Wednesday, March 25, 2015

SELAMAT HARI POLIS YANG KE 208


SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS
yang KE 208 kepada Seluruh warga anggota 
POLIS DIRAJA MALAYSIA 
seluruh Malaysia.

Tanpa kita sedari sudah 2 dekat lebih penubuhan pasukan polis di negara Malaysia ini.Pelbagai kisah dan sejarah serta peristiwa yang mencoretkan pelbagai pengalaman sepanjang rentetatn perkhidmatan sebagai anggota polis yang mengorbankan hidup melebihi segalanya demi negara,nusa dan bangsa yang ditersemat kasih dan cinta untuk memandang negara dalam keamanan,ketenangan dan kemakmuran yang berkekalan.

Tugasan disebalik seragam yang menyelimuti jasad memikul bersama amanah dan tanggungjawab yang tidak semua orang memahami erti sumpah darah setia untuk semua negara.Tetapi demi segenggam janji nyawa dan nafas dikemudiankan.

Hari ini 208 tahun penubuhan POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM ) telah menceritakan pelbagai perjalanan yang tidak kurang senang dan sakitnya demi keselamatan negara.

TERIMA KASIH POLIS




Di sini juga saya ingin kongsikan Nukilan Khas yang saya ambil dari 
BLOG SEMATAN KE LAWAS  sempena HARI POLIS YANG KE 208 untuk renungan kita tentang apa yang anggota Polis ingin luahkan.

DIARI SEORANG POLIS UNTUK KELUARGANYA

Maafkan jika setiap 2 minggu kita tak dapat tidur sama kerana bertugas malam. Kadang- sayang yang tolong masak. Tolong jaga anak. Bertuahnya mendapat isteri seperti sayang. Maaf juga cuti tak menentu, bukan macam org lain cuti Sabtu Ahad..kita keluar makan angin pun masa bukan musim cuti sekolah.. Tak meriah kan.......

UNTUK ANAK-ANAKKU ..


Maafkan ayah yang tak banyak masa untuk anak-anak ayah. Balik sekolah ayah pulak kerja petang. Kena tinggal dengan pengasuh kala ibu pun kerja. Seawal 6 pagi sebelum budak-budak lain bangun, ayah dah kejutkan anak ayah untuk ke rumah pengasuh sebab syif pagi ayah bermula seawal 7pagi , kesian kan... Bukan seperti pekerja ofis pukul 8 pagi

UNTUK IBU BAPAKU ...


Maafkan anak mu ini kerana tatkala anak-anak mu yang lain berkumpul pada hari Sabtu Ahad, anak mu seorang ini tidak dapat bersama kerana tugas kami yang tak tentu cuti. Pada hari raya pula kami berkerja, selepas habis suasana raya barulah muka kami kelihatan.... Mencium tanganmu bukan di pagi raya pertama......

UNTUK SAUDARA MARAKU... 

Maafkanku kerana tidak dapat hadir jika ada kenduri kendara saudara mara kerana tugas kami tak seperti orang lain, masa orang cuti kami berkerja, masa orang lain berkerja kami cuti, mana ada orang yang nak buat kenduri masa hari berkerja awam....




Akhir kata, tidak lupa juga kita sedekahkan

AL-FATIHAH 

Kepada wira - wira Polis kita yang telah gugur di medan tugas.

Hari ini, kita didoakan untuk semua kepada keluarga,saudara dan rakan yang bertugas sebagai anggota polis kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka dalam menjalankan tugas mereka.

Sekian.










No comments: