Monday, April 22, 2019

12:34:00 PM

GP JANG BINLADIN DINOBAT RAJA SUNGAI REGATTA SEJIJAK BAGI TAHUN 2019

Regatta Sejijak merupakan salah satu Regatta yang menganjurkan pelbagai aktiviti sukan air yang semestinya yang menjadi tumpuan orang ramai adalah perlumbaan perahu bidar yang merebut gelaran Raja Sungai Sejijak yang turut menjanjikan hadiah lumayan kepada para pasukan peserta yang menyertai perlumbaan tersebut.

Regatta sejijak bagu tahun 2019 telah menurup tirai perlumbaan dimana kelmarin telah berlangsung acara kemuncak yang ditunggu- tunggu pengunjung iaitu acara BIDAR 30 Akhir yang menyaksikan persaingan hebat dari pasukan pasukan yang terlibat.

Pasukan GP JANG BINLADIN yang menurunkan pekayuh - pekayuh dari Kampung Beladin, Pusa,Saribas berjaya menjuarai Regatta Sejijak 2019 sekali gus dinobatkan sebagai Raja Sungai Regatta Sejijak 2019 apabila berjaya mengelahkan juara bertahan iaitu pasukan Mahkota Dewa Gedong ditempat kedua manakan Sri Pakatt ditempat ketiga.

Sememangnya perlumbaan kali ini menyaksikan persaingan yang amat sengit dari pasukan - pasukan yang bertanding lebih - lebih lagi ianya melibatkan perlumbaan dua buah perahu yang pernah menjuarai Regatta lain sebelum ini iaitu Pasukan Mahkota Dewa Gedong yang menjuarai Regatta Batang Lupar/ Sri Aman dan juga GP Jang Binladin yang baru sahaja menjurai Regatta Bungin 2019 pada baru - baru ini.

Namun penghargaan harus diberikan kepada para perserta yang menunjukkan disiplin yang memuaskan apabila kurangnya kejadian - kejadian pelanggaran dan kejadian yang tidak diingini dan semoga Disiplin ini diteruskan pada pertandingan yang akan datang demi menaikkan semangat kesukaanan atau Roce In Harmony.

Sekali lagi Tahniah kepada pasukan GP Jang BinLadin yang dinobatkan sebagai Raja Sungai Sejijak dan juga pasukan lain. Sehingga bertemu di regatta dan perlumbaan yang seterusnya.














 

 
















































































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU