Tuesday, January 06, 2015

RASMI : BONUS KAKITANGAN AWAM JANUARI 2015



BONUS KAKITANGAN AWAM JANUARI 2015 |
  

Jika semalam kita di hebohkan dengan pelbagai berita dan isu tentang bonus kepada kakitangan awam yang disebarkan dalam pelbagai media termasuk media sosial dan surat khabar.Ini menimbulkan keadaan yang sedikit tegang apabila orang ramai disebarkan dengan khabar angin yang mengatakan pemberian bonus adalah pada semalam,5 Januari 2015.

Selepas itu,Kerajaan mengumumkan melalui Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumunkan bahawa Kerajaan setuju bahawa pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pada 15 JANUARI 2015 ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah    
Pembayaran ini adalah bertetapatan dengan mengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia,Daro Seri Najib semasa membentangkan budjet 2015 pada tahun lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015. 

Sumber Di SINI

No comments: