Friday, July 31, 2015

VIDEO : JERUNG PUTIH YANG PALING BESAR PERNAH DIRAKAMKAN



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

VIDEO : BAGAIMANA CREPES DIBUAT DI NEGARA JEPUN



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

VIDEO : APABILA ORANG BIASA MELAKUKAN PERKARA - PERKARA YANG LUAR BIASA


 PEOPLE ARE OWESOME !

Sungguh menakjubkan apabila manusia yang biasa melakukan perkara - perkara yang sangat luar biasa.

Tonton video ini


 PEOPLE ARE OWESOME ! 


 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com

GERAI PAK LEMAN AYAM PANGGANG DI BENTENG BANDAR BARU SAMARIANG,KUCHING,SARAWAK

  
GERAI PAK LEMAN AYAM PANGGANG merupakan seorang pengusaha gerai yang menjalankan perniagaan menjual ayam panggang.Gerai yang terletak di 
BENTENG BANDAR BARU SAMARIANG,KUCHING,SARAWAK  
menjual ayam panggang yang enak dan lazat untuk para pengunjung dan pelanggan yang ingin mencuba kelainan.Selain dari ayam panggang beliau juga menawarkan NASI AYAM PANGGANG dengan harga yang berpatutan.Panggang - panggang lain seperti badal dan hati ayam juga terdapat di sini.

Mereka juga menerima tempahan untuk penduduk yang berdekatan.Untuk tempahan anda boleh menghubungi mereka

PAK LEMAN @ EN.NAZARUDDIN
01125597135

atau

Anda kunjungi gerai ayam panggang mereka yang terletak di 
BENTENG BANDAR BARU SAMARIANG,KUCHING,SARAWAK.
 

MARI ! MARI ! kita berkunjung ke BENTENG BANDAR BARU SAMARIANG untuk mencuba Ayam panggang di GERAI PAK LEMAN AYAM PANGGANG

  
Selain itu,apa yang saya nak sampaikan kepada semua juga bersama - samalah kita memberi sokongan kepada peniaga tempatan untuk sama - sama memajukan diri.Kalau tidak kita sesama masyarakat,siapa lagi yang nak membantu dan menolong mereka kan ? 


 
SUPPORT OUR LOCAL PEOPLES AND PRODUCT

 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



 

Thursday, July 30, 2015

PROFILE RINGKAS DATO SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK,PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 6


YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis,Pahang.Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Tahun 1976,beliau beliau berkahwin dengan Tengku Putri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga orang cahaya mata : Mohd Nizar Najib ( 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib.
Pada tahun  1987,beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan  Datin Seri Rosmah Mansur dan dikurniakan dua orang anak : Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.

Beliau juga merupakan sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Beliau merupakan seorang yang memiliki darah bangsawan Makassar iaitu Susur Galur daripada Keturunan Sultan Hassanudin,Sultan Makassar terakhir di Gowa,Sulawesi Selatan.

3 April 2009,Beliau dilantik sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 6,Menggantikan Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi.

Selain menjadi Perdana Menteri Malaysia beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.

PENDIDIKAN DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St.John,Kuala Lumpur.Kemudian melanjutkan pelajaran beliau di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire,England.Beliau menamatkan pengajian Ijazah Muda dengan kepujian dalam Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham,England pada tahun 1974.

SECARA RINGKAS PERJALANAN  POLITIK DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK
 Beliau merupakan Ahli Parlimen Pekan,Pahang sehingga sekarang.Beliau merupakan PRESIDEN UMNO yang ke 7 sehingga sekarang.

Beliau mula menceburi bidang politik setelah kematian mengejut bapa beliau,Tun Abdul Razak di London pada 14 Januari 1976 .Ketika berumur 23 tahun,beliau menang tanpa bertanding mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh arwah bapa beliau di Pekan Pahang ketika itu menjadikan beliau merupakan Ahli parlimen paling muda yang dipilih ketika itu.

Tahun 1978,Beliau Menjadi Timbalan Menteri Paling muda apabila dilantik sebagai TIMBALAN  MENTERI TENAGA,TELEKOM DAN POS ketika berusia 25 Tahun.

Tahun 1982-1986,beliau sekali lagi menjadi Menteri Besar paling muda apabila beliau memegang jawatan MENTERI BESAR PAHANG ketika berumur 29 tahun.

Antara Jawatan yang pernah disandang beliau ialah.

1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 - Menteri Besar Pahang
1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
1995-1999 - Menteri Pendidikan



KRONOLOGI  POLITIK

1976,    dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan,Pahang dan Ahli EXCO Pemuda UMNO 

1977-1979, Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Peternakan (Majuternak) 

1981, Menjadi Ahli Majlis tertinggi UMNO

1982, Memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO

1987, Diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim

1988 ( 25 MEI ),Beliau menjadi ketua setelah UMNO setelah UMNO ditubuhkan semula.

1993,1996,2000 Bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan mempertahankan jawatan Naib  
                  Presiden dalam pemilihan parti.

2004 Dilantik sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

2008, Bertanding sebagai Calon Parti Barisan Nasional untuk Parlimen Pekan.Beliau menang dengan
         mendapat indian sebanyak 36262.

ANUGERAH YANG PERNAH DI TERIMA

Tahun Nama Anugerah Pemberi Anugerah
2012 Imam Khalifah Agung Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
2012 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)
2011 Anugerah Kepimpinan Transformasi Forum Ekonomi Cina Dunia
2010 AFC Diamond of Asia Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
2010 King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
2010 Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
2007 Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob







GAGASAN 1 MALAYSIA

Diperkenalkan oleh Dato Seri najib bagi memupuk nilai perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009

 BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA ( BRIM )

Dilaksanakan dengan objektif memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang Miskin dan tidak berkemampuan.

BRIM pertama  merupakan bantuan sebanyak RM500.00 kepada isirumah yang berpendapatan RM3000.00 sebulan  atau kurang

BRIM kedua bantuan sebanyak RM500.00 yang diagihkan pada Februari yang memelebihi 2.5 Bilion melibatkan 5.7juta Isi rumah.RM250 diberikan kepada mereka yang belum bekerluarga dan layak menerima BRIM

BRIM ketiga melalui pembentangan bajet 2015 oleh Dato Seri Najib
 Bagi isi rumah RM3000.00 sebulan atau kurang kenaikan BRIM sebanyak RM 650.00-RM950.00 yang akan dibayar 3 kali setahun.
Bagi isi rumah yang berpendapatan RM3000.00-RM4000.00 bantuan BRIM dinaikkan sebanyak RM450 kepada RM750 yang akan dibayar 3 kali setahun.
Bantuan  RM 300.00-RM350.00 bagi individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan gaji tidak melebihi RM2000.00

PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA ( PRIMA )

Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya di kawasan Bandar

Fokus kepada golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM 100,000.00 ke RM 400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat.

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN.

menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen

Langkah-langkah yang dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA untuk menjelaskan target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat.


KONTROVERSI SEPANJANG KEPIMPINAN DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

1 Malaysia Development Berhad

Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa

Perhimpunan Kampung Baru 1987 dan Perkauman

Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular

Kecekapan dan kemampuan diragui

 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.logspot.com

 

 



KESENIAN LUKISAN INAI TANGAN YANG BERSENI CANTIK DAN HALUS


Pada zaman moden sekarang,Inai mula dipopularkan dikalangan wanita sebagai perhiasan kecantikan.Jika dahulu inai hanya dianggap perhiasan semasa majlis perkahwinan atau majlis tertentu.Namun pada zaman moden sekarang inai menjadi perhiasan yang boleh dikomersilkan malah menjadi sebahagian hasil seni yang sangai indah dan cantik.

Kini,kita boleh melihat banyak kedai - kedai yang menawarkan lukisan inai atau disebut henna menawarkan khidmat melukis inai dengan menetapkan upah harga yang tertentu mahupun untuk sekadar hobi atau suka - suka ataupun untuk majlis perkahwinan.Malah inai turut menjadi trend kepada pelbagai lapisan masyarakat sebagai sebahagian dari fesyen yang mengikut perkembangan semasa.

Dari segi agama pula, inai adalah HALAL dari sisi agama ISLAM kerana inai yang banyak terdapat dipasaran sekarang menggunakan bahan dan ramuan semulajadi.lagipun inai tidak meninggalkan kesan yang kekal kepada kulit seperti tatoo.Inai akan pudar dan hilang sepenuhnya dalam masa beberapa hari berbanding dengan tatu yang kekal pada kulit.


Terdapat pelbagai motif inai yang dapat kita lihat mengikut citarasa pembuat dan permintaan mereka yang meminati lukisan inai  ini.Kebiasaan motif yang digunakan untuk lukisan inai adalah motif bunga dan daun yang lebih bertemakan alam semulajadi.Selain itu terdapat juga corak - corak tertentu yang menekankan tentang konsep garisan  dan pelbagai rekaan corak yang lain dan tertentu mengikut ilham dan idea pelukis inai tersebut.

terdapat pelbagai inai yang dilukis menggunakan pelbagai motif mengikut kebudayaan dan persekitaran seluruh dunia pada masa sekarang.Setiap motif mempunyak keunikannya yang tertentu.


 

Bagi sebahagian golongan pelukis inai yang bergiat serius dalam bidang ini,ramai daripada mereka menjadikan hobi dan aktiviti ini sebagai medium atau laluan untuk mereka mengetengahkan hasil seni mereka kepada masyarakat dan menjadikan ianya sebagai mata pencarian yang memberikan pulangan yang lumayan.
Ianya menjadikan minat dan hobi mereka kepada sesuatu utuk meluahkan hasil karya disamping membantu mereka mendapatkan rezeki untuk mereka.

 
 
 
 




 TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ARTIKEL INI 

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


\



 

MOTIVASI : 8 PRINSIP KEJAYAAN STEVE JOBS,PENGASAS JENAMA SMARTPHONE APPLE INC



Steven Paul "Steve" Jobs merupakan anatara nama yang menjadi inspirasi dunia pada masa sekarang.Beliau  ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat juga merupakan pengasas, pengerusi, dan juga bekas CEO kepada Syarikat Pengeluar smartphone yang mempunyai empayar yang besar di dunia APPLE INC. Steve Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau juga merupakan penerbit eksekutif dalam filem Toy Story
    
Pada 5 Oktober 2011 kita dikejutkan dengan berita pemergiannya.Pemergiannya merupakan kehilangan besar dalam pemain peranan industri teknologi gadjet yang sangat berpengaruh.

 Steve Jobs banyak menjadi inpirasi kepada ramai orang di seluruh dunia kerana pemikiran dan prinsip pegangan diri nya menjadikannya seorang yang sangat berjaya sepanjanjg hayat beliau.

Antara 8 Prinsip kejayaan beliau yang menjadikan beliau seorang yang berjaya dan harus dicontohi mereka yang ingin berjaya adalah.






 

 

 

JADIKAN SAAT INI SEBAGAI TITIK PERMULAAN KEJAYAAN ANDA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



Monday, July 27, 2015

PERCUTIAN KE PULAU SERASAN,INDONESIA : MENJELANG SIANG DAN PELAYARAN MENUJU KE PULAU SERASAN.


SELAMAT PAGI LAUTAN INDONESIA !!!!

Alhamdulillah... semalaman tidur bertemankan hembusan angin laut yang nyaman dan segar merupakan pagi yang sungguh bermakna sambil menikmati pemandangan laut yang mempesonakan mata dan jiwa.Air laut yang kebirauan dan kehijauan mendeburkan buih buih yang putih.

Kapal Bukit Raya masih meneruskan pelayaran membelah Lautan luas menuju ke destinasi Pulau Serasan dalam kelajuan 13Knot.Keadaan laut pada pagi ini agak kemendungan dan redup dan alunan ombak kelihatan sedikit membuai perjalanan kapal kami. Tapi keadaan masih tenang dan terkawal.Sedikit dingin hembusan angin laut pada pagi ini.


Pulau Serasan mula kelihatan di Pemandangan di hadapan Kapal.Pemandangan nya sedikit kabus.Sedikit kecewa pada pagi itu apabila hajat nak melihat matahari terbit di pagi itu tidak kesampaian.tetapi tak mengapalah yang penting pelayaran kami pada hari itu lancar dan selamat sampai ke destinasi.


Dah siap - siap mandi dan berkemas untuk persiapan naik ke destinasi Pulau Serasan yang dijangka akan sampai dalam beberapa jam.Masa untuk sarapan.hehehe... sarapan dengan Mee Cup Sedap untk mengisi perut yang lapar dipagi hari.

Sedap Mee Cup ni bila kena makan dengan pemandangan laut yang cantik,indah dan menenangkan.


Perut pun dah kenyang....sekarang masa untuk kita three sixty sikit dalam kapal ini sementara menunggu detik ketibaan di Pulau Serasan yang akan dijangkakan dalam beberapa jam lagi selepas melalui pelayaran panjang semalaman dan pagi ini.



Jalan punya jalan sekali saya cuba untuk meminta kebenaran memasuki ruang dek atau bilik kawalan kapal.Alhamdulillah dikabul dan diizinkan.

Pertama kali saya memasuki ruang bilik kawalan utama kapal yang menempatkan kawalan keseluruhan kapal Bukit Raya ini.saya sempat bersalaman dan berbual dengan Assistan Oficer Captain Kapal Bukit Raya untuk bertanyakan beberapa soalan.Orangnya ramah dan seorang yang baik hati .Belaiu sempat mengongsikan pengalaman beliau sepanjang berkhidmat mengemudikan kapal Bukit raya ini.

Pertama sekali,saya berterima kasih kepada Pihak Petadbiran dan Pengurusan kapal serta seluruh warga pekerja dalam kapal yang membenarkan saya berada diruangan ini yang merupakan mengalaman pertama seumur hidup saya. 



Menikmati pemandangan laut dalam pelayaran dari ruangan ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna.Sesekali saya merenung ke tingkap kapal sambil menghayati dan berkata sendiri betapa Maha Besar Allah yang menjadikan seluas - luas lautan dengan pemandangan yang menenangkan dan mendamaikan jiwa.

Walaupun terdapat alunan ombak dilautan kapal kami yang berlayar sedikitpun tidak goyah dan terus membelah laut dengan tenang.




Dulu masa sekolah rendah,saya sebenarnya bercuta - cita untuk mengikut jejak ayah saya sebagai pelaut.Tapi yelah.... Allah telah menetapkan saluran yang lain untuk saya.Syukur Alhamdulillah... paling tidak kali ini saya merasai pengalaman menjadi pelaut.









Pelayaran menaiki Kapal Buki Raya menghampiri penghujungnya.Destinasi Pulau Serasan semakin dekat menandakan ketibaan semakin dekat.



Saya sempat mengambil gambar dengan salahs eorang Krew Kapal yang menjalankan khidmat mereka sepanjang pelayaran di lautan.



Sebelum memasuki kawasan Pulau ketibaan kami disambut dan diiringi oleh satu lagi kapal pelayaran yang kalau dirujuk dalam jadual perjalanan pulang kami nanti ianya merupakan kapal yang akan kami tumpangi untuk perjalanan Pulang belayar ke Pelabuhan Sintete,Kota Pemangkat,kalimantan barat untuk beberapa minggu yang akan datang.


Alhamdulillah.. akhirnya kami sampai juga ke Destinasi selepas melalui pelayan selama 14 jam pad pukul 10.00 lebih WIB.



Tanda Selamat datang ke Pulau Serasan yang menyambut ketibaan kami di Pulau Serasan,Indonesia.




Memandangkan Pelabuhan yang besar belum siap sepenuhnya,kapal Bukit raya ini terpaksa berlegar di Muara Pulau untuk menaik dan menurunkan penumpang yang akan dijemput oleh satu bot kecil yang akan membawa semuanya ke Pelabuhan Tanjung Setelung yang merupakan pelabuhan utama di Pulau Serasan ini.



<<<<  SEBELUMNYA





TERIMA KASIH KERANA MENERUSKAN BACAAN

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com