Monday, June 29, 2015

NELAYAN YANG SEDANG BERPESTA HABUAN MENERIMA KEJUTAN YANG TIDAK DISANGKA - SANGKA


NELAYAN YANG SEDANG BERPESTA HABUAN MENERIMA KEJUTAN YANG TIDAK DISANGKA - SANGKA

Sekumpulan Nelayan sedang dalam meraikan pesta habuan ikan yang kebetulan merempuh jaring dan memenuhi jaring mereka.Jaring kelihatan berat dan penuh umpama perut yang membuntingkan ikan - ikan yang banyak.Terlihat senyuman dan kepuasan di wajah - wajah mereka.Namun mereka tidak menyangka apabila mereka bakal dikejutkan dengan sesuatu yang tidak disangka - sangka.



Jaring yang tadinya sarat dan penuh dengan ikan mula dibuka ikatannya bagi memulakan proses memilih dan mengira ikan serta jumlah tangkapan mereka untuk sesi jaringan yang telah dibuat.Kemudian salah seorang dari kru bot mendapati sesuatu yang mengejutkan dari celah jaring tersebut.

 


Terdapat seekor ikan yang besar yang memasuki jaring mereka dan telah menjawab persoalan mengapa jaring mereka kelihatan berat apabila diangkat.


JERUNG !  rupanya ianya adalah seekor jerung yang sangat besar atau boleh dikatakan jerung gergasi.Jerung yang sangat besar itu telah mengejutkan keseluruhan kru - kru kapal.

Kemungkinan jerung ini tersesat semasa mencari makanan dan apabila dia menjumpai kegerombolan ikan untuk dijadikan habuan secara tidak langsung ianya tertarik bersama ikan yang lain ke dalam jaring tersebut.KESIAN jerung tu...




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



No comments: