Thursday, March 31, 2016

BIODATA SERTA GAMBAR - GAMBAR SENSASI NURFATHIA ABD LATIFF


BIODATA SERTA GAMBAR - GAMBAR SENSASI NURFATHIA ABD LATIFF 

Saya akui saya tertarik dan terpikat dengan lakonan Nur Fathia Abd Latiff semenjak melihat lakonan  beliau dalam telemovie "Cinta Halal " pada ketika itu.Masa itu beliau melakonkan watak perempuan yang agak kasar dan ala  tomboy.Kiranya she is my type pada masa itu.Sehinggalah saya mula melihat beliau mula muncul dalam drama - drama di Slot Akasia di TV3 dalam bebeberapa siri drama.

Ariana Rose,Diandra,Dia Isteri Luar Biasa,Nur Kasih,Dunia Batinku dan beberapa drama yang lain mula menyerlahkan bakat lakonan beliau yang saya berpendapat beliau mempunyai aura dan tarikan yang tersendiri dalam pembawaan setiap watak beliau.Ariana Rose merupakan salah satu drama yang berjaya menaikkan nama beliau sehingga merangkul beberapa anugerah.Sekali gus,memberi pengiktirafan kepada bakat lakonan beliau disamping peminat beliau yang semakin berkembang sehingga ke hari ini.


Karier beliau juga mendapat perhatian ramai dengan rupa paras yang menawan dan memikat kalbu yang turut menjadikan beliau sebagai muka - muka hadapan dan tabloid tempatan serta menjadikan beliau model untuk beberapa jenama - jenama terkemuka tanah air.Selain dari dunia lakonan beliau juga semakin menyerlah dalam bidang permodelan dan sering menjadi tumpuan seperti pereka - pereka fesyen terkenal tanah air yang seringkali menaja pakaian beliau ke majlis - majlis tertentu dan secara tidak langsung memperkenalkan jenama dan rekaan pakaian dari penaja tersebut.

Selain memiliki bakat lakonan dan sebagai model beliau juga mempunyai bakat nyanyian dan ini dibuktikan apabila beliau telah merakamkan satu lagu duet bersama Shukri Yahaya untuk dijadikan soundtrack bagi drama Dia Ister Luar Biasa.tengok sini.


BIODATA NURFATHIA ABD LATIFF

Nama penuh atau nama sebenar beliau adalah Nur Fathia Abd Latiff
 
 Beliau menggunakan nama beliau sendiri iaitu Nur Fathia dalam perjalanan karier beliau

  Beliau di lahirkan pada 1 September 1987 dan berumur 29 tahun pada 2016

  Pelakon dan model ini berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang dan berbangsa Melayu

  Mungkin ramai yang tidak tahu bawa beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik
 
 Kerjaya utama beliau ketika ini adalah sebagai pelakon,model malah mula menjinak - jinakkan diri dalam nyanyian.

Taraf pendidikan tertinggi beliau adalah Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kepada perminat - peminat yang ingin mengetahui perkembangan terkini beliau bolehlah melawat laman instagram dan twitter beliau


 
Antara drama dan telefilem yang beliau pernah berlakon adalah.
Diandra,
 Stanza Cinta, 
Hani, Joe & Faridah, 
Nur Kasih,
 Dunia Batinku,
Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut,

 Ariana Rose (2014),
Dia isteri Luar biasa (2015)
 dan beberapa lagi drama dan filem yang sedang dan akan ditayangkan pada masa ini.















































AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com