART 2


PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN SUHARNIZAN DAN NUR DAYANA PART 2

PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN SUHARNIZAN DAN NUR DAYANA.


PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN SUHARNIZAN DAN NUR DAYANA.


PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN SUHARNIZAN DAN NUR DAYANA DI KAMPUNG RAMPANGI,KUCHING,SARAWAK.



PERSEMBAHAN SILAT PERGURUAN PUKULAN PENDEKAR TUJUH DI MAJLIS PERKAHWINAN SUHARNIZAN DAN NUR DAYANA DI KAMPUNG RAMPANGI,KUCHING,SARAWAK.

Pertama kali Terima Kasih kepada Keluarga Bang Leman atas jemputan ke Majlis Perkahwinan anak beliau iaitu pasangan Suharnizan dan Nur Dayana di Kampung Rampangi, Kuching Sarawak.

Majlis yang berlangsung dengan meriah telah dilangsungkan dengan meriah dengan menggunakan adat istiadat melayu pada 05 Mei 2018 pada hari Sabtu yang lepas.

Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh telah dijemput untuk mempersembahkan persilatannya untuk menyambut kedatangan kedua pasangan pengantin setibanya di Lokasi Perkahwinan sebelum disandingkan pada upacara yang meriah.

Persembahan silat yang dipersembahkan dimulai dengan Persembahan Jurus Solo bertiga yang terdiri dari tiga pesilat yang mana dua nya adalah persembahan menggunakan senjata dan seorang lagi menggunakan tangan kosong.

Persembahan silat seterusnya disambung dengan persembahan tempur yang mengambil adat lama iaitu persilatan merampas kapak yang merupakan adat perkahwinan lama.Persembahan ini juga mempersembahkan persembahan bergaya dari kedua pesilat.

Persembahan terakhir adalah persembahan berkumpulan yang terdiri dari Pesilat pelbagai peringkat umur lelaki dan perempuan.

Tahniah kepada Pesilat- pesilat dan adik adik dari Perguruan Silat Pukulan Pendekar Tujuh dan semua yang terlibat di dalam persembahan ini dan semoga kesempatan untuk mempersembahkan Warisan Pusaka yang tak ternilai ini dapat diberikan peluang yang lebih banyak lagi pada masa depan.

dan teruskan latihan semantap mungkin untuk menambahbaik persembahan di masa yang akan datang.

Semoga Allah Merahmati dan memberkati.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my