S E L A M A T D A T A N G
K E
ULU LAYAR,BETONG,
SARAWAK.
ULU LAYAR,BETONG. Merupakan tempat persinggahan yang tidak asing lagi bagi mereka yang selalu berulang alik sepanjang jalan utama di Negeri Sarawak ini.Ramai mereka yang menaiki kenderaan dalam perjalanan akan singgah di sini untuk berehat, makan di gerai makanan dan minuman,mengisi minyak kereta dan sebagainya.
Namun,apa yang lebih menarik perhatian di sini adalah KEUNIKAN tandas awam nya yang dihias indah hasil usaha penyelenggara tandas ini iaitu
Beliau yang berasal dari Kampung Pusa,Betong,Sarawak menginspirasikan perhiasan di segenap ruang dalam tandas ini dengan misi dan objektif menjadikan tandas yang bersih,cantik dan indah disamping menyampaikan mesej - mesej bermanfaat kepada pengunjung melalui kata - kata dan nasihat yang dihiaskan disegenap ruang tandas ini.Mesej - mesej tersebut disampaikan dan diterjemahkan dalam bentuk kata - kata dan pantun dan gambar yang tertentu.
Saya sempat berbual dengan beliau pada suatu pertemuan di Ulu Layar dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan dengan Usaha beliau dalam menggubah lanskap dan menyelenggarakan tandas tersebut.Niat beliau yang utama adalah untuk keselesaan pengunjung yang datang disamping menmberikan suatu ingatan yang lain dari yang lain.
Di kebanyakan ruang dalam tandas kita boleh membaca pesanan dan nasihat tertantu yang belaiu sendiri percaya mampu menjadi inspirasi yang bermanfaat kepada pengunjung.
Selain itu juga beliau menyediakan satu ruang kepada orang ramai untuk menulis ucapan,pendapat dan cadangan kepada beliau untuk menambahbaik mutu penyelenggaraan tandas awam tesebut.
Selain dari itu juga, terdapat pelbagai tarikan di sekitar kawasan perhentian ini.Antara yang kita dalam lihat adalah perhiasan lanskap air terjun dan kolam ikan yang diilhamkan oleh beberapa orang pelajar dari IPTA pada beberapa tahun yang lepas.
Selain itu terdapat juga beberapa haiwan hidupan untuk tontonan ramai seperti burung merpati dan arnab selain daripada pada ikan - ikan yang terdapat dalam kolam.
Perhentian Ulu Layar Betong ini juga mempunya gerai makanan Islam selain Surau untuk mengerjakan Solat bagi yang beragama Islam.terdapat juga kedai - kedai runcit bagi mereka yang mencari makanan ringan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.
Stesen minyak PERTRONAS juga terdapat di sini bagi yang ingin mengisi minyak kenderaan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing - masing,
No comments:
Post a Comment