Monday, March 30, 2015

20 GAMBAR EKSKLUSIF SEMASA MAJLIS PENGEBUMIAN LEE KUAN YEW,PENGASAS NEGARA SINGAPURA.


TAKZIAH kepada negara jiran kita atas pemergian Bapa pengasas negara Singapura.Mending Lee Kuan Yew yang merupakan seorang yang memainkan peranan paling penting dalam pentadbiran Negara Singapura.

Berikut kami kongsikan gambar - gambar ekslusive sepanjang majlis pengebumian Mendiang Lee Kuan Yew.Hari yang mendung dan hujan pada ketika berlangsung upacara pemakaman mendiang seolah turut bersedih bersama rakyat yang menagisi dan meratap pemergian seorang tokoh yang tiada gantinya dalam membangunkan negara Singapura.




















Friday, March 27, 2015

APABILA WATAK ANIMASI JAPAN BELAJAR BERMAIN CONGKAK


PELBAGAI RAGAM | ada - ada saja ragam manusia dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan ragamnya.Baru - baru ini saya menjumpai satu gambar yang mamparkan dua watak kartun yang diminati ramai watak NARUTO dan Salah satu watah dalam Kartun DIGIMON sedang bermain congkak.Geli hati juag bila melihat gambar ini.Orang cakap tak pernah - pernah dibuat orang kan?

Apa pun salute kepada orang yang ambil gambar ni.Anda memang kreatif dalam mewujudkan suasana komedi atau lawak untuk menghibur dan membuat orang ketawa.Terbaiklah..

LUKISAN TANGAN DIEGO GRAVINESE YANG TERLAMPAU HYPERREAL


Saya percaya tentu ramai yang melihat gambar ini hanyalah sebuah gambar biasa.Akan tetapi jika anda mengamamti dan meneliti gambar ini secara dekat dan dekat anda akan mendapati ianya merupakan lukisan tangan yang menggunakan cat minyak.

DIEGO GRAVINESE

Merupakan nama artis profesional yangg berjaya menghasilkan lukisan ini dengan menggunakan teknik - teknik keseniannya yang sangat halus dan sangat menakjubkan.Teknik yang begitu halus ini membuatkan lukisan yang dihasilkan seakan - akan gambar hidup yang ditangkap menggunakan kamera digital.

Beliau menjelaskan beliau menggunakan teknik - teknik khas dalam karya lukisannya bagi menampakkan kesan pada lukisan tersebut supaya nampak realalistik dan beliau menghabiskan lebih kurang 4 ke 6 bulan atau lebih untuk menyiapkan sesuatu lukisan yang dihasilkan.













AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



Thursday, March 26, 2015

PENANGKAPAN GADIS PENGHISAP DADAH AKHIRNYA DIDEDAHKAN


Masih ingat tak sebuah video yang menjadi viral di laman media sosial yang memaparkan video seorang gadis yang bertudung menikmati barang yang dipercayai dadah Kokain bersama rakan - rakannya ? Video yang tidak sampai 5 minit itu telah meletup di laman sosial dan ramai yang mengkritik perbuatan gadis tersebut yang mencemarkan imej gadis bertudung sepertinya dan menggesa supaya gadis tersebut diserahkan  kepada Bahagian Narkotik.

Bagaimana pun, baru - ini terdapat sumber yang mengatakan bahawa keluarga gadis tersebut bergegas mencari gadis tersebuit di kediamannya di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendapatkan sebarang kemungkinan penjelasan dari gadis tersebut berkenaan dengan perbuatan dan tindakan nya seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.


Walau bagaimana punm gadis tersebut yang seolah - olah telah menghidu dari awal akan tindak - tanduk ahli keluarganya yang mencarinya di sekitar Bandar Kuala Lumpur bertindak membawa dirinya ke sebuah rumah rakan nya di sekitar Bangsar.Namun begitu rakannya telah bertindak menghubungi salah seorang ahli keluarga nya dan memberitahu lokasi mereka berada.

Setelah berjaya mendapatkan gadis tersebut ahli keluarganya telah membuat keputusan untuk membawa gadis tersebut pulang ke kampung untuk menjalani pemulihan.

CREDIT : OH - MY GUMMY BLOG

Wednesday, March 25, 2015

#09 WORDLESS WEDNESDAY





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



#08 WORDLESS WEDNESDAY



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


#07 WORDLESS WEDNESDAY




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


#6 WORDLESS WEDNESDAY



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



SELAMAT HARI POLIS YANG KE 208


SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS
yang KE 208 kepada Seluruh warga anggota 
POLIS DIRAJA MALAYSIA 
seluruh Malaysia.

Tanpa kita sedari sudah 2 dekat lebih penubuhan pasukan polis di negara Malaysia ini.Pelbagai kisah dan sejarah serta peristiwa yang mencoretkan pelbagai pengalaman sepanjang rentetatn perkhidmatan sebagai anggota polis yang mengorbankan hidup melebihi segalanya demi negara,nusa dan bangsa yang ditersemat kasih dan cinta untuk memandang negara dalam keamanan,ketenangan dan kemakmuran yang berkekalan.

Tugasan disebalik seragam yang menyelimuti jasad memikul bersama amanah dan tanggungjawab yang tidak semua orang memahami erti sumpah darah setia untuk semua negara.Tetapi demi segenggam janji nyawa dan nafas dikemudiankan.

Hari ini 208 tahun penubuhan POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM ) telah menceritakan pelbagai perjalanan yang tidak kurang senang dan sakitnya demi keselamatan negara.

TERIMA KASIH POLIS




Di sini juga saya ingin kongsikan Nukilan Khas yang saya ambil dari 
BLOG SEMATAN KE LAWAS  sempena HARI POLIS YANG KE 208 untuk renungan kita tentang apa yang anggota Polis ingin luahkan.

DIARI SEORANG POLIS UNTUK KELUARGANYA

Maafkan jika setiap 2 minggu kita tak dapat tidur sama kerana bertugas malam. Kadang- sayang yang tolong masak. Tolong jaga anak. Bertuahnya mendapat isteri seperti sayang. Maaf juga cuti tak menentu, bukan macam org lain cuti Sabtu Ahad..kita keluar makan angin pun masa bukan musim cuti sekolah.. Tak meriah kan.......

UNTUK ANAK-ANAKKU ..


Maafkan ayah yang tak banyak masa untuk anak-anak ayah. Balik sekolah ayah pulak kerja petang. Kena tinggal dengan pengasuh kala ibu pun kerja. Seawal 6 pagi sebelum budak-budak lain bangun, ayah dah kejutkan anak ayah untuk ke rumah pengasuh sebab syif pagi ayah bermula seawal 7pagi , kesian kan... Bukan seperti pekerja ofis pukul 8 pagi

UNTUK IBU BAPAKU ...


Maafkan anak mu ini kerana tatkala anak-anak mu yang lain berkumpul pada hari Sabtu Ahad, anak mu seorang ini tidak dapat bersama kerana tugas kami yang tak tentu cuti. Pada hari raya pula kami berkerja, selepas habis suasana raya barulah muka kami kelihatan.... Mencium tanganmu bukan di pagi raya pertama......

UNTUK SAUDARA MARAKU... 

Maafkanku kerana tidak dapat hadir jika ada kenduri kendara saudara mara kerana tugas kami tak seperti orang lain, masa orang cuti kami berkerja, masa orang lain berkerja kami cuti, mana ada orang yang nak buat kenduri masa hari berkerja awam....




Akhir kata, tidak lupa juga kita sedekahkan

AL-FATIHAH 

Kepada wira - wira Polis kita yang telah gugur di medan tugas.

Hari ini, kita didoakan untuk semua kepada keluarga,saudara dan rakan yang bertugas sebagai anggota polis kita mendoakan kesejahteraan dan keselamatan mereka dalam menjalankan tugas mereka.

Sekian.










#5 WORDLESS WEDNESDAY - BETOL LAH APA AKU CAKAP !!


 #14 WORDLESS WEDNESDAY - BETOL LAH APA AKU CAKAP !!

 





AZLAN  RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



#4 WORDLESS WEDNESDAY




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Tuesday, March 24, 2015

TANDAS AWAM KAT TEMPAT KORANG ADA MACAM NI ?


S E L A M A T   D A T A N G 
K E
ULU LAYAR,BETONG,
SARAWAK.
ULU LAYAR,BETONG. Merupakan tempat persinggahan yang tidak asing lagi bagi mereka yang selalu berulang alik sepanjang jalan utama di Negeri Sarawak ini.Ramai mereka yang menaiki kenderaan dalam perjalanan akan singgah  di sini untuk berehat, makan di gerai makanan dan minuman,mengisi minyak kereta dan sebagainya.

Namun,apa yang lebih menarik perhatian di sini adalah KEUNIKAN tandas awam nya yang dihias indah hasil usaha penyelenggara tandas ini iaitu 


Beliau yang berasal dari Kampung Pusa,Betong,Sarawak menginspirasikan perhiasan di segenap ruang dalam tandas ini dengan misi dan objektif menjadikan tandas yang bersih,cantik dan indah disamping menyampaikan mesej - mesej bermanfaat kepada pengunjung melalui kata - kata dan nasihat yang dihiaskan disegenap ruang tandas ini.Mesej - mesej tersebut disampaikan dan diterjemahkan dalam bentuk kata - kata dan pantun dan gambar yang tertentu.

Saya sempat berbual dengan beliau pada suatu pertemuan di Ulu Layar dan bertanyakan beberapa soalan berkenaan dengan Usaha beliau dalam menggubah lanskap dan menyelenggarakan tandas tersebut.Niat beliau yang utama adalah untuk keselesaan pengunjung yang datang disamping menmberikan suatu ingatan yang lain dari yang lain.

Di kebanyakan ruang dalam tandas kita boleh membaca pesanan dan nasihat tertantu yang belaiu sendiri percaya mampu menjadi inspirasi yang bermanfaat kepada pengunjung.

Selain itu juga beliau menyediakan satu ruang kepada orang ramai untuk menulis ucapan,pendapat dan cadangan kepada beliau untuk menambahbaik mutu penyelenggaraan tandas awam tesebut.

Selain dari itu juga, terdapat pelbagai tarikan di sekitar kawasan perhentian ini.Antara yang kita dalam lihat adalah perhiasan lanskap air terjun dan kolam ikan yang diilhamkan oleh beberapa orang pelajar dari IPTA pada beberapa tahun yang lepas.

Selain itu terdapat juga beberapa haiwan hidupan untuk tontonan ramai seperti burung merpati dan arnab selain daripada pada ikan - ikan yang terdapat dalam kolam.

Perhentian Ulu Layar Betong ini juga mempunya gerai makanan Islam selain Surau untuk mengerjakan Solat bagi yang beragama Islam.terdapat juga kedai - kedai runcit bagi mereka yang mencari makanan ringan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

Stesen minyak PERTRONAS juga terdapat di sini bagi yang ingin mengisi minyak kenderaan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing - masing,