Wednesday, May 08, 2019

11:26:00 AM

MAJLIS BERBUKA PUASA, SOLAT BERJEMAAH MAGHRIB, ISYAK DAN TARAWIH DI KEDIAMAN RASMI TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SARAWAK

Alhamduillah. tahun 2019 pada tahun ini menjadi jemputan menghadiri Majlis Berbuka Puasa, Solat, Berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih di Kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Majlis yang bermula seawal jam 6.15 petang dimulai dengan Majlis berbuka puasa pada jam 6.44 petang. Kemudian diteruskan dengan Solat Berjemaah Mahgrib. Kemudian di teruskan dengan makan malam sebelum diteruskan dengan solat berjemaah Isyak dan Tarawih.

Majlis pada malam tadi turut dihadiri oleh beberapa orang kenamaan serta ketua - ketua jabatan dan pegawai pelbagai bahagian dari kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri. Majlis ini merupakan salah satu pengisian program di Bulan Ramadhan yang diadakan setiap tahun di kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak.

Semoga Allah merahmati dan memberkati Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak selalu. Amin
























AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU