Saturday, June 07, 2025

PRINSIP 90/10 : CARA MUDAH UNTUK HIDUP LEBIH TENANG


PRINSIP 90/10 : CARA MUDAH UNTUK HIDUP LEBIH TENANG

Bayangkan ni: Kau tengah breakfast dengan family. Anak kau tak sengaja tertumpahkan kopi kat baju kerja kau. 


Kau terus marah dia, dia menangis. Lepas tu, kau salahkan isteri kau sebab letak cawan dekat tepi meja. 


Bergaduh sikit, kau naik atas tukar baju, dah lambat. Anak kau tak sempat siapkan diri, terlepas plak bas sekolah. 


Kau kena hantar dia, kau bawak laju-laju, kena saman. 


Sampai kerja lewat, briefcase lupa bawak. Hari kau terus barai sampai malam.


Kenapa hari kau teruk? Sebab kopi? Anak kau? Polis trafik? 


Salah kau sendiri.


Prinsip 90/10 ni simple: 10% hidup kau benda yang kau tak boleh kawal. 90% lagi bergantung pada cara kau react.


Kalau tadi kau chill, cakap “Takpe, lain kali hati-hati ok,” tukar baju, settle cepat-cepat, anak kau pun sempat naik bas. 


Hari kau pun akan okay je.


Macam Mana Nak Guna Prinsip Ni:


Orang kutuk kau? 


Biarkan, jangan ambil hati. Move on, jangan bagi negativity rosakkan hari kau.


Orang potong line masa drive? 


Relax, tak perlu marah-marah. 10 saat lambat takkan ubah hidup kau. Baik kau lambat 10 saat dari kalut nak potong balik, last-last eksiden patu lambat 4 jam terus. 


Berita buruk? 


Jangan stress, fokus cari jalan penyelesaian.


Ingat, kau tak boleh kawal semua benda. Tapi kau boleh kawal reaksi kau. 


Tukar mindset, dan kau akan nampak hidup kau berubah jadi lebih baik. 


Cuba apply, kau mesti happy dengan hasil dia.


Kredit : Ct Firdayanti Jafri

Saturday, May 17, 2025

SAHABAT SEJATI: PERMATA YANG SUKAR DICARI TAPI SENTIASA ADA KETIKA DIPERLUKAN

 


SAHABAT SEJATI: PERMATA YANG SUKAR DICARI TAPI SENTIASA ADA KETIKA DIPERLUKAN


Dalam meniti kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan, kita sering bertanya-tanya tentang erti persahabatan yang sebenar. Adakala kita terkeliru membezakan antara sahabat sejati dengan mereka yang sekadar singgah untuk sementara waktu. Namun, ada satu perkara yang tidak dapat disangkal - sahabat sejati itu umpama permata yang tersembunyi, sukar untuk dicari tetapi apabila dijumpai, ia menjadi harta yang tidak ternilai.


Sahabat sejati bukan sekadar teman untuk berkongsi suka. Mereka adalah individu istimewa yang akan sentiasa mengingati kita ketika kita berada dalam kesusahan. Dalam masa kita terleka dengan kehidupan, mereka tetap setia menunggu dan mengambil berat. Lebih mengharukan, ketika kita terjatuh dan berdarah dengan luka, mereka tidak akan sesekali meninggalkan kita keseorangan. Kesetiaan mereka tidak pernah luntur, malah semakin teguh bersama setiap dugaan yang mendatang.


Keikhlasan adalah tunjang utama dalam persahabatan sejati. Ia bukan sekadar perhubungan yang dibina atas dasar kepentingan atau agenda tersembunyi. Sebaliknya, ia adalah ikatan yang terjalin dari hati yang tulus, yang sentiasa mendahulukan kepentingan sahabatnya berbanding diri sendiri. Mereka tidak pernah meminta balasan, kerana bagi mereka, kebahagiaan sahabat adalah keutamaan.


Walaupun mencari sahabat sejati bukanlah suatu perkara yang mudah dalam dunia yang semakin mencabar ini, namun apabila kita menemuinya, kita akan sedar bahawa penantian dan pencarian itu semua berbaloi. Mereka hadir dalam hidup kita bukan secara kebetulan, tetapi sebagai hadiah istimewa yang perlu dijaga dan dihargai. Seperti kata pepatah, "Sahabat sejati itu seperti bintang, tidak sentiasa kelihatan tetapi kita tahu mereka sentiasa ada di sana."


.

Tuesday, January 28, 2025

KELEBIHAN MEMINUM SEGELAS AIR SELEPAS BANGUN TIDUR


KELEBIHAN MEMINUM SEGELAS AIR SELEPAS BANGUN TIDUR


 Meminum segelas air selepas bangun tidur mempunyai banyak kelebihan yang baik untuk kesihatan, antaranya:


1. Menghidrasi tubuh: Setelah tidur sepanjang malam, tubuh kita mengalami dehidrasi ringan kerana tidak ada pengambilan air. Meminum air pada waktu pagi membantu menghidratkan semula tubuh dan memastikan organ-organ berfungsi dengan baik.


2. Meningkatkan metabolisme: Air yang diminum pada waktu pagi boleh merangsang metabolisme dan meningkatkan kadar pembakaran kalori, membantu dalam proses penurunan berat badan.


3. Membantu pencernaan: Minum air selepas bangun tidur membantu membersihkan sistem pencernaan dan mengaktifkan usus, memudahkan proses pencernaan makanan sepanjang hari.


4. Membuang toksin: Semasa tidur, tubuh melakukan proses pembaikan dan membuang toksin. Air pagi dapat membantu proses detoksifikasi dan membuang sisa toksik melalui air kencing.


5. Meningkatkan kecergasan kulit: Air membantu menyuburkan kulit dan memberikan kelembapan semulajadi. Meminum air selepas bangun tidur membantu kulit tampil lebih segar dan sihat.


6. Mengurangkan keletihan: Dehidrasi ringan boleh menyebabkan rasa letih dan lesu. Meminum air membantu menghilangkan rasa keletihan dan memberi tenaga untuk memulakan hari.


7. Meningkatkan fungsi otak: Air memainkan peranan penting dalam fungsi otak, termasuk ingatan dan kepekatan. Memulakan hari dengan air membantu memastikan otak kita berfungsi dengan baik sepanjang hari.


8. Mencegah sakit kepala: Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan sakit kepala. Meminum segelas air selepas bangun tidur dapat membantu mencegah atau mengurangkan risiko sakit kepala yang disebabkan oleh dehidrasi.


Dengan mengambil air yang cukup setiap pagi, ia dapat memberikan manfaat yang besar untuk kesihatan jangka panjang. Pastikan untuk memulakan hari dengan segelas air agar tubuh lebih bertenaga dan sihat! 💧😊


SUMBER

FB Badrul Rahman

Tuesday, January 14, 2025

10 ALASAN MENGAPA MEMBACA BUKU HARUS MENJADI BAGIAN DARI HIDUP ANDA


10 ALASAN MENGAPA MEMBACA BUKU HARUS MENJADI BAGIAN DARI HIDUP ANDA 

Berikut adalah 10 alasan mengapa membaca buku harus menjadi bagian dari hidup Anda:

1. Meningkatkan Pengetahuan: Buku adalah sumber informasi yang bagus, apakah itu tentang sejarah, sains, atau pengembangan pribadi. Mereka memperluas pemahaman Anda tentang dunia dan memperkenalkan Anda pada ide-ide baru.

2. Meningkatkan Kosakata: Pembacaan secara teratur membuat Anda terpapar kata-kata, frase, dan ekspresi baru, yang membantu meningkatkan keterampilan bahasa dan kemampuan komunikasi Anda.

3. Meningkatkan Stimulasi Mental: Membaca membuat otak Anda aktif, meningkatkan fungsi kognitif dan memori. Ini seperti latihan untuk pikiran Anda!

4. Mengurangi Stres: Membenamkan diri Anda dalam buku yang bagus bisa menjadi cara yang bagus untuk melarikan diri dari stres sehari-hari, memungkinkan pikiran Anda untuk rileks dan mengisi ulang.

5. Meningkatkan Fokus dan Konsentrasi: Di dunia yang serba cepat saat ini, membaca membantu meningkatkan rentang perhatian Anda dan melatih Anda untuk fokus pada satu tugas untuk waktu yang lebih lama.

6. Menciptakan Empati: Buku, terutama novel, memungkinkan Anda untuk melihat dunia dari perspektif yang berbeda, yang membantu menumbuhkan empati dan pemahaman terhadap orang lain.

7. Menginspirasi Kreativitas: Membaca merangsang imajinasi Anda, mendorong Anda untuk berpikir kreatif dan melihat masalah atau situasi dengan cara baru.

8. Meningkatkan Keterampilan Menulis: Dengan mengamati berbagai gaya penulisan, struktur kalimat, dan teknik dongeng, membaca dapat meningkatkan kemampuan menulis Anda sendiri.

9. Memberikan Hiburan: Buku menawarkan dunia hiburan yang luas, dari petualangan mendebarkan hingga cerita yang memicu pemikiran. Mereka adalah alternatif yang bagus untuk waktu layar.

10. Promosikan Pembelajaran Sepanjang Hayat: Membaca membuat Anda penasaran dan terbuka untuk belajar sepanjang hidup, membantu Anda tumbuh secara pribadi dan profesional.

Manfaat ini menunjukkan bagaimana membaca dapat memperkaya berbagai aspek kehidupan Anda, dari kesehatan mental hingga pertumbuhan pribadi.


Sember : 
Catatan yang Terserak kehidupan


PETUA BADAN LETIH DAN PENAT


 PETUA BADAN LETIH DAN PENAT


cuba petua ini.


Bahan:

Daun serai wangi seikat

Limau purut

Daun pandan

Daun lengkuas

Daun inai.


Rebus kesemua bahan sampai naik wangi.Campurkan dengan sebaldi air sejuk dan mandi air tersebut.


Insyaallah hilang segala penat dan letih.Badan pon jadi harum.


Rumah pon bau harum.Tenang gitu.


Kredit: Noor Azira Hasan

Sunday, January 12, 2025

PESTA ORANG KAMPUNG DI PERKARANGAN PARKING KERETA STADIUM NEGERI SARAWAK




PESTA ORANG KAMPUNG DI PERKARANGAN PARKING KERETA STADIUM NEGERI SARAWAK

Pesta Orang Kampung merupakan satu lagi event yang sangat menarik yang menghimpun ramai usahawan atau vendor - vendor yang menjual pelbagai jenis produk termasuk makanan, minuman, fesyen dan pelbagai lagi keunikan dan variasi produk dari anak - anak tempatan.

Pesta Orang Kampung pada kali ini berlangsung dari 08 Januari 2025 sehingga 12 Januari 2025 di Perkarangan letak kereta Stadium Negeri Sarawak.

Saya sempat berkunjung ke lokasi event pada 12 Januari 2025 , hari Ahad bagi melihat sendiri kemeriahan event yang telah dibanjiri pengunjung yang ingin menikmati dan membeli pelbagai produk yang ditawarkan oleh para vendor di kawasan ini.

Selain dari penjualan produk terdapat beberapa lagi program dan slot pengisian yang turut dilangsungkan seperti pameran budaya, persembahan kesenian dan beberapa lagi pengisian yang lain.
Antara aktiviti atau program yang turut dijalankan di dalam event ini adalah persembahan Gamelan & tarian, Persembahan Silat & Kompang, Pertandingan Suara Emas dan juga Pertandingan Pakaian Klasik Cilik.

Namun apa yang lebih menarik adalah pihak penganjur mengetengahkan penggunakan pakaian orang lama bagi menghidupkan suasana orang kampung dan apa yang saya perhatikan kebanyak penjual benar - benar menghayati tema orang lama dan ini memberikan satu pengalaman unik yang sangat menarik kepada pengunjung yang datang.

Pesta orang kampung di Kuching turut dimeriahkan dengan persembahan dari artis terkenal seperti Naqiu & Boboy dan juga Haziq Rosebi AF.

Saya sempat merakamkan beberapa gambar semasa kunjungan saya ke lokasi berlangsungnya event tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai event ini anda boleh layari FB Rasmi Pesta Orang kampung di SINI














































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my