Wednesday, March 15, 2017

12:02:00 PM

Memancing merupakan salah satu kegiatan yang sangat memberi kepuasan terutama nagi mereka yang bergiat secara aktif dalam aktiviti ini.Namun begitu, adalah penting juga untuk mempelajari  teknik - teknik asas memancing.Salah satunya adalah Trolling.
Pengail Tegar berkongsikan beberapa panduan dan tips asas teknik trolling yang mana telah diterbitkan dalam salah satu segmen dalam  Majalah "UMPAN"

 PANDUAN DAN TIPS ASAS TROLLING OLEH PENGAIL TEGAR

TROLLING merupakan satu teknik memancing dengan cara menunda gewang dibelakang sampat bot,kapal dan sebagainya.Trolling di laut,muara dan sungai mempunyai perbezaan yang ketara dan memerlukan peralatan dan yang sesuai.Di sinis aya kongsikan beberapa tips untuk troling di muara atau sungai kecil.

STRUKTUR SUNGAI

Sebelum melakukan teknik trolling , kita perlu mengenalpasti struktur sungai terlebih dahulu.Ianya kuruang sesuai sekiranya struktur sungai terdapat banyak bangkar kayu mati.Trolling dilakukan berhampiran reba atau kawasan tanah runtuh tau berhampiran dengan susur tebing.Ini kerana lazimnya ikan - ikan gemar bermain di dasar kawasan tersebut untuk mencari makanan atau menghendam mangsa.

GEWANG

Gewang yang paling sesuai digunakan untuk teknik ini adalah selaman 3 meter hingga 5 meter bergantung pada paras air sungai tersebut.Tidak kisahlah jenis atau jenama gewang apa yang ingin digunakan.Selain gewang selaman dalam,gewang selaman cetek atau Minnow juga boleh digunakan  meskipin peratuasan strike lazimnya berpihak kepada gewang selaman dalam.

JORAN

Untuk keselesaan trolling di muara sungai memadai joran aksi sederhana ( Medium Heavy ).Disarankan joran kekuatan 6-12 lb , 6-16lb , 8-17 lb, 8-20lb, atau 10-20lb . Panjang Joran pula sebaiknya 6 hingga 7 kaki panjang.

TALI DAN PERAMBUT

tali yang digunakan untuk trolling haruslah tidak terlalu halus atau kasar.Jika terlalu halus , ia akan mudah putus jika tersangkut atau disentap oleh ikan bersaiz besar. Jika terlalu kasar pula ia akan menghasilkan getaran dan bunyi semasa ditunda. Ia akan menyebabkan bunyi bising dan peluang untuk strike ikan agak nipis. Cadangan paling sesuai adalah dalam 20 lb - 30 lb sahaja atau diameter tali 0.18 mm - 0.28 meter.

JARAK

Berkaitan dengan jarak,terdapat dua perkara yang perlu diketahui semasa trolling.Pertama adalah adalah jarak antara bot dengan tebing dan kedua adalah jarak antara bot dengan gewang.Semasa Trolling, jarak yang paling sesuai dengan bot adalah antara 5 - 10 meter. Pada kedudukan jarak ini, gewang selaman dalam kita gunakan akan sampai ke sasaran. Jika terlalu jauh ke tengah sungai , gewang tidak akan sampai ke dasar,

Jarak yang kedua perlu dipertimbangkan adalah jarak antar bot dengan gewang yang kita tunda di belakang bot. Kebiasaannya jarak paling sesuai adalah antara 30-50 meter. Amat sesuai jika menggunakan tali yang berwarna - warni kerana lebih senang buat ukuran ( 10 meter setiap warna ).

KELAJUAN

Tip inia dalah antara yang terpenting perlu diketahui jika melakukan teknik trolling. Semasa Trolling pastikan bot dalam kelajuan paling minima. Kerana ini dapat memberi peluang kepada ikan untuk mengejar gewang tersebut. Jika bot dalam keadaan laju, kebanyakan ikan tidak mahu mengejar ataupun tidak dapat mengejar gewang tersebut.

PENYELAMAT GEWANG

Jangan Lupa ! Amat penting untuik kita membawa alat ini. Ini Kerana , semasa trolling peluang untuk gewang tersangkut pada batu dan kayu di dasar sungai adalah tinggi.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU

LABELS

#FollowToFollow Advertorial Affiliates Agriculture Al - Fatihah Anime Automotif Automotive Bandar Baru Samariang Bangunan Batang Lupar Bau Bazaar Ramadhan BERITA Berita Dalam Negera Berita Luar Negara Betong Biodata Blogging Book Store Buatan Malaysia Building Buskers Celebrities Check-In Contact Creative Damai Central Dekorasi Desa Jermalik Design Diet Do It Yourself E-Book E-Mart Matang Education Entertaintment Events Fashion Fesyen Foodcourt FOODS DRINKS FRUITS gayahidup GB13 Gerai Makan Giant Tabuan Happy Birthday Hari Gawai Dayak Hari Guru Hari Guru 2015 Hari Ini Hari Raya Hari Krismas Hari Malaysia Hari Raya Aidiladha Hari Raya Aidilfitri Health Hiburan History Hobby Home & Garden Homemade Hubungi Saya Hujung Minggu Hypermarket Idea Ikan Terubok Masin India India Street Indonesia Informasi Information Information Technology Inovatif Inovative Inspirasi Inspiration International News Islamiah Japan Johor Bahru Johor Darul Takzim Joran Kabinet Kalimantan Barat Kampung Beladin Kampung Boyan Kampung Buntal Kampung Gersik Kampung Gita Kampung Kolong 2 Kampung Maludam Kampung Pulo Kampung Pusa Kampung Serabang Kampung Spinang Kampung Stabut Kampung Tambak Kampung Tembirat Kampung Triso Kampung Tuie Keagamaan Kebudayaan Kedai Makan Kediaman Kepulauan Riau Kesenian Kesihatan Kota Pontianak Kota Samarahan Kota Sentosa Kreatif Kuala Lumpur Kubah Ria Kuching Kuching International Airport Kuching Waterfront Lachau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Lifestyle Local News Made In Malaysia Made In Sarawak Malaysia Matang Maulidur Rasul Medan Niaga Satok Medan Selera Megamall Mekah Merdeka Plaza Miri Mistik Motivasi MOTIVATION Motorcycle Motosikal Muara Tebas Music Video Mystical Natuna Naturals News Opening Soon Padang Merdeka Padawan Padungan Pancing Panduan Pantai Pasir Pandak Pantai Puteri Parental Pelabuhan Dwikora Pendidikan Peoples Percutian Perhiasan Perkahwinan Perkelahan Pertanian Petrajaya Photography Plaza Merdeka Poems Polis Diraja Malaysia Politic Politik Profile Puisi Pulau Serasan Putrajaya R N R Temudok Ramadhan Rekaan Rekreasi Religious Restaurant Review Review Filem Review Makanan Riadah Rohaniah Sains Santai Santubong Sarawak Saribas Satok Seafood Sebuyau Secret Recipe Segmen Sejarah Selamat Hari Ahad Selamat Hari Isnin Selamat Hari Jumaat Selamat Hari Khamis Selamat Hari Rabu Selamat Hari Sabtu Selamat Hari Selasa Selebriti Semarang Semenanjung Malaysia Senjata SEO(Search Engine Optimization) Serikin Service Centre Shopping Mall Showroom Siburan Simanggang Sintete Skinhead SMK DEMAK BARU Social Sosial Spaoh Sport Sri Aman Stutong Sukan Tabuan Jaya Taman Sukma Technology Teh Tarik Cafeteria Teknologi Teknologi Maklumat Terima Kasih Terubok Masin Sarawak Thank You The Arts The Comedies The Cultures The Fish The Stories Threesixty Throwback Tips Today Is April Today Is August Today Is Azlan Rumadi Today is December Today Is February Today is Friday Today Is January Today Is July Today Is June Today Is March Today Is May Today is Monday Today Is November Today Is October Today Is Saturday Today Is September Today Is Sunday Today is Thursday Today Is Tuesday Today is Wednesday Today is Weekend Toko Daging TRAVELS Tutorial Ulangtahun Video Awesome Video Fesyen Video Makanan Video Muzik Video Natures Video Tutorial Video Warisan Videos Warong PadangCafe Warung Waterfront Kuching Weapons Wedding Weekend Weight Loss What You See Is What You Get Wordless Wednesday