PESTA ORANG KAMPUNG DI PERKARANGAN PARKING KERETA STADIUM NEGERI SARAWAK
Pesta Orang Kampung merupakan satu lagi event yang sangat menarik yang menghimpun ramai usahawan atau vendor - vendor yang menjual pelbagai jenis produk termasuk makanan, minuman, fesyen dan pelbagai lagi keunikan dan variasi produk dari anak - anak tempatan.
Pesta Orang Kampung pada kali ini berlangsung dari 08 Januari 2025 sehingga 12 Januari 2025 di Perkarangan letak kereta Stadium Negeri Sarawak.
Saya sempat berkunjung ke lokasi event pada 12 Januari 2025 , hari Ahad bagi melihat sendiri kemeriahan event yang telah dibanjiri pengunjung yang ingin menikmati dan membeli pelbagai produk yang ditawarkan oleh para vendor di kawasan ini.
Selain dari penjualan produk terdapat beberapa lagi program dan slot pengisian yang turut dilangsungkan seperti pameran budaya, persembahan kesenian dan beberapa lagi pengisian yang lain.
Antara aktiviti atau program yang turut dijalankan di dalam event ini adalah persembahan Gamelan & tarian, Persembahan Silat & Kompang, Pertandingan Suara Emas dan juga Pertandingan Pakaian Klasik Cilik.
Namun apa yang lebih menarik adalah pihak penganjur mengetengahkan penggunakan pakaian orang lama bagi menghidupkan suasana orang kampung dan apa yang saya perhatikan kebanyak penjual benar - benar menghayati tema orang lama dan ini memberikan satu pengalaman unik yang sangat menarik kepada pengunjung yang datang.
Pesta orang kampung di Kuching turut dimeriahkan dengan persembahan dari artis terkenal seperti Naqiu & Boboy dan juga Haziq Rosebi AF.
Saya sempat merakamkan beberapa gambar semasa kunjungan saya ke lokasi berlangsungnya event tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai event ini anda boleh layari FB Rasmi Pesta Orang kampung di SINI
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment