Monday, February 06, 2017

4:25:00 PM


PENYEDIAAN DAN CARA - CARA MEMBUAT TEMPE SECARA TRADISIONAL


Tempe adalah makanan kacang soya yang amat popular di Asia Tenggara dan berasal dari suku jawa (Indonesia). Tempe semakin mendapat tempat di kalangan selera seluruh pelusuk Asia seiring dengan penggunaan tempe yang dalam resepi masakan dan makanan seperti ayam penyet,lalapan dan sebagainya yang sebahagian besarnya berasal dari negera Indonesia.

Kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda semua cara - cara pembuatan tempe secara Tradisional. Bahan - bahan asas yang diperlukan untuk pembuatan tempe adalah

 Kacang soya ( Cadangan 4 Kg )
 Air Secukupnya ,
 Ragi tempe ( 1 Sudu )

 selain dari peralatan yang diperlukan sepanjang proses penghasilan tempe.



CARA - CARA MEMBUAT TEMPE TRADISIONAL

Berikut merupakan cara - cara atau langkah - langkah membuat tempe secara tradsional.

Pertama sekali, Kacang soya sebanyak 4 kg direndam selama 2 hari di dalam 2 baldi di mana setiap satu baldi berisi 2 kg kacang soya. Setelah direndam 2 hari dan dibiarkan sehingga menjadi kembang, ramas-ramaskan kacang soya tersebut supaya kulitnya tertanggal. 

Kedua, Kacang yang telah direndam dibasuh sebanyak 3 kali sehingga bersih dan bahan asing yang telah bercampur dengan kacang soya seperti kacang dal diasing dan dibuang. 

Ketiga, Kacang soya tersebut seterusnya direbus di atas dapur kayu dan dibiarkan mendidih selama 2 jam. Sekiranya menggunakan dapur gas, proses merebus kacang soya boleh dipendekkan menjadi 45 minit sehingga 1 jam sahaja. 

Keempat, Kacang soya yang telah direbus ditos dan dikeringkan di atas meja yang dilapikkan dengan kain putih pada suhu sederhana ataui suhu bilik. Kemudian, masukkan kacang yang sudah kering ke dalam dulang yang dialas dengan kertas minyak.Selain itu terdapat juga cara moden dengan mengaginkan kacang soya yang telah ditoskan  bagi mempercepatkan proses pengeringan. 

Kelima, Ragi tempe sebanyak 1 sudu besar ditaburkan dan gaulkan sehingga rata pada semua kacang soya yang telah dikeringkan.

Keenam, Kacang soya yang telah digaul tadi dibungkus mengikut sukatan bekas kecil ke dalam daun yang sudah disusun dan dilipat. Pembungkusan juga boleh dibuat dengan surat khabar yang sudah dipotong menjadi empat segi kecil bagi lapisan pertama, 2 helai daun pokok ubi garut bagi lapisan kedua dan kemudian daun pokok pisang.
Selain itu dalam kaedah moden,pembungkusan tempe boleh dibuat menggunakan plastik yang lebih mudah untuk diperolehi.

Ketujuh, Biarkan tempe yang telah dibungkus di tempat yang kering pada suhu bilik. Setelah dibiarkan selama 48 jam, sejenis kulat putih akan memenuhi bungkusan tersebut.

Siap.Mudahkan ?

Selain itu juga diingatkan pembuatan tempe memerlukan ruangan yang amat bersih dan sesuai kerana ianya penting bagi menghasilkan tempe yang berkualiti dan enak.Selain itu ianya penting kerana penghasilan tempe melibatkan mikroorganisma dan agak sensitif.

Perkongsian saya ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan bagi yang ingin menjadikan penghasilan tempe sebagai satu kerjaya dalam mencari punca rezeki.Mudahan ianya bermanfaat untuk semua.

Saya juga ingin memberikan kredit kepada Blog " Tempe Tradisional Hajah Tuminah " yang saya jadikan rujukan dalam perkongsian kali ini. 

Selamat Mencuba ! semoga Bermanfaat.




  
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU

LABELS

#FollowToFollow Advertorial Affiliates Agriculture Al - Fatihah Anime Automotif Automotive Bandar Baru Samariang Bangunan Batang Lupar Bau Bazaar Ramadhan Benih Kata BERITA Berita Dalam Negera Berita Luar Negara Betong Biodata Blogging Book Store Buatan Malaysia Building Buskers Celebrities Check-In Contact Creative Daerah Tiada Bernama Damai Central Dekorasi Desa Jermalik Design Diet Do It Yourself Doa E-Book E-Mart Matang Education Entertaintment Events Fashion Fesyen Foodcourt FOODS DRINKS FRUITS gayahidup GB13 Gerai Makan Giant Tabuan Happy Birthday Hari Gawai Dayak Hari Guru Hari Guru 2015 Hari Ini Hari Raya Hari Krismas Hari Malaysia Hari Raya Aidiladha Hari Raya Aidilfitri Health Hiburan History Hobby Home & Garden Homemade Hubungi Saya Hujung Minggu Hypermarket Idea Ikan Terubok Masin India India Street Indonesia Informasi Information Information Technology Inovatif Inovative Inspirasi Inspiration International News Islamiah Japan Johor Bahru Johor Darul Takzim Joran Kabinet Kalimantan Barat Kampung Beladin Kampung Boyan Kampung Buntal Kampung Gersik Kampung Gita Kampung Kolong 2 Kampung Maludam Kampung Pulo Kampung Pusa Kampung Serabang Kampung Spinang Kampung Stabut Kampung Tambak Kampung Tembirat Kampung Triso Kampung Tuie Keagamaan Kebudayaan Kedai Makan Kediaman Kepulauan Riau Kesenian Kesihatan Kota Pontianak Kota Samarahan Kota Sentosa Kreatif Kuala Lumpur Kubah National Park Kubah Ria Kuching Kuching International Airport Kuching Waterfront Lachau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Lifestyle Local News Made In Malaysia Made In Sarawak Malaysia Matang Maulidur Rasul Medan Niaga Satok Medan Selera Megamall Mekah Merdeka Plaza Miri Mistik Motivasi MOTIVATION Motorcycle Motosikal Muara Tebas Music Video Mystical Natuna Naturals News Opening Soon Padang Merdeka Padawan Padungan Pancing Panduan Pantai Pasir Pandak Pantai Puteri Parental Pelabuhan Dwikora Pendidikan Peoples Percutian Perhiasan Perkahwinan Perkelahan Pertanian Petrajaya Photography Plaza Merdeka Poems Polis Diraja Malaysia Politic Politik Profile Puisi Pulau Serasan Putrajaya R N R Temudok Ramadhan Rekaan Rekreasi Religious Restaurant Review Review Filem Review Makanan Riadah Rohaniah Sains Santai Santubong Sarawak Saribas Satok Seafood Sebuyau Secret Recipe Seed Of Words Segmen Sejarah Selamat Hari Ahad Selamat Hari Isnin Selamat Hari Jumaat Selamat Hari Khamis Selamat Hari Rabu Selamat Hari Sabtu Selamat Hari Selasa Selebriti Semarang Semenanjung Malaysia Senjata SEO(Search Engine Optimization) Serikin Service Centre Shopping Mall Showroom Siburan Simanggang Sintete Skinhead SMK DEMAK BARU Social Sosial Spaoh Sport Sri Aman Stutong Sukan Tabuan Jaya Taman Sukma Technology Teh Tarik Cafeteria Teknologi Teknologi Maklumat Terima Kasih Terubok Masin Sarawak Thank You The Arts The Comedies The Cultures The Fish The Stories Threesixty Throwback Tips Today Is April Today Is August Today Is Azlan Rumadi Today is December Today Is February Today is Friday Today Is January Today Is July Today Is June Today Is March Today Is May Today is Monday Today Is November Today Is October Today Is Saturday Today Is September Today Is Sunday Today is Thursday Today Is Tuesday Today is Wednesday Today is Weekend Toko Daging TRAVELS Tutorial Ulangtahun Video Awesome Video Fesyen Video Makanan Video Muzik Video Natures Video Tutorial Video Warisan Videos Warong PadangCafe Warung Waterfront Kuching Weapons Wedding Weekend Weight Loss What You See Is What You Get Wordless Wednesday